<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=1053863571646481171&amp;blogName=LilyloverDiary&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Flilylover-diary.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Flilylover-diary.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div> <style type="text/css"> i,em{color: #669999; font-family: Verdana; font-size: 11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:normal; } u{ color: #59787d; font-weight: lighter; border-bottom: 2px solid #333333; font-family:Century Gothic; font-size: 11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:normal; } b{ color: #88a2a6; font-family:Verdana; font-size:11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:bold; letter-spacing: 0px; text-transform: uppercase; } </style> <style type="text/css"> .blogbody b, .standard b, p b, strong { font-weight: bold; letter-spacing: 0px; font: bold 6pt verdana; color: #88a2a6; text-transform: uppercase; </style>



Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Biar ia bertanda tanya saja
Hati ku dah lama bertitik noktah

Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu
Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biar lah mereka tertanya-tanya
Hati ku dah lama berganti arah

Mana pergi janji
Setia di sisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan
Tak berkesempatan
Kau hilang tanpa pesanan

Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Author .

Photobucket

Name: Nut Yaa (Nut)
Age:20years old
Date of Birth: February24 1989
Horoscope Sign:Pisces

Best Viewed

hit counters

hits

Mood .

Reminder .

Birthday 3bond/Ayie [16/11]
Birthday Mira [2/12]
Birthday Adda [5/12]
Birthday Norazah [6/12]
Birthday Mek Adda [20/12]
Birthday Aina [31/12]

Follow_On .

Follow Me

twitter

Thank You So Much!

Song's .


whispery .

memories .

June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009

adieu .

Photobucket

[ alpharif ]
[ Fit3 ]
[ Cydot ]

------------------------------- Photobucket

[ T.K.A ]
[ Fiza ]
[ Jiha ]
[ Nazrul ]
[ Nazirah ]
[ Hunny ]
[ BigBossAkaBond ]
[ Queen ]
[ Qina ]
[ Zaza ]
[ Ungu Violet ]
[ HeartAndFeeling ]
[ Maziah ]
[ Letto ]
[ Fyfah ]
[ Hafizdasar - Wacana Ilmu ]
[ BraderMacho]
[ Tentang Cinta ]
[ KPTM Ipoh ]

software.games.appz.movie.drama.music.rock.fun

Blogmenjerit - pusat kecantikan blog

.: intan's blog :.

Revolusi Komuniti Masa Kini

emoticon .

[1] [2] [3]

Award .

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Link_Me .

lilyloverdiary

Thank .


Host:01 02 03
Images Source:04 05 06

rss

E536: Cuti Lagi
Friday, July 31, 2009

Photobucket

Time: 11.29 pm
Date & Day: 31 July 2009 | Friday
Thoughts: Kalaulah boleh rest sepuasnya...
Food: Burger Ayam Otai
Drink: Air Kosong
Dresses: White Shirt & Grey Pant

TV: Freaky Friday
Music: Puing Puing by Mohram

Sila telengkan kepala anda. Ngeee~!!!

Yer, aku tahu. Tahu sangat. Aku sekarang sangat mengabaikan blogku sendiri. Huh! Bukalah sebab penurunan mendadak pada tahap keinginan untuk berblogging. Menutup blog ini juga tidak mungkin. Tapi, aku rasa sangat tak ada masa untuk berbuat demikian. Ditambah lagi dengan keadaan persekitaran yang kurang mengizinkan. Keadaan yang tanpa ruang untuk privasi ini memang menyekat semua keinginan dan minat aku. Aku sangat tak pandai nak menaip bila semua orang berada disekeliling aku.

Untuk pertama kalinya, aku rasa sangat sangat sangat dan sangat rindu pada bilik aku sendiri. Dan buat kali pertamanya, aku rasa bagaikan mahu setiap hari berada di rumah. Bukan di sini. Aku perlukan ruang untuk diri aku sendiri at least for one minute. Tapi, aku tahu aku takkan dapat one minute itu. T____T Sedih kamu tahu bila langsung tak ada ruang untuk bersendiri. Tambah-tambah, bila diri dilanda PMS ini. PMS adalah sakit yang tak dapat ditafsirkan dalam bentuk kata-kata atau pengucapan.

KPTMKCI akhirnya ditutup jua selama seminggu bermula hari ini. Sesungguh aku amatlah tidak mengharapkan penutupan ini. Huhuhu, bukanlah sebab aku suka sangat datang kolej nieh. Jauh sekali untuk menghadiri kuliah-kuliah yang saban hari akan menambah banyakkan lagi segala kerja. Tapi, terlalu banyak tanggungjawab yang harus aku bereskan. ECS yang masih tak pasti. IID yang sangat membebankan and paling payah untuk saat dan ketika nieh pastinya Multimedia Project. Sebab, elok buka jerk kolej nanti aku akan ada Initial Presentation for Multimedia Project dan juga kena submit mini-thesis untuk IID. Huh! Takde jiwa nak bercuti tapi sangat berjiwa untuk balik ke rumah, masuk bilik dan jumpa mak abah dan pastinya my lil brother. Rindu sangat dia!
Huhuhu, nampaknya kena juga masak air untuk dituamkan di perut. Sakit bangat.
Makin tak sabar nak tunggu sambungan Nur Kasih. Adam, aku makin jatuh cinta pada kamu. Huhuhu...


bunga With Love; Nut Yaa bunga

0 Comments

E535: Fast Update
Wednesday, July 29, 2009



Time: 06.51 pm
Date & Day: 29 July 2009 | Tuesday
Thoughts: Ngah sedih nieh.
Food: Bebola Ikan
Drink:H2O
Dresses: T-Shirt Putih & Pant

TV: Hana Kimi Special
Music: Pinjamkan Aku Satu Bintang by Riz & Alyah

One: Rindu
Huwaaa, entahlah. Aku ngah emo sket nieh. Dah mula lain macam sejak petang tadi. Bukanlah saja-saja. Tapi otak nieh memikirkan tentang banyak perkara. And one more, ngah sedih sebab sekali lagi tak berpeluang nak berpuasa di rumah. Aku sedih giler. Aku rindukan suasana tueh. Tapi since aku belajar kat Ipoh nieh, aku cuma pernah bersahur sekali jerk kat rumah time Sem 1 dulu. Waaaa, sedih la.

Two: H1n1
Tadi kat kolej, ada pemeriksaan kesihatan dari pihak hospital. Tak pasti pulak sama ada dijemput pihak kolej atau pun mereka datang sendiri sebab memang ramai student terutamanya junior sedang demam-deman. And dapat gak topeng muka free.

Three: Kewangan yang Merosot
Nieh satu hal lagi. Hal yang memang merumitkan saat nieh. Duit dalam wallet tinggal 7o sen. Ini serius okey. Duit elaun MARA belum masuk lagi. Huhuhu, memang terpaksa meminjam la. Nieh pun ada kawan baik hati yang tolong belikan bebola ikan kat pasar malam tadi. Thanks, kawan. Terharu jap tadi time dia hulurkan benda nieh kat aku. =)
Hati sensitif tiba-tiba. Mood berubah serta-merta. PMS akan datang nampaknya. Huhuhu


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E534: The Reason We AVOID YOU
Sunday, July 26, 2009



Time: 05.49 pm
Date & Day: 26 July 2009 | Sunday
Thoughts: Huhuhu, entreprenuership yang tak seronok bangat.
Food: Snekku - Tam Tam Crab
Drink: Air kosong
Dresses: All in Black

TV: Romantic Princess Episode 1
Music: Camelia by Irwansyah

Kali ini aku terpaksa mungkir janji aku pada diri sendiri. Janji yang aku tak akan pernah lagi menyebut soal perempuan itu dan peristiwa yang sedang terjadi kini. Ya, aku sebenarnya malas untuk memanjangkan ceritera yang sebenarnya pada zahirnya sangat pendek. Sangat tah ape-apa tapi aku harus untuk berbuat demikian kini. Banyak perkara yang harus aku beritahu pada mereka-mereka yang sekadar mendengar dari pihak sana. Kenapa tak mahu berlaku adil dengan tampil depan mata aku dan kawan-kawan dan kemudiannya bertanya tentang apa yang terjadi? Kenapa sekadar mendengar dari pihak perempuan itu dan kemudiannya buat kesimpulan sendiri dengan mengatakan kami ini jeles dengan hubungannya dengan lelaki itu? Kenapa? Tolong berlaku adil. Bukan untuk aku, bukan juga untuk dia tapi untuk KITA.

Semalam, ketika sedang hanyut bersama cerita cerekarama; Ketentuan tiba-tiba datang satu panggilan telefon. Dari seseorang untuk kami. Dengan permintaan; Hentikan 'boikot' kami pada perempuan itu. Sudah-sudahlah cemburu dengan perempuan itu. Hey, tak ada walau sebesar zarah pun perasaan cemburu itu di hati aku. Sikit pun tidak. Peduli apa aku dia nak bercinta dengan siapa pun. Pergi mampuslah dia nak berasmara dengan lelaki mana pun. Sikit pun aku tak kisah. Tapi, yang aku marah bila mulut dia tak henti-henti buat cerita pasal semua orang, then buruk-burukkan orang lain macam dia tu sebaik malaikat. Aku boleh diam jika dia nakkan lelaki itu. Ambiklah. Nak kahwin terus pun takde sapa kisah. Tapi, tolong jaga mulut kau! Jangan sampai kau kenyang makan penampar.

