E743: Redeem Rehat

Photobucket
Image Source: deviantart.com
: 12.56AM.
: Malam; Panas dan berbahang.
: Beransur sihat.
: Minera Water & Nasi Mamak.
: Tee Shirt & Pants.
: Live Streaming; Malaysia U23 (1) VS Vietnam U23 (1).
: Gubahan Rindu Puisi Syahdu by Fauziah Latiff.

Alhamdulillah, saya beransur sihat. Suka.

Cerita tersungkur di kaki deman dan rakan-rakannya, selesema dan juga batuk bermula sejak dari hari Khamis petang itu lagi. Mulanya ingat sebab penat sangat, walaupun dalam hati musykil juga kenapa badan lembik sangat hari ini. Jadi, tak ambil kisah sangat soal letih waktu tu. Yelah, dua tiga hari sibuk siapkan assignment, lepas tu tolong kawan-kawan shooting dan buat editing kemudian terus ke Kuala Lumpur untuk FYP Workshop. Buat dua orang kawan yang buat muka bersalah, jangan risaulah. Dah nak sakit, nak buat macam mana. Bukan salah siapa-siapa pun.

Lagipun, saya nampak hikmahnya sakit saya kali ini. Senyum.

Sakit kali ini buat saya kenal siapa kawan-kawan yang saya ada sekarang. Walaupun saya baru kenal mereka, baru sangat-sangat tapi mereka layan saya sebagaimana layaknya seorang kawan itu. Sampai saya terfikir, kenapa orang yang saya tak sangka-sangka itulah rupanya yang ada waktu saya tak mampu nak buat apa-apa. Waktu saya diam tak keluar bilik, mereka menjengah. Waktu saya batuk sampai sakit dada, mereka bertanya saya okey atau tidak. Waktu saya nak keluar rumah mengutip baju-baju saya, mereka berpesan agar menutup kepala dengan apa-apa kain agar tak terkena hujan. Terima kasih, kawan.  

2 comments:

dandelion kiss said...

Dah sihat? Boleh lompat-lompat kan?
Moga tak ada yang serius...
Get well soon!

Nut Yaa said...

dah sihat dah, boleh buat lebih dari lompat dah pun. :)

alhamdulillah.

Post a Comment

Sila menconteng menggunakan gaya bahasa yang sopan agar dapat menyenangkan hatimu dan hatiku juga. Kalau kita tak jaga bahasa kita, siapa lagi.

Sekian, terima kasih.


i alway hope that it's you!