<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=1053863571646481171&amp;blogName=LilyloverDiary&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Flilylover-diary.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Flilylover-diary.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div> <style type="text/css"> i,em{color: #669999; font-family: Verdana; font-size: 11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:normal; } u{ color: #59787d; font-weight: lighter; border-bottom: 2px solid #333333; font-family:Century Gothic; font-size: 11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:normal; } b{ color: #88a2a6; font-family:Verdana; font-size:11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:bold; letter-spacing: 0px; text-transform: uppercase; } </style> <style type="text/css"> .blogbody b, .standard b, p b, strong { font-weight: bold; letter-spacing: 0px; font: bold 6pt verdana; color: #88a2a6; text-transform: uppercase; </style>



Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Biar ia bertanda tanya saja
Hati ku dah lama bertitik noktah

Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu
Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biar lah mereka tertanya-tanya
Hati ku dah lama berganti arah

Mana pergi janji
Setia di sisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan
Tak berkesempatan
Kau hilang tanpa pesanan

Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Author .

Photobucket

Name: Nut Yaa (Nut)
Age:20years old
Date of Birth: February24 1989
Horoscope Sign:Pisces

Best Viewed

hit counters

hits

Mood .

Reminder .

Birthday 3bond/Ayie [16/11]
Birthday Mira [2/12]
Birthday Adda [5/12]
Birthday Norazah [6/12]
Birthday Mek Adda [20/12]
Birthday Aina [31/12]

Follow_On .

Follow Me

twitter

Thank You So Much!

Song's .


whispery .

memories .

June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009

adieu .

Photobucket

[ alpharif ]
[ Fit3 ]
[ Cydot ]

------------------------------- Photobucket

[ T.K.A ]
[ Fiza ]
[ Jiha ]
[ Nazrul ]
[ Nazirah ]
[ Hunny ]
[ BigBossAkaBond ]
[ Queen ]
[ Qina ]
[ Zaza ]
[ Ungu Violet ]
[ HeartAndFeeling ]
[ Maziah ]
[ Letto ]
[ Fyfah ]
[ Hafizdasar - Wacana Ilmu ]
[ BraderMacho]
[ Tentang Cinta ]
[ KPTM Ipoh ]

software.games.appz.movie.drama.music.rock.fun

Blogmenjerit - pusat kecantikan blog

.: intan's blog :.

Revolusi Komuniti Masa Kini

emoticon .

[1] [2] [3]

Award .

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Link_Me .

lilyloverdiary

Thank .


Host:01 02 03
Images Source:04 05 06

rss

E518: Trouble Is A Friend
Tuesday, June 30, 2009

Photobucket
Image Source: sozesoze.deviantart.com

Location: Home Sweet Home
Mood: Okey La
Listen To: Trouble Is A Friend by Lenka

Menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga, berada pada mukasurat 427, perkataan trouble membawa maksud kesusahan, kesukaran atau kesulitan. Tak percaya? Pie arr selak-selak mukasurat tersebut. Anda pasti akan menjumpainya. Tak percaya? Buat dahulu, lepas tu baru datang sini dan pertikaikan. Okey? Boleh? Tak boleh tak apa. Duduk situ diam-diam and berlagok tak tahu sahaja. Lepas itu, fikirkan ini adalah episod Sehari Sepatah Perkataan. Okey? Baiklah, mari kita beransur ke chapter seterusnya.

Aku okey-okey sahaja. Cuma, seminggu ini aku asyik dikunjungi oleh selingan-selingan hidup yang agak suram jerk. Bukanlah aku nak melarikan diri dari kesedihan atau kesuraman tapi kalau boleh aku mahu gembira sehari jerk. Takpelah, mungkin bukan sekarang waktunya. Mungkin sekarang adalah waktu untuk aku belajar untuk hidup, belajar untuk menyayangi dan disayangi, belajar untuk sakit, dan belajar untuk menghargai hidup aku sendiri. Susah atau senang, its my life. Kehidupan adalah sebuah universiti paling besar dan layak untuk semua peringkat umur, right?