Aku fikir bila kami mula diam sejak seminggu lalu, semuanya akan okey. Aku juga fikir, selepas dia keluar dari sini, everthing akan kembali seperti biasa. Dan kami pun tak adalah menambah dosa. Lagipun, kami sudah pun mula melupakan dia dan semua yang telah terjadi. Tapi, semuanya musnah semalam. Apa masalah kamu lagi wahai perempuan? Tolonglah, kalau kamu nak terus dengan semua permainan ini, kamu teruskanlah. Tapi tolonglah berhenti mengaitkan sesiapa pun dengan sandirawa kamu. Tolonglah! Kalau kamu nak cakap kamu sakit tenat dah nak mampus ke hape ke, teruskanlah. Kamu tahukan setiap apa yang kita cakapkan merupakan satu doa. Maka teruskanlah memohon kesakitan itu. Itu yang kamu hendakkan? Berlagak macam orang kurang kasih sayang saja gayanya.

Kepada mereka yang ingat kami ini cemburu tentang hubungan perempuan itu dengan lelaki itu; Datang jumpa kami. Dengar apa yang pihak kami akan katakan. Perasaan itu tak pernah ada. Yang ada cuma rasa terkilan bila dia sanggup menjadi seorang script writer tak bertauliah dengan mereka semua cerita karut-marut tersebut. Untuk perasaaan cinta yang hadir; Itu anugerah Tuhan yang DIA bagi untuk perempuan itu. Tapi untuk semua cerita karut-marut itu; Itu penyalahgunaan satu anugerah yang telah dikurniakan. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Dan kepada mereka yang berfikir yang aku sekadar menyokong dia kerana dia kawan aku; Kamu benar dan kamu salah. Kamu benar sebab aku memang akan menyokong kawan-kawan aku. Even kawan-kawan aku salah, aku tetap akan berada di pihak kawan aku. Yang pertama, aku akan sokong dia. Dan kemudiannya, aku akan cuba bercakap tentang apa yang aku fikirkan dan nampak dengan dia. Tapi bukan depan kamu. Dan kamu juga salah sebab aku jadi begini kerana mulut perempuan itu bukan kerana dia bersama lelaki itu. Aku benci dengan semua cerita-cerita karut dia. Aku benci sebab aku pernah jadi kawan dia! Aku pernah jadi teman serumah malah sebilik dengan dia! Aku pernah jadi rakan study dia! Aku pernah sama-sama berkongsi dapur untuk sediakan makanan bersama. Dan kemudiannya, dia dengan senangnya mencipta semua cerita-cerita itu untuk putuskan apa yang pernah kami ada bersama. Kalau dia nak lelaki itu, ambik. Tapi, tolong berhenti untuk menjauhkan lagi talian kita dengan semua cerita-cerita bohong itu. Kau ingat aku suka bila setiap hari aku perlu dengar semua cerita tentang kegedikan kau? Kau ingat aku gembira bila aku dengan mudahnya mampu memaki hamun kau di hadapan semua orang? Kau ingat aku seronok bila aku mampu merubah seorang aku yang jarang bercakap tapi kini sudah bermulut tak berinsuran? Kau ingat aku suka ke? Tak sama sekali. Tapi, kau yang aku, dia dan yang lain-lain jadi begini.

Kalau kau itu berani, kenapa mesti kau mesti lari dari sini? Kalau kau rasa kau tak bersalah, kenapa kau perlu rasa takut untuk berjumpa dan bersemuka dengan kami? Kalau kau rasa kau benar, kenapa kau perlu membawa ibu bapa kau sebagai pelindung? Kenapa tidak kau datang jumpa kami dan jelaskan perkara yang sebenar-benarnya. Kalau dia tak mahu dengar, aku masih sudi dengar asalkan kita dapat perbaiki apa yang sedang semakin buruk sekarang. Kami masih ada rasa hormat. Kami masih punya rasa kasihan. Ingat, rasa hormat dan rasa kasihan ini ada limitnya. Jangan pernah menduga kesabaran kami.
Kalau ikutkan hati, mahu saja aku taipkan nama penuh perempuan itu di sini. Tapi, aku masih sedar dan aku masih fikirkan tentang kau. Aku tak perlu nak aibkan kau dengan cara begini. Aku tahu limit aku setakat mana.
Maaf untu semua perkataan-perkataan kurang enak itu.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E533: The Earth Say HELLO
Saturday, July 25, 2009



Time: 10.13 a.m
Date & Day: 25 July 2009 | Saturday
Thoughts: Let's breakfast.
Food: Twiggies Choc-A-Lot
Drink: H2o
Dresses: Berbaju Putih berseluar Track Bottom

TV: Nur Kasih
Music: Cinta Tak Bersyarat by Element

Good Morning Everyone! Tak tahulah kenapa rasa macam happy sangat sejak membuka mata awal pagi tadi. Hal-hal rutin telah selamat diselesaikan dengan bantuan mesin basuh baju yang berharga RM3.00 tersebut. Hahaha, saja la nak try guna mesin tueh. So, cadar dan sarung bantal telah menjadi mangsa percubaan tersebut. Bukan aku sorang okey! Kongsi empat orang punya cadar. Dan hasilnya, segalanya telah selamat dan aku telah pun breakfast dengan Twiggies kegemaran aku. Suka! Tapi, aku nak nasi lemak sambal ikan bilis ngan kuih popia. Nad, bersyukurlah dengan apa yang ada. Ini rezeki kau untuk hari ini. Okey, okey. =)

Topik hangat pagi ini adalah bercerita soal karenah orang lelaki. Apekah itu? Biasalah, lelaki dan perempuan mana nak sama, bukan? Lelaki anggap benda remeh-temeh itu biasa. Tapi, perempuan anggap benda remeh-temeh itu luar biasa. Lepas tu, mulalah bertelagah sesama sendiri. Akhirnya, masing-masing nak menang. Sudahnya perempuan; Okey, fine. (Dalam hati tuhan saja yang tahu) Lelaki; Egonya setinggi langit. Tapi, biasalah tueh. Setiap perhubungan ada pasang surutnya sendiri. Hahaha, itu adalah topik yang dibicarakan secara spontan oleh mereka-mereka yang telah berpunya. Siapa? Merekalah. Aku? Hahaha, i'm single. So, buat masa sekarang kepala otak aku memang free dari perkara-perkara itu sebab aku masih belum bersedia untuk mulakannya sekali lagi. Lagipun, hidup begini lebih tenang rasanya. Tak topup sebulan pun tiada yang kisah. Nak buat ape saja pun takde yang nak larang. Duit pun lebih menjurus kepada hal-hal kehendak sendiri saja. Telinga pun aman. Hati pun tenang. Bateri handphone juga selamat. Bukankah itu mudah? Atau ini sekadar ayat seorang yang masih belum berpunya? Hahaha, pedulikan. Aku bahagia dengan hidupku sekarang.

Semalam, telah berjaya mendownload cerita Nur Kasih untuk dua episod yang aku terlepas. Yelah, minggu pertama kat sini belum ada televisyen. Pergi tengok kat kedai makan jerk. Tapi, sangat tak seronok sebab bising. Dan minggu kedua plak, telah keluar makan di Tambun sana. Sebab terlalu rindukan masakan di kedai tersebut; Hot Spring. So, semalam telah menonton dua episod tersebut dengan aman dan damainya dan bersambung pulak dengan episod 9 di TV3. Ohhh, rindunya Nur Amina. Rindunya pada Adam. Tapi, kenapa Adam jadi macam tueh? Adam tu tak jahat sebenarnya tapi dia tueh degil dan keras hati. Bila dah jadi macam tueh baru dia nak sedar. Tapi untuk ape? Mungkin dia boleh dapatkan balik apa yang pernah dia tinggalkan? Itu yang kita tak tahu.

Huhuhu, tiba-tiba terasa bosan pulak. Lepas Zohor karang nak keluar pegi Giant. Lepas tueh nak pergi mana? Ohhh, bosannya.
Never regret something that once made your smile.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E532: Aku Gembira; Kau Sedih?
Thursday, July 23, 2009



Time: 09.37 p.m
Date & Day: 23 Julai 2009 | Thursday
Thoughts: Ingin Melepaskan Rindu
Food: Snek Ku - Tam Tam Crab
Drink: H2O
Dresses: Baju Tidur

TV: Keliwon
Music: Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta by Spring

Hahaha, aku memang sedang gembira. Kenapa? Sebab akhirnya aku dapat berdating dengan belog kesayanganku ini menggunakan lappy kesayangan juga menerusi Cik Firefox kesukaan ku ini. Oh, indahnya perasaan. Walaupun aku terpaksa meningkatkan tahap kesabaran aku pada paras maksimun, aku redha.Sesungguhnya, itulah ayat seorang pelayar internet yang tegar. Ape boleh buat weh? Aku ada satu dunia yang indah di sini. Dunia yang jarang memberikan aku satu kekecewaan dan kesedihan yang berpanjangan. Dan sekarang, kawan-kawan dah mula mengeluarkan statement perli untuk aku. Takpe, aku tak kisah. Memang kenyataannya, aku suka surfing intenet. =)

Hurm, tak tahu apa nak cakap lagi. Happy memang happylah cuma mak dah mula mengeluarkan arahan tentang pengurangan aktiviti window shopping gara-gara H1N1 yang kian menganas di universiti pulak nieh. UiTM Sri Iskandar sedang tutup. Bila pulak KPTM Kampus Ipoh ini mahu tutup? Hahaha, tidak! Tidak. Lebih baik tidak tutup daripada harus menanggung penyakit begitu. Mencegah lebih baik dari mengubati. Elak sebelum kena; Pesanan penaja dibawakan khas oleh Snek Ku - Tam Tam Crab. Nak? Meh arr join. Ngee~!!!

