E645: The Last Day

Photobucket
Image Source: applesparklies.tumblr.com

: 09.18 pm
: 26° celcius; Cuaca baik-baik sahaja.
: Penat mata hadap tempahan dari kawan-kawan adik.
: Nasi Putih + Ikan masak masam manis.
: T-Shirt Biru dan Seluar Kelabu.
: Cereka 3; Karma Salina.
: Ucapan Khas Tahun Baru dari PM.

Sungguh, saya tak rasa melalui 2010 dalam jangka masa setahun. Rasa macam sebulan sahaja. Terlalu cepat ia berlalu, sedar tak sedar hanya berbaki dua jam lebih sahaja lagi dan selepas itu 2010 akan jadi sejarah.

Kalau nak disimpulkan semuanya, saya hanya mampu tersenyum. Kerana 2010 telah menjawab semua soalan saya setahun yang lalu. Terlalu banyak perkara yang sebelum ini asyik saya pertikaikan, tapi kebenarannya muncul dalam setahun ini. Orang pernah kata, masa akan mengubat hati yang sakit dan luka dan saya akui kenyataan itu benar. Masa adalah ubat paling mujarab sebenarnya walaupun payah sebenarnya mahu melaluinya.

Banyak sebenarnya yang berlaku dalam 2010.

Tapi, cukup kalau saya katakan yang 2010 telah banyak mematangkan saya. Membenarkan saya menggunakan akal dan hati pada tahap tertinggi, membuktikan pada diri yang saya mampu untuk mendapatkan apa yang saya mahu sekali pun jalan yang saya lalui itu bukan mudah. Dan paling penting, cukup untuk saya belajar mensyukuri apa yang saya ada. Seadanya.

Azam tahun baru?

Saya mahu menjadi lebih baik dari apa yang sedang saya lalui sekarang. Saya mahu bersama kesayangan-kesayangan saya, melalui satu lagi tahun yang tak tahu apa cabaran dan dugaannya, dan semoga Allah SWT masih meminjamkan kesayangan-kesayangan saya untuk saya. AMIN. Keinginan yang lain? Saya nak hati yang kuat, gagah dan perkasa. Sebab itu sahaja yang boleh pandu saya untuk dapatkan kemahuan-kemahuan saya yang lainnya. Semoga 2011 memberikan sesuatu yang lebih baik dari 2010.

Kalau diberikan pilihan untuk ulang-kembali-tahun, pasti saya pilih 2010.

E644: campur-aduk

Photobucket
Image Source: leilockheart.me

: 11.09 pm.
: Hujan.
: Batuk tak habis, selesema tak baik-baik lagi.
: Nasi Putih + Sambal Sotong + Air Kosong.
: Tee Shirt Putih + Sweater Biru.
: TV3; 999 ke 360 eh?
: Dilema by Intan Nuraini.

( i )

Badan kurang sihat sebenarnya. Batuk dan selesema masih tak baik-baik lagi. Bertambah teruk sejak sampai ke rumah pagi semalam. Manakan tidak, duduk dalam peti ais bergerak hampir enam jam, kemudian masuk pula dalam peti ais luncur atas air hampir sejam.

Sudahnya, rasa macam nak demam balik.

( ii )

Letak tepi selesema dan batuk, duduk ramai-ramai depan televisyen dan tekun hadap kotak bersuara itu sambil jerit-jerit dan tepuk-tepuk tangan bagai. Dan hasilnya?

Photobucket
Image Source: www.facebook.com

Garuda rebah dibaham sang harimau lapar, 14 tahun menunggu untuk memeluk piala itu. Biar kalah tapi menang pada akhirnya. Paling penting, dendam terbalas, maruah dibersihkan.

Tahniah Harimau Malaya.

( iii )

Barang-barang asas untuk felt craft saya sudah lengkap, lebih dari cukup sebenarnya untuk beginner macam saya. Tak sia-sia saya membeli sikit demi sikit semua itu. Ada yang dari Kota Bharu, ada juga yang terbang nun jauh dari Tuaran, Sabah dan yang saya beli sendiri by hand ketika di Kuala Lumpur tempoh hari.

