Tuesday, September 27, 2011

E732: Karipap-karipap Cinta

Photobucket

: 06.43 PM.
: Matahari sudah condong ke Barat.
: Rezeki datang dalam banyak bentuk. :)
: Air Kosong & Bubur Nasi + Ikan Bilis + Serunding.
: Tee Shirt Langkawi & Tracksuit.
: TV3; Buletin 1.30.
: -

Lagi, review novel. 

Kali ini giliran novel Karipap-karipap Cinta. Novelnya nipis saja, sekadar 249 mukasurat. Ceritanya ringan, ada komedi diselitkan dan paling penting, ayat-ayatnya banyak yang makan dalam. Ini kisah cinta ringan, yang lumrahnya terjadi dalam hidup kita. Yang watak lelaki dan perempuannya biasa-biasa sahaja, ada lebih dan kurang masing-masing. 

Karipap-karipap Cinta mengisahkan tentang Ali, seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors. Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz). Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar. Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu. Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya. 

Itulah kisahnya. Saya sekadar copy-paste dari Goodreads. HAHA.

Novel ni juga sudah diadaptasikan ke dalam bentuk filem. Jujur, saya belum menonton filemnya walaupun ianya sudah siap didownload. Kenapa? Pertama, saya kurang gemar dengan watak si lelakinya. Saya rasa dia itu tak patut jadi Ali sebab Ali yang saya kenal dalam novel adalah seorang lelaki yang berwajah biasa, pemalu dan kadang-kadang bendul. Keduanya, si perempuannya pula tidak bertudung secara proper. Rasanya semua orang maklum kot dengan cara pemakaian warga Al-Azhar. Tapi, filem ini ada Shawal AF. Jadi saya rasa, lambat atau lagi lambat saya tetap akan tonton juga filem ini. :)

Last but not least, saya ingin berkongsikan ini dengan semua orang sebab saya rasa babak inilah yang telah memaku kelukan lidah saya seterusnya membuat saya terfikir betapa jauhnya saya dengan Dia. Moga-moga dengan kesedaran ini mampu mendekatkan kembali saya dengan Dia. Amin ya rabbal amin. 
Bart Rasta menghampiri hadirin. Kemudian menjauhi mereka. Dia berada di tengah jalan. “Nah, kalaulah putus cinta itu buat orang berduka, mengapa acap kali kita memutuskan cinta tuhan terhadap kita? Kenapa kita membiarkan tuhan duka, kerana kita tidak cintainya lagi?” Hadirin angguk tanda faham apa yang cuba disampaikan oleh Bart Rasta. “Putus cinta sesama manusia, akan ada penggantinya. Tetapi tuhan hanya ada satu dan kalau dia mengambil keputusan untuk tidak lagi mencintai kita. Tiada tuhan kedua untuk kita terima cinta agung.” Hadirin bertepuk tangan.
Baca novel ini, buat rasa teringin nak makan karipap. 


2 comments:

  1. Kelmarin, Ahad sekadar pegang di tangan.
    Belum sampai tahap bawa ke kaunter dan bayar.
    =)

    ReplyDelete
  2. cmtu plak? hehe, sy pun ambik masa gak nk beli novel ni. tp haritu beli jgk sbb terpengaruh dgn reviews kt goodreads.

    ReplyDelete