Beberapa hari lepas, adalah seorang makhluk Allah ini telah membuat panggilan rindu untuk aku. Iakah? Mana mungkin itu panggilan rindu tapi itulah yang tertulis di screen Nokia3500c aku. Aku terpana sekejap. Time tu dalam kereta rasanya. Tak tahu nak bereaksi apa sebenarnya. Nak gembira? Untuk ape? Nak sedih? Perlukah? Tak buat-buat tak tahu? Ish, tak sampai hati pulak. Lalu aku telah membagi satu es-em-es untuknya. Menyapa dengan hanya satu perkataan berbentuk pertanyaan; Knape? Wah, aku tak sangka aku mampu membagi es-em-es paling ringkas untuk dia. Dan dia juga membalas dengan pertanyaan serupa. Okey, aku masih bersabar. Lalu aku balas; ??? Dan dia membalas serupa dan sama. Terus aku abaikan. Malas dah. Dan beberapa minit kemudian, dia telah menelefon aku. Nak jawab atau tidak? Aku terpinga-pinga. Okey, takpelah. Jawab sahaja.

Untuk pertama kalinya mendengar suara dia sejak kali terakhir pada 18 Mei 2009 yang lalu, aku jadi kelu. Terasa lain benar untuk aku bersuara kali ini. Tapi, aku gagahi jua untuk bersuara. Tanpa aku sedar, ada mata yang dah mula bergenang. Ada hati yang dah mula sebak. Ada minda yang dah mula mengingat kembali. Sungguh, aku langsung tak jangka yang dia akan kembali selepas aku menamatkan segala-galanya. Takpe, aku tak pernah melupakan dia. Sebab, aku mahu masa yang membawa aku jauh darinya. " Takpe, aku kan kuat," ayat tipikal seorang aku untuk memujuk hati sendiri. Sabar Nad, sabar. Masa akan tentukan semuanya.

Tinggal seminggu jerk lagi, sebelum aku harus kembali ke Ipoh sana. Sungguh, aku hilang mood untuk balik ke sana. Semua keperluan berkenaan kolej masih terbiar sepi. Surat berkenaan hal-hal pendaftaran masih terbiar tak bersentuh di dalam laci. Baju-baju dan barang-barang keperluan masih di tempat sama. Lantas tak bersentuh apa pun. Mak dah mula bising-bising. Aku masih ada tugas yang belum selesai di sana. So, nak tak hendak aku tetap kena balik sana. Sungguh, kalau diberi peluang aku tak mahu kembali. Biar aku teruskan apa yang tertinggal dimana-mana asalkan tempat tu bukan Ipoh. Tapi, aku tak boleh.

Kawan, cinta itu tak pernah buta. Manusia sahaja yang selalu membutakan cinta. Kalau itu yang kamu mahu mengapa tidak kamu nyatakan sebab sebenarnya. Tak payah kamu nak menyalahkan cinta sebab cinta adalah seindah-indah nikmat yang Allah S.W.T jadikan untuk manusia.

Manusia memang TAK SEMPURNA tetapi manusia BOLEH BELAJAR untuk jadi sempurna. Bukan niat untuk melawan, kamu. Tapi, itu kenyataan bukan? Semua orang pernah buat salah. Semua orang pernah buat silap. Kita memang tak sempurna. Tapi, kita diberi akal untuk menilai tindakan kita sendiri agar nampak lebih sempurna di mata orang lain.


bunga With Love; Nut Yaa bunga

0 Comments

E517: 1st Blogerversary
Monday, June 29, 2009


27 Jun 2009 lalu, genaplah setahun blog ini menaburkan khidmat baktinya pada aku. Muncul dengan template kosong yang digunakan sedari hari pertama mempunyai blog sejak 2 tahun lalu. Blog yang kaya dengan warna hitam dan biru. Sebenarnya, aku terlepas untuk meraikan hari di mana cukup dua tahun aku meninggalkan alam berdiari. Aku terlalu ralit dengan mainan perasaan ketika itu. Oh, terlalu ralit. Dan semalam, aku turut menangguhkan entry berkenaan ini bila mana keadaan hati menuntut perhatian. Muahaha, menulis macam orang sakit mental saja gayanya.