Photobucket

Item dah cukup, tapi cuti pula semakin singkat. Tak mengapa, nanti cuti sekali lagi bolehlah saya hadap kembali benda-benda ni.

Last entri for 2010? Mampukah nak karang? T____T

E643: sia-sia


: 04.10 am
: Sejuk, itu yang paling pasti.
: Kalah tapi menang. Congratulation Harimau Malaya. Auumm.
: Roti Cheese Bakar.
: Baju Tidur Hijau
: Perlawanan Akhir Piala AFF; harimau vs garuda.
: Dik by Wali Band.

Menunggu, menunggu dan terus tertunggu.

Menghampiri jam yang ke-empat, dan saya masih menunggu sebenarnya. Sebab kamu kata kejap lagi kamu sampai, kemudian kamu akan text saya sebelum kita teruskan aktiviti malam yang seterusnya. Tapi, sampai sekarang kamu masih tak muncul-muncul.

Kamu buat saya risau tahu? Tak tahu, tak mengapa. Geram saya, marah saya, sakit hati saya, biar saya simpan sorang-sorang. Sebab saya tahu saya tak akan jadi marah bila saya dengar suara kamu nanti. Benci!

Dan selalunya, saya juga yang jadi seperti tunggul kan? imy.

E642: Terapi Diri

Image Source: fashionvoyage.tumblr.com

: 05.05 pm.
: Panas tidak, hujan pun tidak.
: Menunggu kotak berisi barang comel berwarna-warni.
: Nasi Putih + Udang & Sotong goreng kunyit.
: Baju Pepel.
: Movie; Cuti-cuti Cinta.
: Selamat Tinggal Penderitaan by Iklim.

Abaikan masalah hati yang tak pernah sudah-sudah itu. Lagi dilayan karang, lagi menjadi-jadi. Lebih baik serahkan semuanya pada kuasa Ilahi. Macam yang dah dijanji, jodoh pertemuan ajal maut semuanya ditentukan Allah SWT, itu pasti.

Saya hadap felt lagi hari ini. Gunting-gunting felt, jahit-jahit felt, gam-gam felt; semua itu buat saya bahagia dalam dunia saya sendiri. Dunia kraf adalah dunia yang boleh buat saya ralit dan puas. Waktu zaman sekolah-sekolah dulu, saya suka paper craft. Segala kotak, pembalut hadiah semuanya saya simpan kemudian buat frame, buat kad( kad birthday, kad raya) bagi kat the special one dan kawan-kawan. Pendek kata semuanya handmade. Sampai mak saya marah-marah sebab bilik saya macam store. Semua benda pun nak simpan.

Image Source: google.com

Kemudian, terjatuh cinta pula pada dunia cross-stitch. Habis barang-barang cross-stich mak saya yang sudah tersimpan elok dalam almari saya keluarkan. Tapi minat tu tak lama pun. Bertukar pula pada jahitan manik. Ini paling sekejap minat yang lekat dalam hati, konon nak jahit manik kat lengan naju sendiri sudahnya tak siap-siap pun. Last sekali, terus tetas balik kemudian pakai. Mak saya kata, saya ni semangat sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Dan sekarang, falling in love with felt. Banyak dah duit habis kerana felt craft ini. Tapi tak kisahlah sebab ia memang terapi untuk diri saya sekarang. Hadap felt buat saya rasa gembira, teruja, mata pun nampak warna-warna felt dan benang. So, tak adalah masa nak layan hati, layan perasaan semua. Rasa macam nak buat bisnes tapi tak mungkinlah kan. Tuntutan belajar menuntut perhatian. Tapi, kalau ada yang nak menempah saya okey sahaja. Asal ada barang dan ada masa, saya boleh saja buat. Hasil kerja di Kuala Lumpur? =D

felting

Jersi Malaysia itu saya buat khas sehari selepas Malaysia sah layak ke final Piala AFF; lepas seri 0-0 di Vietnam. Itu bukti sokongan saya pada Harimau Malaya. Kenapa 23? Itu nombor jersi pemain kesukaan saya. Siapa? Tanyalah pak cik Google, dia tahu!

Airmata menjadi permata,
Kebencian menjadi cinta,
Inilah hidup didalam dunia,
Bak SANDIWARA.

