E742: Randomness

Photobucket
Image Source: devianart.com
: 07.04 PM.
: Hujan, kejap-kejap renyai, kejap-kejap lebat.
: Ketika hujan turun adalah termasuk dalam waktu yang afdal untuk berdoa.
: KFC Snack Plate dan F&N Strawberry.
: Tee Shirt Putih & Seluar Track.
: -
: Satu Hikayat Cinta by Khalifah.

( i )

Bahasa SMS.

Unk, xleyh, bowink, skunk, dary ; ini antara yang saya paling familiar la. Itu pun berkerut dahi jugalah nak faham waktu mula-mula dapat sms guna perkataan macam ni. Tak, bukan saya nak suruh taip penuh-penuh. Saya pun guna juga kegunaan bahasa SMS (lagi-lagi waktu nak taip mesej panjang-panjang dan di Twitter juga) ini sebab nama pun Short  Messages Service tapi tak adalah sampai susah nak difahami orang lain. Susah sangat ke nak taip hang sampai kena eja unk? Payah sangat ke nak tekan huruf I waktu taip (dary) dari? 

Saya pernah tersalah tafsir maksud ayat malah kadang-kadang bila saya tak dapat nak tangkap apa yang cuba disampaikan memang saya akan forward kembali mesej tu dan tulis tak faham di hujungnya. Bukan susah pun nak taip perkataan tu elok-elok. Kalau setakat buang huruf vokal ( a,e,i,o,u) tu saya boleh terima lagi. Ini sampai kes menukar ejaan ala-ala mat salih tu dah kenapa kan. Bukannya suruh guna Bahasa Melayu Tinggi pun sampai kena betul subjek dan predikatnya. Ya, kalau bab bahasa memang saya skema sikit. Saya admit benda tu.

P.Ramlee kata, bahasa menunjukkan bangsa. 
Bahruddin Bekri pula tulis, rosak bahasa hilanglah bangsa.

( ii )

Pijak kepala saya?

Saya diam tak bermakna saya setuju dengan apa sahaja yang kamu buat. Bila saya tak bersuara jangan ingat saya akan terima apa sahaja yang kamu cadangkan. Diam dan tak berkata-kata itu hanyalah satu cara yang saya pilih untuk tidak mengusutkan keadaan. Atau dengan bahasa mudahnya, saya mahu menjaga hubungan yang sedang berlangsung sekarang ni.

Ni saya nak beritahu, saya ini anak kedua dan anak kedua sangat terkenal dengan sindrom anak tengah. Nak tahu apa itu sindrom anak tengah? Sindrom yang mana dikuasai dengan perasaan bertanggunjawab, berdikari dan penyayang. Tapi, itu perasaan yang baik.  Nak tahu sisi kedua sindrom anak tengah ini? Ego, keras kepala, degil dan garang.

Kamu belum tengok sisi kedua saya, jadi jangan duga tahap kesabaran saya.  

( iii)

Saya sangat sangat sangat sibuk sekarang. Mengerjakan dua, tiga benda dalam satu-satu masa memang menguji saya. Salah sendiri juga, selalu buat kerja last minute. Tapi lambakan kerja kali ini bukan sebab kesilapan menguruskan kerja-kerja saya sebab saya memang dah siapkan schedule untuk semua kerja-kerja ini. Tapi lambakan kerja kali ini hasil dari pertukaran tarikh bengkel yang sepatutnya (mengikut SOP) akan dijalankan pada 31 Oktober tapi telah ditukar ke hari Jumaat ini. Apa lagi, memang tak cukup kaki tangan saya. Paling kasihan pastilah otak dan si hitam manis ini.

Berkenaan dengan kenyataan (i) dan (ii). Marah? Saya tak marah, saya cuma mahu mengingatkan. Memang setiap manusia ada kehendak dan kesukaan masing-masing tapi janganlah sampai kehendak dan kesukaan itu menyusahkan hidup orang lain. Tak semua orang ada kelebihan membaca bahasa pelik macam kamu, dan saya salah seorang darinya. Sekali lagi, saya admit dengan kenyataan itu. Jadi, apa salahnya orang-orang hebat macam kamu tolong orang-orang yang tidak pandai bahasa pelik macam saya ini. Bolehkan? Dan tak semua orang juga mampu untuk meletakkan kesabaran paling tinggi bila diduga berkali-kali. Macam benteng pasir yang dibina untuk menahan hakisan jugalah, lambat laun benteng pasir tu pun akan runtuh juga. Jadi, bertolak-ansur tak ada salahnya. 

Bak kata Prof Ivvi, renung-renungkan dan selamat beramal. 

0 comments:

Post a Comment

Sila menconteng menggunakan gaya bahasa yang sopan agar dapat menyenangkan hatimu dan hatiku juga. Kalau kita tak jaga bahasa kita, siapa lagi.

Sekian, terima kasih.


i alway hope that it's you!