Baru-baru ini, aku ada membaca sebuah buku bertajuk Ways to Fly: 120 Simple Ways to Reach Health, Happiness and Success keluaran Synergy. Ini buku adik aku punya. Aku sekadar tumpang baca sahaja ya. Dan buku nieh cakap;
103; Write to Yourself
Make the next book you buy an empty one. Fill its pages with stories, thoughts and feelings of your life. Written words capture a feeling for ever. Record joy, and a decade later you can read it back and feel the happiness you felt that day. Record despair and one sad day you can read it again and know you will recover, like you did before. By being a student of your own history you can design a better future. So capture in words your life's journey, before time steals its lesson away.
Atas sebab samalah, aku terus menulis tentang hidup aku sendiri. Dari menulis di atas helaian kertas bertemankan pen, aku beralih kepada screen dan keyboard. And, aku gembira melakukannya. Aku tak pernah peduli sama ada orang mahu membaca atau tidak, tetapi aku tetap mahu menulis. Aku mahu menulis untuk diri sendiri. Sebab, kadang-kadang aku tak punya teman untuk menceriakan lantas membaca kenangan-kenangan manis lampau mampu mengembalikan tawaku. Dan kadang-kadang, aku mahu kesakitan lepas mengajar aku untuk tegar dalam melalui perjalanan seterusnya. Aku menulis sekadar untuk aku. Tapi, andai ada yang sudi membaca pastilah aku menghargainya. Dan sempena Ulang Tahun Pertama ini, aku dah sediakan sesuatu untuk mereka-mereka yang selalu sudi untuk membaca.

Photobucket

Best Buddies Award; Dari Aku Untuk Kalian

Aku cuma mahu kamu ambil dan tampal di blog kamu. Kemudian, kamu
perlu bagi award pada 5 orang yang kamu rasa paling patut untuk terima.

Fyfah; Baru tahu yang kami bersaudara.
Izz; Adik nieh berkongsi tarikh lahir yang sama denganku.
Mohd Aizat; Dia paling suka dengan entry Hari Ibu yang kukarang.
Nazrul Azwan; Dia ini adalah rakan sekolej merangkap rakan sekelas.
Zaihafiz Zainal; Selalu menerbitkan entri-entri ilmiah.
Nad.Cydot; Saudara kandungku yang nak ambik PMR tahun ini.
NazirahEhsan; Aku suka entri khas yg kamu tulis utk perempuan itu.
AkuHunny; Salah seorang anggota Kami 5 Sekawan.
Queen; Rakan maya yang berpangkat kakak. Boleh Queen???
T.K.A; Ini adalah Mr. President yang sedang membina template baru.
Cadbury; Aku pernah kantoi sekali dengannya. Huhu, malu siot.
Ms.BrokenHeart; Aku selalu menumpang rumahnya jika turun KL.
Maziah; Rakan maya yang baru sekali jumpa dan naik EOM sama-sama.
Wannie; Aku nak kasi jugak sebab kamu selalu baca blog aku. =)

Udah-udahlah dulu. Buat yang tersenarai tu, sudi-sudikanlah diri untuk ambik yerk. Kalau tak sudi pun takpe. =)


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E516: Yuuki
Sunday, June 28, 2009

Photobucket

Yuuki, I think this is a most beautiful and inspiring drama. Drama yang berkisar tentang persahabatan dan semangat. Kalau dalam cerita One Liter of Tears, aku boleh lihat bagaimana orang sekeliling menyokong Aya-chan. Tapi dalam drama ini aku boleh nampak bagaimana Yuuki memberi semangat pada kawan-kawannya untuk teruskan kehidupan, bagaimana kawan-kawannya cuma membuatkan Yuuki gembira dalam mengharungi kesakitannya.

Photobucket
Ketika berkerja sambilan di ladang anggur ketika bercuti di Australia.

Photobucket
Semasa disahkan menghidap penyakit "Vanishing Bone Disease"

Photobucket
Kehilangan daya penglihatan pada sebelah mata selepas pembedahan pertama.


Photobucket
Menyertai Larian Marathon untuk mencari tindak balas penyakit.

Photobucket
Sebelah lagi matanya mulai kabur.

Photobucket
Hama-Kun, teman yang memberi semangat padanya sehari sebelum pembedahan kedua.

Photobucket

Photobucket
Dibawa bersiar-siar menaiki motor ketika sudah hilang daya penglihatan.

Photobucket
Di hari kematiannya pada usia 23 tahun.