Malam ini aku sedikit free, okey. Sedikit sahaja. Ala, tipulah ko Nad. Busy tak busy ko tetap pikirkan blog kan? Perli isi hati sendiri. Huahuahua, macam nieh punya orang pun adakah? Sila jangan pelik sebab ini adalah salah satu sindrom Deman Tenet. Ngee~!!! Ala weh, kasi arr chance nak melepaskan rindu dendam pada tenet jap. Al-maklumlah, sekarang nieh dah mula busy dengan semua kerja-kerja kolej yang sungguh banyak, banyak dan banyak. Dan setiap hari, cuma mampu berdoa agar dipermudahkan segala urusan sepanjang Sem 5 ini berlangsung. Amin.

Bercerita soal kerja-kerja kolej, mahu histeria sekejap. Sangat banyak okey. Sampai tak mampu untuk dilistkan. Subject pula masya-Allah, sangat tak indah okey. Hanya Web Programming sahaja yang sedikit sebanyak mampu merawat kerawanan hati aku ini. Okey, sila jangan cakap aku suka programming sebab kenyataannya itu bukanlah kegemaran aku. Tapi, sesuatu yang aku mudah terima dan senang fahami. Sakit sebenarnya belajar programming nieh. Then, ada lagi satu perkara yang harus difikirkan iaitu berkenaan Latihan Industri atau lebih dikenali sebagai Latihan Praktikal atau L.I. Sekarang ini, yang memberi respon baik cumalah syarikat-syarikat sebelah Kuala Lumpur sana nun sahaja. Untuk bahagian Utara ini, segalanya masih samar-samar. Ada sapa-sapa yang mahu offer tempat untuk Latihan Industri untuk aku tak? Kalau ada, sudi-sudikanlah kongsikan dengan aku nieh. =)

Esok, kebanyakan penghuni-penghuni Dorm 6 ini akan balik bercuti di kampung. Hanya tinggal aku dan empat orang teman lagi sahaja. Lepas tueh, dengar pula cerita tentang mereka-mereka yang mahu berkunjung ke tempat aku membesar; Langkawi pastinya. Entahlah, perasaan yang sukar nak digambarkan. Aku rasa macam nak pulang ke rumah. Tapi, aku tak boleh balik sekadar untuk 2 or 3 hari yang tak seberapa itu. Aku tak sanggup nak lalui 'perasaan' itu lagi sementelah aku baru saja melaluinya beberapa minggu lepas. Tambahan pula, Ipoh kini dah bertukar status di hatiku. Lagilah sakit untuk berbuat demikian. Lagipun, banyak perkara yang menuntut perhatian dan pelaksanaan oleh aku. Makanya, haruslah aku mengentalkan hati aku untuk beberapa bulan lagi. Takpe Nad. Air matakan dah janji akan jadi teman setia kau! Huh! Boleh pulak macam tueh?

Okeylah, aku nak bersurai dulu la. Mood aku dah makin merudum. So, better aku lakukan something before everything become worst. Tak nak! Tak nak!

Menghadiri kuliah pada esok hari adalah satu perkara paling malas untuk dilakukan. Harap maklum.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E531: Mengadu Domba
Tuesday, July 21, 2009




Time: 9.15 pm
Date & Day: 21 Julai 2009 | Tuesday
Thoughts: Hari-hari yang agak kesuraman
Food: Nasi Goreng Pattaya
Drink: Air Putih
Dresses: Baju Tidur Maxi

TV: Buletin Utama
Music: Puteriku Sayang by Hijjaz

Huhuhu, dah hampir dua minggu aku di Ipoh yang tak berapa nak indah nieh. And already missing home! Entahlah, kadang-kadang terpikir gak macam mana nak teruskan hidup untuk beberapa bulan lagi di sini. Tapi, nak tak nak tetap kena kuatkan hati jugak. Segalanya berubah sejak peristiwa itu berlaku. Dah tak ada lagi berlapan untuk kami. Kini, sekadar tinggal 7 saja. Biarlah, mungkin dia lebih bahagia bersama lelaki itu.

Bercerita soal kawan-kawan, kadang-kadang memang mampu menerbitkan air mata. Yer, memang aku marah dia. Memang aku geram sangat bila semuanya jadi semakin buruk lepas sesi meluahkan perasaan itu. Tapi, apa yang aku boleh buat bila itu yang jadi pilihan dia. Aku bukanlah seorang yang sangat kejam. Yang mampu menutup mata untuk menghilangkan kelibat dia dari pandangan aku. Tapi, dia yang buat aku dan kawan-kawan lain berperasaan begitu. Kenapa kau pilih jalan begini? Tidakkah kau teringat akan persahabatan kita yang dah masuk 2 tahun pada 17 Julai yang lepas? Tidakkah ada walau sedikit pun keindahan yang mampu kau jadikan kenangan agar kau lebih menyayangi hubungan yang telah terbina? Aku memang sayangkan persahabatan itu. Tapi, kalau kau tidak menghargainya untuk apa lagi aku teruskan dengan rasa ini? Sungguh, tak pernah aku sangka hubungan kita akan jadi begini dalam tempoh waktu secepat ini. Lebih baik aku noktahkan saja.

Hal berkaitan kolej pula menjadi hal paling rumit kali nieh. Segalanya tentang Sem 5 adalah indah khabar dari lupa kecuali bab kelas mula lambat dan balik awal. Sem ini ada lima subjek tough yang harus aku pikul. Web Programming ( PHP ), Interface and Information Design, An Overview of Entreprenuership, Effective Communication Skill and paling mencabar pastinya Multimedia Project yang bakal mengorbankan banyak perkara. Huhuhu, memang kena tabah dan kental habis sem nieh. Dan janganlah bertanya lagi bila tak pasal-pasal nanti aku online lepas tueh mengadu domba pada blog sendiri. Huhuhu, sadis okey.

Okeylah, aku kena blah dulu. Kena settlekan slide presentation untuk presentation esok! Huhuhu, sakit jiwa okey sebab banyak sangat presentation.
Menjaga hati adalah perkara paling payah untuk dilakukan saat ini.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


Berehat Sebentar
Friday, July 17, 2009

Jom berehat sebentar bersama Kit Kat.
Hahaha, tengah giler sekarang.
Walaupun baru minggu pertama, tapi otak sudah mula mereng.
Jiwa sudah mula memberontak. Kerja dah menimbun-nimbun.

Wireless tak okey lagi.
Broadband dah kembali pada tuan empunya.
Tinggallah aku yang sudah hanpir gila ini.

Okey, takpe.
Dah tengok blog. Kerinduan terubat.
Drama swasta pun dah tengok. Muntah berbaldi.
Sangat hipokrit okey!
Dan bikin mulut aku tak berinsuran secara tiba-tiba.

Okeylah, ini broadband pinjam saja.
Harus beransur sekarang.
Chiow, assalamualaikum.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E530: Replaced
Tuesday, July 7, 2009



Time: 12.16 pm
Date & Day: 7 July 2009 | Tuesday
Thoughts: Kejap lagi dah harus tinggalkan rumah.
Food: Sweet 'n' Sour
Drink: Tea
Dresses: Baju Tidur. Hahaha, busyuk lagi.

TV: Syurga Cinta again.
Music: Berganti Hati by Anggun.

Adeh, masa dah makin-makin suntuk giler. Beg suma dah siap packing tinggal barang-barang yang nak guna kejap lagi jerk. Alhamdulillah, beg tadi hampir-hampir kena tambah lagi satu tapi mak cakap bawa jer beg tarik yang besar itu. Hahaha, biasa arrr. Orang banyak anak macam aku memang kena bawa beg besar. Anak patung, okey. Bukan anak orang. =P Akhirnya, dua beg itu boleh dijadikan satu. Betul jugakkan, tapi beg tueh besar arr. Larat ke nak usung jap lagi? Then, semua dua beg itu akan dimasukkan dalam kereta dan aku harus tinggalkan rumah. Oh shit! Benci perasaan ini. Walaupun aku sedar perasaan ini akan hilang sebaik sahaja feri tinggalkan terminal, aku tetap benci. Tak suka! Tak suka! Oit Nad, semalam dah janjikan yang akan suka everything about this. Okey, okey. Suka! Suka! =)

Jap tadi, sempat lagi layan citer Syurga Cinta untuk kali yang ke-empat. Hahaha, memang suka giler cerita itu. Walau untuk kali yang ke-empat, air mata nieh tetap mengenang setiap kali tiba part itu. Giler arrr sensitive. And, aku paling suka satu ayat nieh. Memang nak kongsi dari saat pertama aku tengok lagi tapi setiap kali lepas kuar panggung jerk, automatically hilang ingatan. So, nothing can I do lah.
Irham: Syu, ape Syu akan buat kalau tiba-tiba orang yang Syu sayang tipu Syu dan tinggalkan Syu? Syu sedih tak?

