Sunday, October 30, 2011

E744: Hanamizuki

Photobucket
Image Source: Google Images
: 02.50AM.
: Malam, biasa-biasa saja.
: Lenguh belakang.
: Dinner; Bihun Sup Mak Endah & Teh O Ais.
: Maxi Pyjamas.
: Movie; The Things.
: Hanamizuki by Yo Hitoto.

Saya tak berniat mahu review filem ini pun sebenarnya, tetapi disebabkan saya suka akan tema yang diangkat oleh filem ini jadi saya pun menulis review ini. May your love bloom for hundred years? Kisah ini berkenaan dengan Sae, si gadis yang menyimpan hasrat mahu belajar di Tokyo dan juga Kohei, si nelayan. Kisah mereka bermula bila mereka bertemu ketika berlakunya satu peristiwa di dalam train ketika masih bersekolah tinggi. Kemudian, Sae meninggalkan Hokkaido untuk melanjutkan pelajaran, dan ketika inilah satu demi satu cabaran menduga. 

We can survive the distance, right? 

Ini kisah long-distance relationship. Dan, dalam banyak-banyak dugaan yang terjadi, saya paling terkesan pada babak di mana Kohei melepaskan Sae kerana sedar perbezaan yang wujud antara mereka. Kohei melepaskan Sae dan membiarkan Sae mengejar cita-cita sementara dia meneruskan survive untuk hidup. Sae, go live your dream. Padahal, jauh dalam hatinya dia masih terlalu sayangkan Sae. 

Photobucket
Photobucket


Photobucket

Photobucket

Jangan risau, endingnya masih lagi mampu untuk memberikan senyuman. Bercinta, broken-up, survive hidup dengan orang lain, dan bertemu kembali. Jujurnya, ending filem ini betul-betul mengganggu fikiran saya, buat saya berfikir dan membayangkan sesuatu yang saya sendiri tak pasti mampu berlaku atau tidak. Kun fayakun, kalau Allah kata jadi maka jadilah. Kan?

Hey peminat Ikuta Toma, Yui Aragaki, Osamu Mukai! Apa lagi, tonton. :)

Sunday, October 16, 2011

E741: Jom Conteng.

Photobucket

: 10.23PM.
: Malam yang lembap, tidur pun sedap ni.
: Memaksa diri untuk mengerjakan assignments.
: Air Sejuk Kosong & Mee Goreng Mamak.
: Baju Tidur & Pants Kelabu.
: TV3; Vokal Bukan Sekadar Rupa.
: Party Rock Anthem by LMFAO.

Bungkusan Pos Ekspress? Kalau bungkusan ni sampai rumah, pasti mak atau adik akan tergeleng-geleng kepala lagi. Dalam fikiran mereka pasti ingat saya membeli barangan kraf melalui online lagi sekali. Kalau di rumah, saya dan van Pos Malaysia adalah perkaitan paling rapat dalam fikiran dua orang kesayangan saya ini. Tapi kali ini bukan lagi barangan kraf, tapi buku.

Buku? Kawan-kawan saya buat muka bosan waktu saya menjawab pertanyaan mereka. Sejak saya dapat rezeki hasil menunggu hampir sepuluh bulan itu, mulut saya tak habis-habis menyebut perihal buku. Kalau saya mengajak mereka ke Ipoh Parade atau Jusco, mereka sudah boleh meneka kedai mana yang akan saya serbu dahulu. Kalau tidak Popular pastilah MPH. Dan saya tak kisah dikenali begitu. Sekurang-kurangnya, Popular atau MPH atau apa sahaja kedai buku yang mereka temui nanti bakal mengingatkan mereka pada saya bila tiba waktu kali jauh nanti. Oh, jauh? Ops.

Ini yang saya nanti-nantikan hampir seminggu lamanya.

Photobucket

Conteng-Conteng Edisi Pertama.

Buku ini unik dan sangat sangat sangatlah kreatif. Dengan bakat yang ada, bermodalkan 'sticky notes' berwarna-warna, lakaran comel dilakar menggunakan pensel. Rare! Kisahnya hanyalah kisah biasa; cerita sekolah rendah dan menengah. 

Ini sekadar kisah seorang Fadhli Hamdan. Di dalamnya, terselit juga kisah Sheila di jantung hati beliau dan juga seekor makhluk Allah bernama Kucing The Cat. Percaya cakap saya, tak rugi memiliki naskhah conteng-conteng ini kerana membuka sehelai demi sehelai lembarannya betul-betul mampu membawa kamu (saya pastinya) balik ke zaman kegemilangan dahulu. Seronok!

Photobucket

Conteng-Conteng Edisi Kedua.