All Images Source: omgasians.wordpress.com

Boleh korang bayangkan bagaimana bila korang menghidap satu penyakit yang tak diketahui asal puncanya dan dalam dunia ini hanya 8 orang sahaja yang menghidapinya? Mungkin kita akan bertanya kenapa dalam banyak-banyak orang, kita yang dapat bukan. Tapi, bukan Yuuki. Dia terima penyakitnya dan tetapi yakin yang dia akan berjaya lawan penyakitnya. Walaupun, akhirnya dia tetap pergi. Tapi, dia tinggalkan sesuatu untuk rakan-rakannya. Mereka semua hidup kerana dia.



To comprehend the value of one year,
just ask the students who failed their exams.
To comprehend the value of one month,
just ask a mother who gave birth to a premature baby.
To comprehend the value of one week,
just ask the editor of a weekly newspaper.
To comprehend the value of one hour,
just ask the lovers who are waiting to meet.
To comprehend the value of one minute,
just ask the people who missed their stop on the train.
To comprehend the value of one second,
just ask the person who managed to avoid an accident just in time.
To comprehend the value of one tenth of a second,
just ask the person who ended up with silver medal at the Olympics.
Therefore, treasure every moment you have.
And treat today as the utmost gift you’ll have.

Aku rasa PEREMPUAN itu patut tengok cerita ini. Biar dia sedar sikit betapa pentingnya kawan dalam hidup ini.
Maaf, aku menggunakan kata ganti nama yang agak kasar. Aku sudah tak mampu nak hormat orang yang tak tahu menghormati perasaan orang lain.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E515: When Its Means Nothing For You
Saturday, June 27, 2009

Photobucket

Location: In PC Room, Home Sweet Home
Mood: Memikirkan tentang Satu Hal.
Listen To: Semua Tentang Kita by Peterpan


Sekejapan tadi, sempat berbual dengan seseorang di tetingkap maya. Sudah lama tidak berbual dengan beliau sebab perubahan waktu online aku sejak beberapa hari ini. So, malam ini setelah berjaya menyiapkan sebiji kek coklat dan berjaya melawan kantuk. Aku mengagahkan diri untuk online juga. Hahaha, kan aku dah kata. Aku tak bleh jumpa komputer baik PC or lappy. Pasti, semua azam dan cita-cita aku yang luhur dan murni itu akan tersisa begitu sahaja.

Dan seperti biasa, kami diasak oleh satu persoalan serupa. Kenapa dia sanggup berbuat demikian? Itu sahaja persoalan yang tak pernah terjawab selama hari ini. Entah kenapa, setiap kali berbual dengan beliau aku akan belajar satu benda demi satu benda. Dari beliau juga sebenarnya yang buat aku jadi kuat begini. Dari beliau aku mampu melihat aku pada ketika dan sudut suatu ketika dahulu di mana aku berada di tempat serupa. Yang buat aku sedar yang aku perlu move on. Dan sekali gus, mampu menghasilkan satu keputusan tegar yang tak pernah aku buat selama ini. Dia yang pernah aku sayangi, telah aku lepaskan dengan rela hati. Telah aku relakan pemergiannya dengan redha di hati. Memang redha itu payah untuk dilakukan tapi redha itu adalah perkara yang mampu membuatkan kita sabar dengan dugaan yang sedang berjalan maha hebat ini.

Dan malam ini juga, beberapa persoalan terungkai dengan mudahnya. Kami bagaikan mendapat semua jawapan atas apa yang berlaku di masa lepas. Bila ada persoalan, pasti ada kemungkinan. Dan bila kemungkinan itu difikirkan, pasti akan ditemui perkaitannya. Dan bila perkaitan itu ditemui, disokong pula oleh kenyataan-kenyataan realiti, aku bagaikan tak mampu berkata-kata. Kelu lidah tak mampu berbicara. Apa makna KAWAN selama nieh?