Syuhadah: Jika seseorang itu hadir dalam hidup saya, dan menjadi sebahagian daripada saya, tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi. Jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu sekurang-kurang dia pernah membahagiakan saya. Jadi saya redha.
Huhuhu, memang terkesan betullah part nieh. Dialognya meresap dari telinga terus ke hati. Lepas tueh, dengar pulak lagu Berganti Hati itu. Memang boleh buat airmata ini jatuh. Sudahlah, sekejap lagi memang akan banyak masa untuk termenung. Janganlah ada sesuatu yang menganggu keadaan hati yang rapuh sekarang nieh. Cukuplah semalam dengan berita kurang enak itu. Takpe, aku ada mata untuk melihat. Aku harap ianya tak seburuk yang aku sangkakan.

Okeylah, nak mandi, makan dan haruslah bersiap-siap. Tapi, selera tengah mati nieh. Macam mana? Tetap juga kena makan sebab perlukan banyak tenaga untuk usung beg besar itu. Bunyinya macam besar sangatlah beg itu, bukan? Hahaha, besar tak besarlah tapi taklah berat sangat sebab ianya hanya dipenuhi oleh anak 'orang' tersebut. Hehehe, tolong jangan cakap " Alah, tinggalkan saja anak patung ko tueh. Umur dah 20 pun nak ada anak patung lagi." Tolonglah jangan cakap begitu. Sebab, anak patung itu sajalah akan jadi peneman duka lara bila ada project yang masuk tahap membunuh. Hahaha, paham-paham sendirilah. =P

Kawan-kawan, insyaAllah kalau takde aral Khamis nanti kita jumpa di kolej sana. And, aku tak sabar nak tengok drama swasta dari stesen TV tak berdaftar itu. Gamak tak lalu nak tengok, kita muntahlah ramai-ramai biar dia ada tahap kesedaran yang tinggi. Hahaha, see you soon!


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E529: Ready To Move On


Time: 02:40 am
Date & Day: 7 July 2009 | Tuesday
Thoughts: Tak mahu balik Ipoh. Betul-betul tak mahu!
Food: -
Drink: H2o
Dresses: Baju Kelawar

TV: Baby And Me
Music: Hanya Ingin Kau Tahu by Rebvplik

Malam tadi, aku berkesempatan ke tempat makan yang memang aku gemari. Dan malam nieh ada sempat snap gambar tempat tersebut. Cuma, makanan kegemaran aku yang satu itu tiada untuk malam ini. Huhuhu, takpelah. At least, aku sempat ke sana sebelum aku harus pulang esok.

Photobucket
Belakang itu adalah lautan luas yer; Sesuai kalau nak berdating.

Seriously, aku betul-betul tak ingin kembali ke Ipoh. Sungguh-sungguh tak ingin tapi aku harus balik ke sana untuk habiskan semua yang telah aku mulakan dua tahun dahulu. Aku tak berniat untuk membenarkan hati aku berasa tak selesa dengan Ipoh. Aku tak pernah benar walau seinci pun perasaan itu hadir sebab aku mahu ada satu kenangan paling indah di sana. Tapi, akhirnya perasaan itu ada juga. Semuanya gara-gara 'kita' tak seperti dahulu.

Barang-barang masih belum selesai dipacking. Biarkan, pagi nanti aku akan kemaskan semuanya. Sekarang, aku cuma perlu mengemaskan hati aku yang beria-ria tak mahu balik ke sana. Dan, aku masih memikirkan sama ada ingin membawa kenangan itu atau pun tidak. Bagaimana jika nanti aku terlalu perlukan benda itu? Tapi, haruskah aku bawa juga?
If you can't avoid it, just enjoy it - Kdrama, Baby And Me.
Yer, bila kita tak dapat untuk mengelakkan sesuatu, apa kata kita enjoy dengannya. Itu yang aku akan buat. Aku tahu aku tetap kena balik sana. So, aku nak enjoy kepulangan aku ini walaupun aku tahu hati aku nanti akan jadi berdenyut-denyut. Aku tak boleh elak, so aku akan cuba gembira untuk menerimanya.

Aku dah bawa bekalan secukupnya untuk makanan aku jika aku tak ada apa-apa untuk dibuat sementara menunggu kedatangan Isnin; Hari pertama kuliah. Jadi, tolong jangan bertanya apa-apa. Aku sekadar mahu ignore semua benda yang buat aku tak seronok untuk kembali ke sana. Aku mahu membeli dua buah novel itu dan aku mahu masuk ke dunia itu. Bunyinya macam mulut aku akan menjadi berat buat seketika. Tapi hanya dengan 'kau' sahaja.

And sekejap tadi, aku dapat tahu satu perkara. Dan sememangnya perkara itu telah aku agak sejak aku berbual dengannya di tetingkap maya tak lama dulu. Cuma menunggu untuk dicomfirmkan sahaja. Dan tadi, sudah ada yang mencomfirmkan perkara tersebut. Takpe, biarkan. Sekarang kau mudah, mungkin kau tak nampak apa fungsinya aku. Nanti bila perkara itu menyusahkan engkau, ignorekan saja aku. Itu sahaja permintaan aku. Mudah bukan? Okeylah, aku mahu tidur senyenyak-nyenyaknya di atas tilam bertemankan comforter kesayangan aku itu. Nite, salam.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E528: Pelangi Masih Bersembunyi
Monday, July 6, 2009

Photobucket
Image Source: hobli.deviantart.com

Time: 09:27 am
Date & Day: 6 July 2009 | Monday
Thoughts: Kosongkan Otak
Food: Kuih Apam
Drink: Teh
Dresses: Blue Shirt & Pant
TV: Syurga Cinta
Music: A Date So Sweet by 183 Club

Bila aku bersemangat, apa pun yang datang depan aku, ape pun yang aku kena lalui, semuanya akan jadi mudah. Sepayah manapun, aku tetap mampu laluinya dengan baik. Dengan senyuman. Tapi, bila aku down begini, everything jadi huru-hara dan tunggang-langgang. Hilang semua kekuatan, luruh semua semangat. Sampaikan, apepun yang menjadi urusan hati adalah termasuk dalam perkara-perkara sensitif aku. Selalunya, bila mood ini datang sememangnya aku akan banyak mengelak dari bercakap atau apa sekali pun. Kalau boleh nak ignore semua benda atas muka bumi ini. Tapi, tak bolehlahkan. Tuhan bagi mata untuk melihat, Tuhan bagi telinga untuk mendengar, jadi manalah mungkin untuk aku membutakan mata dan memekakkan telinga sedang pada zahirnya, aku dikurniakan semua nikmat itu. Syukur alhamdulillah.

Semalamam, aku menonton siri drama Taiwan; The Magician of Love. Itulah drama yang berjaya menarik minat aku untuk menonton drama-drama dan filem-filem asing. First time tengok dulu kat TV8, main pada jam 7 hingga 8 malam. Memang time tueh, remote control tueh aku punya la. Lepas tueh, semayang Maghrib macam koboi jerk gayanya gara-gara cerita ini. Then, tahun lepas aku beli satu set cerita nieh dengan harga 60 ringgit kalau tak salah aku. Ada dua part and 22 keping CD. Puas hati aku. So, semalam aku layan lagilah untuk kali yang keberapa entah. Dah tak pasti tapi untuk pertama kalinya untuk cuti kali nieh. Hahaha, aku berlagok sket. Maklumlah, aku ada banyak cerita untuk dilayan pada cuti nieh,kan. Dan, semalam untuk pertama kalinya, cerita nieh berjaya menerbitkan air mata aku. Huhuhu...

Kee Lan: Tahukah, kau kejam!

Richie: Lagi kejam kalau tak berpisah.

*crying*

Bila tengok part nieh, ada air mata yang jatuh. Dan ada satu perkara yang masih menuntut penjelasan oleh aku. Persoalan itulah yang datang berputar ligat dari otak nieh. Sungguh, aku memang tak faham kenapa lelaki selalu memilih waktu yang salah untuk sakitkan hati perempuan? Soalan yang aku tak pernah ada jawapan sedari malam itu. Dan saat ini, persoalan itu kembali bermain-main dalam minda aku.

Situasi dalam drama; Richie tahu yang Xiao Bei sedih sebab Du Ya Si nak ke England dengan Qing Kong, tetapi kenapa dia pilih waktu yang sama untuk putuskan hubungan dia dengan Xiao Bei dan tipu kononnya dia ada hubungan dengan Ke Lan? Dan situasi aku; Dia tahu yang aku dalam waktu genting saat itu, aku sedang final exam. Tapi, kenapa dia pilih waktu itu untuk putuskan hubungan dia dengan aku dan tipu kononnya dia dipaksa keluarga untuk berkahwin?

Samakan situasi itu? Lantas, adakah jawapan paling wajar untuk keadaan itu? Itulah yang aku tak tahu. Aku mengaku, aku memang seorang yang perlukan sebab untuk setiap perbuatan. Walau sebab itulah yang bakal menyakitkan aku, aku tetap mahu tahu. Tapi, hingga sekarang aku tak pernah ada jawapan untuk soalan itu. Tak pernah! Dan aku akur, tak semua perbuatan itu ada sebab musababnya yang tersendiri. Kerna, kadang-kadang ada perkara yang berlaku itu diluar batas fikiran manusia. Huhuhu, Nad! Tolonglah, bila tengok cerita tueh tengok sajalah. Tak payah pikirkan ape-ape. Please!