Makin sakan selesema nieh. Macam mana nak lalui perjalanan jauh sepanjang malam nieh? T___T

E641: hurm.

Image Source: tumblr.com

: 01.05 am.
: Orang kata kalau langit oren itu tandanya mendung.
: imysm.
: Jambu Batu cecah Kuah Rojak.
: Tee Shirt Hitam.
: Movie; 4 Madu.
: Hold My Hand by Maher Zain.

Malam terakhir di Kuala Lumpur, setelah hampir 17 hari di ibu kota. Esok akan bermalam di dalam bas yang super-duper sejuk dan lusa akan kembali bermalam di Langkawi. Dan lepas itu harus pulang ke Ipoh untuk meneruskan tugas sebagai seorang pelajar.

Entahlah. Saya tiada hati untuk pulang ke Ipoh.

Kalau boleh saya langkau waktu itu, memang akan saya lakukan. Paling tidak pun, akan saya hentikan masa supaya saat itu tak akan pernah ada. Tapi, mana mungkin.

Rasa nak menangis. T____T

Tahniah untuk pasukan Harimau Malaya kerana berjaya mematahkan satu sayap sang Garuda. Doa saya, moga kalian mampu untuk patahkan lagi sebelah sayapnya lalu bawa pulang Piala AFF itu ke tanahair. Gambatte, mina-san!

E640: Random.


: 11.46 pm.
: Langit berawan tak nampak bintang.
: Tak terkata apa dah.
: Seafood + Air Laici.
: Baju Tidur Pepel.
: Astro Warna; Anda Ada 60 Saat.
: Derita Merindu by Ahli Fiqir.

Kalaulah boleh hidup ini diwarnakan dengan tangan sendiri, dengan pilihan dan kehendak hati sendiri pasti semuanya akan indah-indah saja kan? Masakan manusia akan pilih warna hitam dan suram. Pasti ceria bak pelangi. Huh! Angan-angan memanglah indah. Heee, senang menikmati hari-hari terakhir 2010. Alahai, sudah mahu pergi rupanya sang 2010.

Saya sedang mengalami deman, batuk dan selesema. Lengkap sekali pakej yang saya dapat setelah puas bergumbira di ibu kota Kuala Lumpur ini. Hampir sepuluh hari berulang-alik di sekitar Kuala Lumpur dan UniKL, disambung pula dengan sesi ronda KL bersama Cik Hunny, pusing Times Square dan Sungei Wang, tengok wayang, lepak Dataran Merdeka bagai. Esoknya, terus jatuh sakit. Padan muka. Tak mengapa, sudah beransur pulih.

Yeah, PPMIPT sudah melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu. Apa yang saya dapat?




T-shirt dan calculator serta notepad tu dapat pada hari pendaftaran pertandingan. Itu sahajalah cenderahati pertandingan yang ada tanda aku pernah menyertainya. Selain tu, dapat jugalah duit elaun makan sebanyak RM70 setiap seorang serta RM36.80 setiap seorang selepas dicampur tolak darab dan bahagi segala modal, kos dan keuntungan. Hahaha. Cakap macam untung besar, padahal itu dapat belas ihsan orang jer. Tak kisahlah. Yang paling penting, pengalaman berniaga, pengalaman dicekup DBKL, settlekan akaun syarikat. Kalau tak join, mana nak cari pengalaman tu semua.

Dan duit yang aku dapat tu tak hilang lesap macam tu saja tanpa aku ketahui mana aku habiskan. Aku habiskan RM60, beli beberapa helai kain felt berlainan warna, felt glue, widdy eyes dan tali getah. Semua tu aku dapat di Daiso, Sungei Wang. Dan dapat juga dua buah novel. So, kalau dikira balik semua, memang aku nampaklah mana duit aku pergi.


Esok adalah final pertama Piala AFF; Malaysia bertemu Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Niat hati ingin membawa diri ke dalam stadium sebagai pemain ke-12 tapi apakan daya, terlalu ramai yang menghalang gara-gara aku seorang perempuan. Tak mengapalah, main elok-elok ya, Harimau Malaya. Gambatte-ne, mina-san!


i alway hope that it's you!