Lebih unik. Lebih comel. Lebih warna-warni. Paling penting ianya masih menampilkan kisah seorang Fadhli Hamdan, masih terselit juga cerita jantung hati dan si kucing the cat tetapi naskhah kali ini menampilkan memori-memori di waktu kecil, memori masuk asrama dan paling penting, naskhah ini membawa pembaca jauh sedikit dari yang pertama, iaitu ke US. Contengan untuk naskhah ini juga bukan sekadar hitam putih, ada yang diwarnakan cantik-cantik.

Serius, tak rugi membeli kedua-duanya dengan harga RM55 termasuk kos penghantaran. Harga berbaloi dengan usaha, kerajinan, kekemasan, keseronokan cerita dan yang penting, unik! Buat bro Fadhli Hamdan, teruskan contengan dan harap-harap ada garapan baru untuk kami, peminat conteng-conteng. InsyaAllah, saya menyokong selagi ada kemampuan. :)

Nak beli juga? Pergilah ke blog Conteng-Conteng

E740: Diari Mat Despatch

Photobucket
Image Source: Google Images
: 06.54 PM.
: Kejap-kejap hujan.
: Rasa macam tak ada mood, tak tahu kenapa.
: Air Kosong & Bubur Nasi Ikan Bilis.
: Tee Shirt Langkawi & Tracksuit.
: TV3; Maria Mariana.
: The Day You Went Away by M2M.

Kali ini giliran Siri Diari Mat Despatch karya Bahruddin Bekri.

Siri ini mula mendapat tempat dalam senarai buku-wajib-beli saya sebaik sahaja saya selesai membaca review tentangnya di Goodreads. Ya, Goodreads memang pengoda yang baik sampaikan saya mampu untuk menambah panjangkan lagi senarai saya. Makin saya potong, makin panjang senarainya. Macam mana tu? Ok, jom balik kepada Siri Diari Mat Despatch ini. Ini merupakan novel PELIT atau dalam nama penuhnya dikenali sebagai Personal Literature yang diperkenalkan oleh PTS One. Genre ini lebih mirip kepada gaya penulisan diari atau blog.

Buku pertama; Diari Mat Despatch.

Ia mengisahkan tentang Idlan Rayyan (bukan nama sebenar, macam yang dinyatakan dalam novel jadi saya pun tak tahu siapa nama betul dia) yang mempunyai ijazah tetapi hanya berkerja sebagai mat despatch. Diari pertama yang ditulis ini bertujuan untuk memantapkan lagi Bahasa Melayu Tinggi sebab dia berniat untuk menjadi seorang editor sambilan. Dia menulis diari hariannya ini menggunakan BMT, jadi memang banyaklah tips-tips menulis mengunakan BMT dalam ini.

Hidup ini umpama jalan. Bukan cepat atau lambat yang menjadi penentunya, tetapi jalan yang bagaimana kita lalui. Walaupun kita pantas tetapi melalui jalan yang salah, kita pasti tetap akan binasa. [91]
Apabila tidak mampu meninggalkan sesuatu kejahatan, janganlah seluruh hidup didedikasikan untuk membuat kejahatan. Dan sekiranya tidak mampu membuat sesuatu kebaikan pula, janganlah pula langsung tidak membuat sebarang kebaikan. [114]
Photobucket

Buku kedua; Diari Mat Despatch - Lelaki Baik.

Buku kedua ini masih lagi bercerita tentang Idlan Rayyan yang masih lagi tak mahu menggunakan nama sebenarnya. Tambahan pula, diari pertama sudah hilang katanya. Dek hilangnya diari itulah, hidupnya diganggu oleh Tuan Pangkah yang hadir dengan surat-suratnya yang ditulis berkenaan Bahasa Melayu Tinggi. Ya, dia masih lagi menaruh harapan untuk menjadi editor sambilan walaupun gagal dalam ujian pertamanya dulu. Dalam diari kedua ini, ianya lebih berkisarkan dengan Idlan yang mencari makna 'lelaki baik'. 

Hidup kita ini memang betul adalah sebuah ujian. Namun walaupun hidup kita ini adalah sebuah ujian, jangan sesekali mencuba kuatnya diri kita dan kukuhnya iman kita dengan mengharapkan ujian yang datang. Sedangkan ujian yang sedia ada pun kita tidak tertanggung, apatah lagi kita sengaja mahu mencabar ujian yang lebih besar. Kuat manakah kita? Ujian ALLAH jangan dibuat main. Nanti terduduk kita. [72]
Lelaki baik itu tidak ada batasnya. Orang Inggeris kata, 'good guy has no limit'. Jadi tidak ada perkara khusus bagi menjadi lelaki baik. Apa sahaja perkara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain, itu adalah perkara baik. [128]
Teruslah berbuat baik, dan teruslah mencuba ikhlas kerana Allah, dan insyaAllah kamu akan menjadi lelaki baik. [128]
Ibu merestui kamu sepanjang masa. Kamu anak ibu dan satu harapan ibu, Allah itu ada dan jangan sesekali lupakan dia. Saat kamu susah, senang dan sebagainya. Itu sudah cukup untuk ibu, kerana apabila ibu sudah tiada nanti, ingatan kamu kepada Allah yang menentukan sama ada ibu merasa nikmatnya syurga atau panasnya neraka. [131]