Inilah aku sebenarnya. Bila down saja, semuanya akan turut down sekali. Bila bersemangat, tengok video aku ngan dia pun aku boleh ketawa. Tapi, bila down begini cukup sekadar mengingati saja. Then, air mata boleh jatuh selebat-lebatnya. Aayook, semangat. Cepatlah kau pulih kembali. Dan aku ada pesanan sedikit untuk kawan-kawan. Maaflah, untuk kali ini aku tak dapat terima sebarang pesanan coklat dari kalian untuk aku bawa balik ke Ipoh. Sebab, beg aku sahaja sudah ada 3 biji; 1 beg tarik, 1 beg pegang saiz sederhana dan 1 beg laptop. Faham sajalah, aku pulang berseorangan dan kemudian nak naik feri dan lepas tueh nak naik bas lagi. Dan kemudiannya baru naik kereta. Maaf sangat-sangat. Tapi, jangan risau! Macam biasa, aku tetap bawa balik coklat untuk korang merasa sorang sedikit. At least, buat lepas kempunan korang la. Aku tahu korang suka coklat itu.

Kadang-kadang Allah sembunyi matahari,
DIA datangkan petir dan kilat.
Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
Rupanya, Allah memberi kita pelangi.

Aku tahu aku takkan pernah dapat lihat lagi bagaimana sukanya dia bila dapat coklat dari aku. Cukuplah sekadar aku dapat lihat kawan-kawan aku tersenyum setiap kali dapat makan coklat itu. At least, aku tahu mereka menyukainya sebagaimana dia pernah mengemarinya.
Wanie, citer Syurga Cinta dah siap download. Nanti kita layan beb!


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E527: Bila masa Kian Berganjak Pergi
Sunday, July 5, 2009


Time: 10:36 pm
Date & Day: 5 July 2009 | Sunday
Thoughts: Mencuba Meng'ignore'kan Rasa Hati. I Really Hate To Go!
Food: Jagung Rebus
Drink: H2O
Dresses: Blue Shirt & Pants

TV: The Magician Of Love
Music: Ku Ingin Bahagia by Rina Rahman

Masa kian suntuk. Nothing can I do, sekadar mengikut aturan masa yang dah ditetapkan. Usah bertanya tentang mood, perasaan semua. Memang aku tengah down giler nieh. Tak ada apa pun yang mampu memujuk rasa hati aku sekarang nieh. Aku tahu perasaan ini akan hilang bila aku dah berada di sana nanti. Tapi, sakitnya untuk melalui satu fasa perasaan yang akan buat hati aku berdenyut-denyut.

Dan malam ini, banyak sangat perkara yang menyentuh hati aku. Buat hati aku rasa sebak dan mata aku ingin menangis. Tapi untuk ape? Tak mahulah aku jadi macam budak-budak. Menangis sebab harus tinggalkan rumah. Tapi, kalau dah itu yang aku rasakan? Apa yang boleh aku buat? Yer, hati aku berat untuk tinggalkan rumah terutamanya mak dan adik. Aku tahu, sepanjang aku di rumah pun bukanlah apa sangat yang aku buat untuk mak. Bukanlah banyak sangat masa pun aku habiskan dengan adik. Tapi, saat yang sekejap itulah yang buat aku rasa macam nieh. And, kalau boleh aku tak mahu jauh dengan mak. Even, aku bukanlah anak yang rajin menolong emaknya tapi untuk sesetengah perkara aku rasa aku perlu ada dengan mak. Dan sebab itulah aku fikir banyak benda.

Lepas nieh, sape nak teman mak pegi pekan? Sape nak teman mak pegi beli kain? Sape nak teman mak pergi bank? Sape nak teman mak pergi kebun? Sape nak tolong pinjamkan mulut untuk leterkan my sis yang kadang-kadang malas basuh pinggan itu? Adik. Sape nak tolong adik buat homework dia? Sape nak suruh paksa adik pegi mandi lepas main kat kebun? Sape nak pujuk adik yang kadang-kadang malas wat homework dia? Sape nak teman adik tengah-tengah malam saat dia seorang yang belum mengantuk? Sape? Sebab tu, macam mana tak larat pun aku. Macam mana mengantuk pun aku, aku tetap akan teman mak dan adik bila keadaan membolehkan aku untuk berbuat begitu. Tapi, keadaan tak lagi mengizinkan aku untuk terus berbaut begitu. Aku harus kembali untuk mengapai apa yang aku impikan.

Aku betul-betul down sekarang. Aku mahu berehat sebentar tanpa mahu berfikir tentang ini lagi. Apa pun yang akan berlaku esok, akan tetap berlaku. Tiada apa yang boleh berubah dan diubah. Lantas, redhakan saja pada jalan yang sudah termaktub. Tak payah berfikir untuk menidakkan hukum alam. T___T

Semakin jauh menyusur matahari,
Semakin aku hilang arah tujuku,
Tidak kusangka yang terang akan suram,
Meskipun intan bayangnya jua tak berwajah.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E526: Jiwa Kacau


Time: 04:31 am
Date & Day: 5 July 2009 | Sunday
Thoughts: Hati Gundah-Gulana. What's going on, heart?
Food: -
Drink: -
Dresses: Baju Tidur

TV: The Magician of Love Episode 3
Music: Jangan Kau Lepas by Alexa

Entahlah, tak tahu kenapa dengan hati hari ini. Tambah-tambah, bila terkenangkan yang sekarang sudah hari Ahad. Dan esok, dan lusa.... Arggghhh, aku benci tahu!!! Perasaan semua sudah jadi gundah-gulana. Aku resah dan gelisah. Aku rasa macam nak suruh Doraemon keluarkan Mesin Menghentikan Masa. Aku tak suka situasi begini. Tak suka! Tak suka tahu?

Bila dilanda keadaan ini, aku rasa semua benda yang aku buat sekarang adalah salah. Kenapalah aku rasakan hari kini berlalu begitu cepat? Aku tak sukalah macam nieh. On lappy, tak kena. Tengok movie, resah gelisah. On televisyen, rasa macam kotak bisu jerk. Huhuhu, kenapa dengan hati ini? Kenapa?

Aku dah lama tak rasa perasaan begini. Seingat aku, kali terakhir adalah ketika usia 13 tahun dahulu. Bila mana aku harus balik ke asrama yang aku rasa macam neraka dunia itu. Kenapa? Sebab, aku benci tengok muka seorang kawan yang mengaku kawan baik aku tapi dok jaja cerita bohong pasal aku pada semua orang terutamanya senior-senior bilik aku. I hate you!!! Dan di usia 20 tahun ini, aku harus laluinya sekali lagi. Ohhh, what the fish! *merengek* "Mak, tak nak balik boleh?" Dush! Terus dapat satu penumbuk free dari emak. Yelah! Yelah! Akak baliklah. Huhuhu... ( Cerita rekaan. Jangan percaya. )

Dah la, baik aku pergi tidur dari serabutkan kepala otak aku begini. Layan Cik Bantal dan Cik Comforter lagi bagus. Kerana mereka begitu memahami diriku. Nite. Sleep tight, sweet dream. Salam.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E525: Hadiah Orang Baik Hati
Saturday, July 4, 2009



Time: 02.39 pm
Date & Day: 4 July 2009 | Saturday
Thoughts: Memikirkan soal 'kepulangan' ke Ipoh
Food: Makan Angin
Drink: Saliva
Dresses: Shirt & Pant

TV: Detective Conan Drama Special 2
Music: You Are Not Alone by Micheal Jackson

Sedang hampa nieh, kamu tahu. Cepatlah upload citer Nur Kasih semalam. Tak puas tengok on televisyen. Sebab? Pertama, ada suara background yang sangat dashyat. Yang peliknya, semalam jugaklah datang mood kerajinan untuk membaca buku. Kalau baca slow-slow like aku baca novel tueh okeylah kan. Ini tidak, kalau baca buku kalau boleh nak satu kampung tahu. Bajet rajin arr tueh, dak Farhan nieh. Bila aku suruh dia diam sekali dia cakap Bahasa Arab daa. Huhuhu, aku pasrah punya adik begini. T__T. Selain tueh, aku tak boleh nak feel. Baru nak feel, iklan datang. Baru nak berairmata, iklan datang lagi. Ish, ape iklan nieh? Kerap sangat datang bertandang. Tak malukah? Iklan, ko balik sekarang!!! Huhuhu, semalam ada satu part tueh dah hampir-hampir menjurus pada kejatuhan air mata tapi macam biasalah, mood itu dipotong oleh si iklan yang datang menganggu. Makanya, air mata terus membawa hati yang lara. T___T

Ohh, sudahlah bercakap pasal si iklan yang sungguh tak malu itu dan juga pasal air mata yang merajuk. Biarkan, bak kata Tan Sri P.Ramlee. Dalam-dalam ketiadaan mood ini, tiba-tiba banyak pula si tag yang suka sangat menganggu ketenangan jiwa dan raga, adik beradik si bakul jugak. Banyak pulak tueh. Tak terjawab aku nieh. Tapi, untuk mengelakkan berlakunya proses pemerapan tag secara banyak lepas tueh ternyanyuk sekejap. Baik aku settlekan cepat-cepatlah. Ngee~!!!