Kamu, untuk ke sekian kalinya aku rakamkan ucapan banyak-banyak TERIMA KASIH sebab sudi tolong aku dan dia yang tak punya apa-apa ini. Terima kasih sebab sudi jadi penyelamat saat kami rasa dah nak hancur semuanya. Terima kasih sangat-sangat. Maaf kalau kami menyusahkan kamu. Maaf kiranya pertolongan yang kami pinta ini kau tafsirkan sebagai pembuli. Maaf, kami menjadi pembuli di luar batas kesedaran kami. Kami sekadar pinta bantuan. Andai kamu tak ikhlas untuk itu, tak apelah. Maafkan kami kerana menyusahkan kamu. Cuma satu pinta aku, lain kali kalau kamu tak ikhlas membantu, kalau kamu rasa kami ini membuli kamu, tolong katakan yang kamu tak mahu buat yer. Tak payah kamu nak sembunyikan rasa kamu itu dalam hati dan berlagak kononnya kamulah manusia paling baik hati dalam dunia ini dan kemudiannya membuat kenyataan pada orang lain yang mengatakan kami ini membuli kamu. Tolong belajar untuk tidak hipokrit!

Dan yang paling aku tak sangka, kamu sanggup khianati seorang kawan yang paling setia dengar semua masalah kamu, kawan yang paling setia dengar segala sakit payah kamu kononnya di saat semua orang tak mahu mendengar cerita kamu. Dia selalu cakap dekat aku, " biarlah kamu bercerita, dengarkan saja. " Dan aku turutkan cakap dia, lalu aku biarkan kamu begitu. Tapi, akhirnya kamu sakitkan orang yang selalu berada di pihak kamu. Apakah itu balasan yang paling wajar? Aku langsung tak menyangka yang aku punya kawan sekejam kamu. Sejahat-jahat aku, aku tak pernah terfikir untuk melakukan sesuatu pada kawan-kawan aku. Yer, memang aku jahat dengan kamu. Aku selalu bidas apa yang kamu cakapkan. Aku selalu abaikan bila kamu ingin bercerita. Kamu mahu tahu kenapa? Sebab, setiap hari tiada cerita lain yang keluar dari mulut kamu melainkan tentang lelaki itu. Lelaki yang boleh kamu buat sesuka hati kamu sebab dia sayangkan kamu. Kalau aku jadi lelaki itu, dah lama aku biarkan kamu pergi mampus dengan ego kamu itu. Aku bukan orang yang seperti lalang, yang bertiup mengikut arah angin. Yang boleh kamu gula-gulakan dengan semua cerita-cerita 'sedih' kamu. Aku orang yang dikurniakan akal untuk berfikir mana yang bohong dan mana yang betul. Dan aku adalah seorang yang sangat benci orang yang mengkhianati persahabatannya sendiri. Benci!

Kawan, bila kamu merasakan ada seseorang yang lebih baik untuk kamu jadikan seorang teman, maka teruskanlah. Dan kamu jangan pernah menyesal bila suasana itu tak akan sama seperti dahulu lagi. Dan bila nanti teman itu tak lagi bermakna buat kamu, kamu tetaplah di situ. Jangan pernah lagi kamu mencari apa yang kamu telah musnahkan. Teruskan dengan cerita sandiwara kamu. Maralah dengan semua rancangan kamu dan biarkan ada hati yang terluka dengan sikap kamu. Kerna kamu lebih suka menyakiti hati orang paling baik dengan kamu untuk seseorang yang belum tentu akan setia pada kamu. Kalau betul dia setia untuk kamu, maka menanglah kamu untuk kali ini. Tapi, bila ada sesuatu yang berlaku jangan pernah kamu mencari dia untuk kamu jadikan dia seperti radio buruk yang langsung tak ada apa-apa makna untuk kamu. Janganlah kamu menyakiti hatinya untuk sekali lagi. Dan tetaplah kamu dengan egomu! Dan saat itu, jangan pernah kamu tangisi apa yang terjadi. Dan jangan pernah kamu sesali apa yang kamu telah lakukan. Ini semua kehendak kamu.

Waktu terasa semakin berlalu,
tinggalkan cerita TENTANG KITA.

Maafkan aku, blog. Sepatutnya aku hadir dengan entry gumbira sempena ulang tahun pertama kamu ini. I'm sorry, dear. Happy 1st Birthday. Jangan pernah serik untuk menemani aku di dunia maya ini.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E514: Tarikan Terbaru Yang Tak Berapa Baru
Friday, June 26, 2009

Photobucket

Location: Rumahku Syurgaku
Mood: Take A Break
Listen To: Drama Perebutan Bilik Air oleh adik-adik.