Dan buku ketiga; Diari Mat Despatch - Hati Emak, masih elok terletak bersama buku-buku lain yang baru dibeli. Saya tak tahu bila kesempatan yang saya ada untuk menyudahkan buku ketiga itu kerana to-do-list saya untuk minggu ini sangat pack. Malah, saya juga tak tahu sama ada saya akan ada kesempatan untuk tidur malam atau tidur saya untuk minggu ini sekadar tidur-tidur ayam. Bunyi macam tragik sangat perjalanan hidup saya untuk minggu yang bakal bermula esok. Maka disebabkan itulah, saya menulis review untuk dua buku ini dahulu. InsyaAllah, ada kesempatan nanti saya tulis review untuk yang ketiga ya. :D

Sunday, October 2, 2011

E734: Jaja Din


Photobucket



: 06.38 PM.
: Lembap, baru lepas hujan.
: Penatnya berjalan-jalan hari ni.
: Kenny Rogers Roaster.
: Tee Shirt & Pants Kelabu.
: -
: Al-Iktiraf by Ajek Hassan Versi Akustik.

Ini novel penutup untuk bulan September.

Saya menghabiskan novel ini dalam masa dua hari. Pertama, sebab dah lama sangat tunggu untuk dapatkan novel ni. Kedua, habiskan sebab nak bagi tumpuan pada assignments pula. Nampak huruf S di hujung itu? :P Yelah, saya dah letak dalam plan bahawa Oktober akan menjadi bulan untuk serius membuat assignments dan mengurangkan seketika aktiviti membaca. Bukanlah stop terus, cuma berhenti membaca karya-karya berisi. Itu sahaja.

Jaja & Din, membacanya terasa seperti sedang mendengar cerita kawan baik sendiri. Kejap tersengih-sengih, kejap ketawa kuat, kejap lagi terdiam pula. Ini kisah Jaja, seorang media planner yang berambut karat, tidak bertudung pastinya dan tidak menjaga solatnya tetapi telah jatuh cinta pada seorang ustaz. Dek kerana terpandangkan ustaz itu dalam sekeping gambar, Jaja memulakan pencarian Ustaz M. Dua tahun pencarian sehinggalah Jaja sudah mula mahu untuk meletakkan noktah pada pencariannya, takdir menemukan Jaja dan Ustaz M nya kembali. Tapi Jaja tahu cermin diri. Sedar yang dia tidak sebaik mana, Jaja berubah, dan perubahan ini aku kira satu hijrah yang baik sehinggalah dia membuka mulut agar ibu bapanya meminangkan Ustaz M untuknya. Dan akhirnya Ustaz M itu menjadi pembimbingnya dunia akhirat. 

Sungguh, aku terkesan dengan perubahan Jaja. Betapa 'sakit'nya Jaja untuk membina perwatakan diri yang baru; Ikhlas, Jihad, Reda, Taat & Zuhud. Hakikatnya, manusia mudah berubah tapi perubahan ke arah kebaikan, itu yang payah. Tapi Jaja sabar. Dalam proses itu, entah berapa banyak airmata Jaja yang jatuh tapi Jaja yakin yang dia mampu untuk berubah. Demi Ustaznya. Lagi-lagi, ustaznya itu mahu syahid. Paling aku suka, cara ustaz itu memikat kembali hati Jaja setiap kali ditegur dengan cara yang biasa tapi luarbiasa. :D
Faiza, bahagia itu bukan sebagaimana yang orang nampak tetapi bahagia itu sebagaimana yang kita rasa.
Aku suka cara bagaimana Kak Suraya cuba bermain-main dengan pembaca. Siap dipesannya supaya jangan diselak mukasurat belakang. ‘Biarkan aku bercerita mengikut cara aku sendiri. Jangan menyampuk… apalagi membuka helaian-helaian belakang novel ini untuk mengetahui penghabisan cerita aku dan dia ini.’ [page 3:] Dan juga ingatan ini. ‘Tetapi kalau Jaja tidak kejam, bagaimana industri Malaysia hendak maju. Yalah, kalau seorang membeli, lima orang berkongsi baca… dan kemudian buku itu dijual sebagai barangan terpakai. Sedih kan!’ [page 6:] Tersentap hati mak, nak!