Tag Pertama | From; Hunny & Nazrul

1.Bila anda last kena marah?
Tak ingatlah. Aku marah orang adalah. Ngee~!!!

2.Kena marah dengan siapa? letakkan nama penuh dia.
Nama penuh? Tak ingat anak tak berjantina pelupa adik-beradik nyanyuk.

3.Apakah tindakan anda bila kena marah? Tengok time juga. Kadang tueh aku diam jer and terus angkat kaki. Tunggu lama-lama pun bikin hati aku lak panas.

4. Apakah perkataan pertama yang kluar selepas anda dimarahi?
Ok. Puas hati dah? Tapi, selalunya aku diam jerk lepas tueh blah.

5. Antara bentes kaki dan pijak kaki, mana pilihan anda jika didapati anda tidak bersalah?
Aku angkat kaki. Watpe cari pasal ngan orang panas baran camtu.

6. Rasanya bile anda kena marah, anda akan lepaskan pada insan sekeliling? or siput tepi pasu?or pokon daun semalu?
Aku akan diam sahaja. Wat hal aku.

7. Apakah ucapan anda kepada orang suka marah2?
Sudah-sudahlah, tueh. Buat datang penyakit darah tinggi jerk. Anda ingat anda sorang pandai marah orang? Orang lain tak? Huhuhu...

8. Senaraikan beberapa orang yang anda rasa boleh jawab soalan ini?
Aku baik hari nieh. Malas nak tag sesiapa pun. =)



Tag Kedua| Hunny Bunny

1. Print Screen your CURRENT WALLPAPER.

Photobucket

2)REASONS why do u like/adore/cherish d dindingkertas ?
Pertama; Vector Art
Kedua; Berwarna-warni, kombinasi kaler yg ceria.
Ketiga; Sebab ia cantiklah.
Keempat; The Word "PLAY!" Means, aku bahagia bermain dengan semua yang sedang aku lalui. =)

3)tag 10 7 people
Malas arr. Aku baik hari ini. =P



Tag Ketiga | Nazrul

1. Put your iTunes, Windows Media Player, Winamp etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. SONG FILE DEPENDS ON YOU.. :)
5. Tag 10 friends.
6. Everyone tagged has to do the same thing.
7. Have Fun!
---------------

1. Winamp
2. File Name; Sentimental



IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
= Ada Untukmu by Nubhan

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
= Permaidani by Aris Ariwatan

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
= Unintended by Muse

HOW DO YOU FEEL TODAY?
= Cinta Tak Bersyarat by Element

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
= Dambaan Cinta by Didi Cazli

WHAT'S YOUR MOTTO?
= A Shoulder To Cry On by Tommy Page

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
= Dealova by Once

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
= Cinta Itu Ketawa & Airmata

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
= Cukuplah Sekali by Jay Jay

WHAT IS 2 + 2?
= Sepi Instumental

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
= Tunduk Mengalah by Data

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
= Biarkan Aku Mengalah by Nike Ardilla

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
= Selamanya by Intan Sarafina

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
= Sayang by KRU

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
= OST Selamat Pagi Cinta ( Violin Instrumental )

WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
= Ingin Tahu by Erra Fazira

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
= Kerna Terluka by Nurul


WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
= Bukan Niatku by Iklim


WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
= Taman Astakona by Slash

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
= Pergi Selamanya by Kamikaze

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
= Ayat- Ayat Cinta by Rossa

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
= Cinta Dalam Hati by Ungu

Aku rasa aku pernah buat dah tag ini. Dari siapa aku tak pasti. Tapi saja aku nak duga Winamp aku nieh. Adakah ianya pandai menduga seperti selalu. Hahahaha... T___T

Fuuhhh, selesai juga semuanya. Okey, harap-harap lepas nieh takde dah orang baik hati yang nak membagi tag pada aku. Kalau kat Ipoh, biasanya memang akan aku peram jerk tag-tag tersebut dan lepas tueh berlagak macam tak pernah terima tag. Huhuhu, maaf. Maaf.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E524: Ich Liebe Dich


Time: 03:00 am
Date & Day: 4 July 2009 | Saturday
Thoughts: Que Sera, Sera | Whatever Will Be, Will Be!
Food: Makan Hati. =)
Drink: H2O.
Dresses: White T-Shirt & Grey Pant.
TV: Detective Conan Drama Special.
Music: Cinta Tak Bersyarat by Element.


Assalamualaikum. Wie geht es dir? Lorh, apetah itu? Langsung tak paham sepatah pun. Hahaha, itu bahasa German lorh. Aikk, sejak bila aku pandai sepiking German nieh? English pun gagap, tetiba lei sepiking German lak. Ayyook, tak tahu. Kalau nak tahu maknanya, pie arr minta tolong Pok Cik Google ataupun Mok Cik Yahoo. Merekakan spesis baik hati. Kan? Kan? Kan? *peace no war! Hahaha. Takpe, bila korang tahu maknanya, aku pasti mesti tersenyum punyalah. Yakin nieh! Yakin!

Untuk entri kali ini, marilah kita sama-sama mengelak dari membicarakan soal yang mampu menjurus kepada kejadian hati patah. Atau dalam erti kata pesanan khidmat masyarakat, jangan biarkan hati anda diselubungi kesedihan. Wah, tetiba anda pulak? Siapakah itu? Andalah! Okey, okey, mari bahasakan diri biar nampak sedikit lembut. Dah kata edisi menjaga hati. Aduh, berapa punya banyak hati daa. Baru tiga kali. Ngee~!!! Okeylah, saya sebenarnya baru lepas menonton Drama Special Detektif Conan versi orang betul. Seronok juga rupanya menonton Siri Penyiasatan ini dalam bentuk itu. Saya suka, dan saya terasa dibuai-buai oleh perasaan yang wujud antara Shinichi dan Ran. So sweettttt! Ishhh, secara tiba-tiba saya merasakan yang saya ini berlagok hipokrit bila menggunakan Kata Ganti Diri Pertama; Saya. Wah, saya juga tak sangka yang saya tiba-tiba bertukar menjadi seorang guru Bahasa Melayu. Muahahaa. Jika mahu terus belajar berkenaan Kata Ganti Diri tersebut, silalah terus ke Portal Pendidikan Utusan dan Kamus Bebas ini, yer adik-adik sekalian. Selamat Surfing dan Selamat Belajar! =) Oit Nad! Sudah-sudahlah tueh memperdayakan budak-budak UPSR itu. Kasihan pada mereka-mereka yang surfing internet untuk tujuan baik. Apakah kita tidak baik? Ehhh, baik! Baik! =P

Okeylah, nieh nak mengomel pasal hal berkenaan Hari Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia.... Opsss! Bila pulak aku nieh ada kromosom diraja dalam DNA nieh. Takde. Takde. Hahaha, sebenarnya berkenaan Hari Keberangkatan aku ke Ipohlah! " Akak! Saya bukan nak tahu soal akak nak balik Ipoh atau tidak! Saya nak belajar pasal kromosom lah!" marah seorang budak Tingkatan 3. What! Kromosom? Ape tueh? Dah! Pie main jauh-jauh. Akak busylah! " Ala akak nieh! Tak sporting btullah. Nak belajar pun tak kasi." Yelah, yelah. Nanti kata aku kedekut ilmu lak. Menurut Wika86, kromosom itu adalah faktor pembawa sifat keturunan yang diwariskan dari induk ( ibu bapa ) kepada keturunannya. Kromosom hanya dapat dilihat melalui mikroskop. Ukuran kromosom adalah bervariasi mengikut spesisnya sendiri. [ bersambung... pie arr baca sendiri. =P ]

Huhuhu, tinggal dua hari sahaja lagi untuk tinggal di rumah. Dan, perasaan itu kembali. Waaa, aku benci perasaan yang hadir setiap kali aku harus balik ke Ipoh. Aku tak suka buat hati aku sedih tapi tak takde kuasa untuk hilangkan perasaan ini. Perasaan yang buat hati aku berdenyut-denyut yerk. Okeylah, barang-barang langsung tak bersentuh lagi. Yes! Aku malas. Dan aku takde mood nak balik sana. Tapi, nak tak nak esok tetap juga kena keluar untuk membeli barang-barang peribadi yang sudah tinggal botol itu. Dan lusa, aku akan bertungkus-lumus untuk siapkan baju-baju aku pulak. Dan minggu depan aku dah kena ready untuk asah kembali otak aku yang dah giler berkarat nieh. Tiga bulan tak asah beb! Habislah, mesti berpeluh nak asah nieh. Dah la, aku dah janji ngan abah untuk dapatkan balik apa yang aku terlepas sem lepas. Frust tahu tak bila tengok muka abah yang sedikit kecewa itu. Aku nak abah senyum jerk. Takpe, bah! I will try my very best! =)

Dahlah, aku rasa aku kena stop sekarang. Jam dah menunjukkan pukul 3.55 am. Tengok, aku mengambil masa hampir 1 jam untuk menghasilkan entri sedikit berilmiah ini. Ngee~!!! Salam, good nite! Eakkk, ye ke? Confius sekejap. Takpe, abaikan. Sleep tight, sweet dream. Assalamualaikum.

Berjaya juga buat entri tanpa bercakap soal HATI.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E523: Penamat Paling Indah Mungkin, =(
Friday, July 3, 2009


PERINGATAN:
Aku rasa lebih baik kamu jangan baca entri ini sebab ianya hanyalah secebis kisah dari yang sepatutnya.

Location: My Room, Home Sweet Home.
Mood: Still Blur.
Listen To: Kokokan Ayam Tah Sape Punya Tah.
Waiting For: Detective Conan. Uiiskk.


Huhuhu, aku masih dalam mood terkujat kamu tahu. Rasa macam tak lei nak produce satu entry yang okey. Tapi, masih mencuba jugak. Hahaha, sekali kerna sergah terus blur dowh. Memang hampesh [dot] com betul la. Sedar tak sedar, cuti cuma berbaki kurang seminggu. Hari Isnin ini aku akan ke rumah Mak Long dekat Changlun sebab aku nak jumpa Tok Wan. Aku dah janji nak jumpa Tok Wan dulu before aku balik ke Ipoh nun. Hari Selasa akan balik ke kampung di Merbok dan insyaAllah akan kembali ke Ipoh pada hari [dot][dot][dot]. =P ( Kepada yang berkenaan, Kenapa ko nak tahu? Sibuk jerk! Suka hati aku la nak balik bila pun. Yang benar, Nut Yaa ).

Semalam, telah pergi ke bank untuk menyelesaikan urusan berkenaan yuran dan segala bagai. Huhuhu, gila ahh punya ramai orang kat bank tueh. Bikin aku rasa macam nak balik jerk. Dah la aku sudah kehilangan mood secara total untuk balik ke sana. Rasa macam takde life jer kat sana. And satu peringatan, if something happen dekat sana nanti cuma fikirkan yang itu adalah sudut lain seorang aku. Yang jarang aku tunjukkan pada umum. Tahap kesabaran dan ketegaran sudah berada di tahap paling maksimum. Ting! Ting! Ting! Apakah bunyi itu? Itu adalah isyarat amaran, okey. Seyes, memang aku dah hilang sabar semua. Just wait and see. Mungkin kau belum tahu dimana letakkan tahap kepanas-baranan aku. Peduli arrr. Aku terlalu banyak point untuk meruntuhkan semua tuduhan-tuduhan tak berasas kau. Selama ini aku simpan, SEBAB! Aku fikir kau kawan aku. Tapi, kau yang dah PADAMKAN ISTILAH itu. So, tunggu.

Oit! Oit Nad! Ape nieh? Angin takde, ribut takde tetiba ada puting beliung lak nieh. Bukanlah, itu sekadar luahan hati tak bertempat jerk. HAHAHA, okay what if I want to make it real? Takdelah. Aku bukan seorang pendendam. Aku juga bukan seorang yang suka cari pasal dengan orang. Aku cuma seorang manusia yang punya tahap kesabarannya yang sendiri. So, jangan pernah cabar tahap kesabaran aku.

Huhuhu, aku bukannya nak marah-marah. Aku sedih sebenarnya. Selama ini, apa pun yang aku tak puas hati dengan dia, aku simpan. Aku pendam jer sorang-sorang dan kadang-kadang aku bagitahu Wanie sebab aku fikir dia kawan aku. Apalah gunanya kawan jika benda remeh-temeh pun nak dibesar-besarkan? Dan aku fikir, aku juga bukanlah kawan yang terbaik. Tapi, bila dia mengatakan yang kami ini TIDAK BOLEH DIHARAP, aku rasa itu adalah penamat paling baik untuk hubungan ini. Untuk apa aku teruskan, bila dia sendiri yang mengatakan begitu. Takpelah, kamu. Untuk semua yang pernah aku bagi, aku halalkan. Untuk semua yang pernah kamu bagi, aku mohon dihalalkan. Untuk semua perlakuan aku yang tak kamu senangi, aku mohon maaf. Talian kita biar cukup sampai di sini. Biarlah orang cakap aku sensitif, aku yang emotional lebih dari dia yang sepatutnya atau apa-apa sekalipun. Lepas nieh, kalau kamu sakit kamu carikan si dia. Kalau kamu tak boleh buat kerja kamu, kamu carilah si dia jugak. Untuk apa pun yang kamu perlukan, carilah dia kerana pada kamu dia lebih utama. Dan terima kasih, sebab sudi kongsikan apa yang kamu ada dengan kami. Walau kamu tak ikhlas, aku tetap mahu ucapan terima kasih untuk semua kenangan yang pernah kita ada bersama.

Sorry untuk kawan-kawan yang lain. Aku bukannya nak menambahkan lagi kekusutan untuk apa yang sedang berlaku sekarang. Tapi, aku cukup terkilan bila dia boleh berkata begitu untuk semua yang telah kita buat untuk dia. Kalau kamu rasa kamu mahu terus seperti biasa dengan dia, kamu teruskan. Aku sekadar menyokong. Tapi, aku tak mampu untuk terus bersama. Maaf, aku tahu aku bukan kawan yang baik untuk kalian semua tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik sekadar yang aku mampu. Dan untuk kamu, terima kasih kerana menciptakan cerita ini sebagai penamat paling 'indah' untuk apa yang telah kita lalui bersama.

Huhuhu, inilah entry yang paling pelik pernah aku buat kot. Dari excited, kemudian marah dan lepas tueh sedih. Cukuplah, mulai sekarang aku sekadar mahu tengok dan lihat sahaja. Kalau aku diam, tak bermaksud aku setuju. Kalau aku bersuara, tak bermaksud aku menyebelahkan sesiapa. Aku sekadar seorang kawan yang juga ada hati dan perasaan. =|


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E522: Hiding And Find


Location: My Sweet Room
Mood: Terkujat
Listen To: Bila Rasaku Ini Rasamu by Kerispatih


Tak tahu nak mula ayat macam mana dah. Aku baru lepas terkujat gara-gara disergah Google Reader. Huhuhu, nasib baik takde lemah jantung ke apa. Kalau tidak ada juga yang kena datang Langkawi esok, lepas tu dapat makan kenduri free. Sumpah, aku memang mengelabah giler. Perasaan frust itu datang secara tiba-tiba tahu. Itu baru list Google Reader kosong sekejap. Kalau blog nieh yang hilang, memang aku meraung depan lappy nieh macam aku meraung malam tueh. Wanie, kamu saja yang tahu bagaimana aku menangis secara overdose itu pada malam itu. Hahaha, hilang macho sekejap. Macho? Wait, wait! =P

Aku akui memang aku suka main games seek and find tueh. Tapi, sumpah aku tak sanggup main games tu dengan Google Reader ke, dengan Blogger bertambahlah aku tak nak. Huhuhu, macam nak luruh jantung, terlucut hati dan limpa semua. Mengelabah aku buzz Wanie suruh dia buat check up untuk aku. Lepas tu, aku cepat-cepat copy and paste semua URL blog yang aku follow dari Google Reader yang sempat aku selamatkan beberapa saat sebelum kejadian hilang dan lesap semua itu. Ambik ko, Nad. Sekali kena acah, terus simpan semua URL blog tersebut.

Huhuhu, takpelah. Biarlah aku membawa hati sekejap. Menghilangkan rasa terkujat dalam hati ini. Hilang semua ayat indah lagi puitis tadi. Huhuhu, kali nieh ko menang wahai Google Reader. Nasib baik aku sayang ko... huhuhu. Inilah yang dinamakan Pengorbanan sebuah Cinta. Hahahaha.

Seronok tahu dapat lepak tepi laut sambil makan Beef Ob Long. Meja makan dengan laut dekat sangat. Seyes, aku memang suka tempat itu. =) Thanks Abah dan Mak. Sudi layankan karenah anakmu yang makin nak berambus tapi makin ngengada nieh. Hahaha.
Esok, my sis takde kat rumah. Pergi Seminar Menjawab Soalan dekat Seaview Hotel selama dua hari. Mungkinkah aku akan bosan? Atau aku makin gumbira? Tunggu dan lihat saja.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E521: Apakah Makna Semua Ini?

Photobucket

Sungguh, aku hilang mood secara tiba-tiba.
Apakah makna semua ini?
Kenapa list ini tiba-tiba kosong dengan sendirinya?

Arrggghhhhh!
Tension betul la.
Takpe, langkah keselamatan semua telah diambil.
Harap-harap ianya tidak seburuk yang aku sangkakan.
Ya Allah, selamatkanlah blog aku ini.
Aku terlalu sayangkan blog aku.
Amin Ya Rabbal Alamin.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E520: I Let Him Go
Thursday, July 2, 2009


Petang tadi, aku sempat menonton drama Nur Kasih episod 5. Fyi, aku memang tak berpeluang untuk tengok pada setiap Jumaat sebab memberi laluan pada mak aku untuk tengok cerita lain. So, aku memang akan download sahaja cerita ini. Jadi, tadi aku berkesempatan untuk tengok episod 5.

Adam: Adam mohon ampun. Adam menyusahkan ayah. Adam tahu ayah malu ada anak macam Adam.

Ayah: Tak pernah malu, Dam.

Adam: Adam dah cuba jadi seperti semua yang ayah nakkan, tapi Adam tak boleh, yah. Adam tak boleh.

Ayah: Takpe, Dam. Takpe. Jadi insan terbaik yang Adam mampu.

*crying*
Babak yang sangat menusuk hati dan perasaan. Rasa macam nak menangis jer. Sungguh menyentuh jiwa raga dan bakul semua. Tak tahulah, setiap babak dalam drama nieh memang banyak terkesan dalam hati aku. Sangat menyentuh hati dan limpa juga. Dan, satu perkara yang aku baru sedari. Melihat Adam, seperti aku melihat dia. Dia macam Adam. Dia tak sejahat yang kita fikirkan. Cuma, dia suka memberontak dengan caranya tersendiri. Suka buat apa yang dilarang. Sometimes, dia saja buat-buat untuk tak dengar cakap orang. Padahal, dia boleh dengar sebenarnya.

Yer, memang aku sedang mengingati dia. Maaf, aku gagal bendung perasaan aku. But, aku janji aku akan ingat hanya untuk malam ini. And I will forget him after aku bangun esok pagi. Cuma, aku tak mahu janji yang aku akan lupa dia untuk selamanya sebab aku tahu aku tak akan pernah mampu untuk berbuat begitu. Entahlah, malam ini aku rasa macam rindu sangat dengan dia. Aku rasa macam nak berbicara dengan dia. Aku nak berbalas es-em-es dengan dia. Aku nak pinjam sesuatu dari dia sebelum aku tidur. Tapi, aku tahu aku tak boleh. Aku cuma mampu tengok dan ikuti hari-hari dia. Aku cuma mampu dengar perkhabaran dari seseorang yang dulu telah menemukan aku dan dia. Aku sekadar mampu memandang. Takpe, selagi aku tahu dia happy, aku juga akan happy untuk dia.

Senja tadi, my sis bertanyakan soal lagu Satu Bintang yang aku suka sangat tueh. Dia tanya apa maksud lagu tue sebenarnya. " Terangkan dia di sana, walauku tak berdaya..." For me, lagu itu bermakna. Cuba kamu pandang ke langit dan tengok bintang tueh. Kamu nampak dia di situ, tapi kamu tak boleh dekat dengan dia. Kamu nampak kecantikan dia, tapi kamu langsung tak boleh sentuh dia. Kamu jauh sangat dengan dia. Setiap hari malah setiap kali kamu rindukan dia, kamu sekadar mampu pandang, dan berdoa agar dia akan terus bercahaya begitu. Macam itu juga aku, tak ada apa yang aku boleh buat setiap kali aku teringat dia melainkan mendoakan semoga dia baik-baik sahaja.

Dan tadi, saat mak usulkan untuk keluar bersiar-siar aku terus bagitahu abah sebab aku ingat bila aku boleh keluar makan angin malam ini, aku akan okey seperti hari-hari sebelum ini. Rupanya, aku tersalah menduga hati aku sendiri. Aku tersalah anggap pada keadaan hati aku sekarang. Time keluar tadi, banyak sangat benda yang aku lihat dan dengar. Dan perkara-perkara itu mengingatkan aku pada dia. Sungguh, aku payah untuk mengelak keadaan itu pada malam ini. Rasa macam, toleh ke sini nampak dia. Toleh ke situ juga nampak dia. Macam dia berada di mana-mana. Like Keliwon, bak kata T.K.A dulu. Dan bila keadaan itu terjadi, aku cuma mampu membiarkan malam ini begitu. Mungkin hati aku sudah terlalu padat untuk disimpan semua rasa.

Boleh aku menangis? Boleh aku bazirkan air mata ini sedikit? Aku rasa aku dah tak mampu untuk simpan rasa ini. I let those tears go, carried off all the pain. After that, I promise I will smile again. Like before.

Kau bertanya padaku,
mengapa aku sangat mengasihimu,
dan sentiasa ingin agar kau slalu disisi.
Bagaimana harus aku huraikan ,
dengan kata MISTERI CINTA,
kerana Tuhan saja yang tahu jawapanku.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E519: Nak Kawin? Nak! Nak!
Wednesday, July 1, 2009


" Bila dua hati dah terjalin,
selamatlah pengantin kami doakan,
moga redha Allah bersinar selalu,
tanda bermula bahtera hidup... "

Ececeh... nyanyi macam orang yang dah nak kahwin jer gayanya. Padahal, calon pun belum nampak bayang. Hati pun masih belum dimiliki sesiapa. Konon, berlagok kental nak hidup seorang. Ngee~!! Takpe, takpe. Sekarang biar teman-teman sahaja yang menghiasi perjalanan indah sebuah kehidupan seorang aku. Nanti, nanti, bila hati dah mula berdegup kencang. Kemudiannya, ada yang datang ke rumah masuk bertanya. Dah terbau-bau nasi minyak nanti, insyaAlllah aku mesti wat kenduri kat sini juga. Mungkin akan jadi blog perjalanan seorang gadis menuju ke alam isteri. Alam isteri? Ape tueh? Takpe, abaikan. =P

Hahaha, bukan aku yang nak kahwinlah. Abang aku pun bukan jugak malah lambat lagi mungkin. Adik-adik aku lagi-lagilah bukan. Huhuhu, bunyinya macam lambat lagilah nak timang anak saudara. Pastu, dengan mulut comelnya akan panggil, " Mak Ngah! Mak Ngah! Nak telat ( coklatlah )" Terus aku tunjuk sebijik penumbuk di muka beliau sebab panggil aku MAK Ngah. Panggil Ngah sudah. Huhuhu, nak anak saudara tapi tak sanggup dipanggil MAK Ngah. " Panggil Ngah sudahlah, sayang. Bukan tua sangat pun lagi. Tawen pun belum nieh," kata aku tanda memujuk anak saudaraku itu. Hahaha...

Takde! Takde sesiapa pun yang mahu kahwin sekarang nieh. Peringatan; Bukan tak mahu kahwin untuk selama-lamanya tapi buat masa sekarang. =) Nak kahwin. Bukan tak hendak. Cuma rasa masih belum puas berada di bawah tanggungjawab seorang abah dan masih belum cukup pahala semasa syurga berada dibawah telapak kaki emak. Hahaha, alasan tak bleh blah dowh. Poyo! Padahal tak nak cakap yang masih belum jumpa yang berkenan di hati. Atau dengan erti kata lain, masih belum ada yang berkenan kat hati ini. Dah, dah! Cukuplah tu. Kalau lagi panjang alamatnya akan wujudlah perenggan ke-empat dan seterusnya tapi masih dalam topik TAKDE SIAPA MAHU KAHWINLAH!

Sebenarnya... sebenarnya... aku tulis entri nieh cuma sebab nak cakap yang aku sekarang sangat suka view blog or fotopages or photoblog seorang photografer. Senang cakap, tempat yang ada banyak picture-picture yang cantik baik dari segi kualitinya, sinematografinya dan juga angle yang boom-the-vass gitu. Paling banyak semestinyalah gambar-gambar perkahwinan. Sumpah, cantik ya-amat! Tu yang tetiba jer datang mood direnjis-renjis dipilis. Ohhh, sudahlah menyanyi lagu kahwin. Meh aku letak sket picture-picture cantik tersebut with credit to the ownerlah.

Paling aku suka; Achiprez
Sumber Gambar: Blog | Fotopages

Photobucket
Photobucket

Aku suka giler view blog dan fotopages beliau ini. Sebab terlalu cantik gambar-gambar yang beliau snap. Baik dari segi angle dan juga lightling. Lepas tueh pulak, ada lak adik Aqil yang sangat comel tersebut. Kira complete packageslah tahap kesukaan aku pada hasil kerja beliau ini. Nanti kalau aku kahwin, nak upah dialah untuk take a picture. Huhuhu, sudikah beliau dan mampukah aku? Itu yang kita tak tahu. Ngee~!!!

Antara yang menarik hati pula; Massa Studio
Sumber Gambar: MediaSeni

Photobucket

Bila tengok gambar-gambar sesi fotografi after graduation tueh, kan. Rasa macam nak buat gak, jerk. Tetiba rasa cam nak himpun duit mulai sekarang sampailah ke hari grad tue nanti, insyaAllah. Lepas tueh, nak wat sesi fotografi macam tueh dengan teman-teman dan famili. Boleh? Sape teringin? Mesti bestkan. Huhuhu, sekali lagi aku mula berangan bagai. Hahaha.

Dan mungkin sebab aku suka tengok gambar yang cantik-cantiklah, makanya aku agak demand gambar untuk diletakkan pada blog ini. Aku sanggup habiskan 2 or 3 jam semata-mata nak cari gambar yang cantik dan bermaksud. Giler demand budak seekor nieh.
Kepada owner gambar; Jika mahu gambar-gambar tersebut dibuang dari blog ini, sila maklumkan kepada saya di lilylover89@gmail.com.
Entri E518 aku hapdet guna keyboard lappy kesayangan. Entri ini lak aku taip guna desktop lak. Sebab, lappy dah open untuk 10 hours and kebetulan after kemas rak buku tadi adik dah tak nak guna. Pandai tak aku? Off lappy, guna desktop lak. =)


bunga With Love; Nut Yaa bunga



All Right Reserved | Nut Yaa | 2009
Original Banner Picture: DeviantArt | Modified: Nut Yaa | Screen Resolution: 1024 x 768px | Best View: Firefox