Salam. Huh! Dah lama tak mulakan entry dengan ucapan indah itu. Selalu main redah jerk tak bagi salam. Hahaha, takpe. Blog aku suka hati aku la. Ayat tipikal seorang blogger bila nak buat sesuatu yang kurang baikkan. Pastu lak, lama jugak dah tak membebel secara panjang di sini. Entahlah, makin nak habis bulan Jun nieh makin tak berhati dan tak berperasaan aku. Asyik melarikan diri dari memikirkan. Asyik dengan game and digital scrapbooking. Sedar-sedar jerk dah hampir separuh hari mengadap lappy tersayang.

Okey, aku sebenarnya tengah patah hati nieh. Adik aku, si budak kecik yang bernama Farhan itu telah meng'reset'kan game Home Of Wonder BCH yang aku dah main separuh. Arrrgghhh! Geram tak terkata aku. Terus aku hilang mood nak main dah. Then, terjumpalah satu tarikan baru yang tak berapa nak baru. Aku tengok drama Nur Kasih yang main kat TV3 tueh. Beberapa minggu lepas, adik ngan mak ada mention kat aku pasal drama tueh. Tapi, sikit pun aku tak seheran sebab aku malas nak layan citer bersiri. Sebab, aku dah nak balik Ipoh. Kalau kat sana, aku memang kureng sket layan televisyen.

Tapi, tadi aku terbaca review pasal drama nieh. Walaweh, citer nieh arahan Kabir Bhatia siot. Aku memang addict giler dengan filem-filem arahan beliau; Cinta dan Sepi. Cuma Kekasihku Seru jerk aku tak tengok sebab time main tu aku dekat Ipoh. So, takde hati sangat la dengan televisyen nieh. Then terus baca sinopsisnya. Huh! Macam best jerk. Terus search kat Youtube and adalah kat sana. Tapi disebabkan kemalasan yang teramat untuk menunggu loading; Pepaham jelah bila siang-siang nieh. Terus aku download jerk. And aku dah habis tengok pun empat episod. Aku pun tak pasti kat TV3 tu dah main berapa episod sebab memang tak pernah tengok pun. Takpe, malam nieh tengok kat TV3 yer jam 9.00 malam. Jangan lupa tau.

Citer nieh best and ada ciri-ciri Islamik sket. Ada mesej yang tersendiri disampaikan dengan cara yang tersendiri. Dialognya pula memang meresap ke hati la. Pastu, jangan cakap ahh pasal sinematografi semua. Memang cantik-cantik setiap scene tersebut. Banyak tonjolkan keindahan alam persekitaran tempat tersebut. Apa orang cakap, angle best lah kiranya. Memang superb la karya Kabir Bhatia nieh. Aku suka siot. Hurm, aku membaca blog penulis skrip drama berkenaan. Katanya, itu bukan drama dakwah tapi drama cinta dan keluarga. Tak kisahlah apa pun genrenya. Yang pasti, ada nilai dan mesej tersendiri untuk disampaikan. Kan itu yang lebih baik.

Tengok-tengoklah trailer cerita nieh. Mana tahu hati lei terpaut ke. Macam aku. =)



Nak cari cerita cerekarama; Sampai Syurga. Dari penulis skrip yang sama dengan Nur Kasih, Cinta dan jugak Sepi. Patutlah aku suka. Penulis skrip yang sama rupanya.
Michael Jackson a.k.a Mikail dah meninggal dunia semalam. Huh! Agak terkejut aku pagi tadi bila baca OhTweet Khai.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E513: Update Tetap Update
Thursday, June 25, 2009


Current Mood: Penat Sangat.

Busy sangat-sangat sekarang nieh.
Busy bela kucing yang 30 ekor itu di Kitten Santuary
Busy cari duit untuk kembar lima di Home of Wonder BCH.
Busy kerja as Interior Designer terkenal di Eye For Design.
Dan busy menguruskan keluarga besar di Virtual Families.
Ya ampun, ape semua tuh??? Tunggu.
Lappy dah beroperasi hampir 11 jam.
Aku nak off.

Nad, get out now!
Macam nieh punya hapdet baik tak yah.
Hahaha, tak kira! Tak kira.
Nak hapdate jugak.
=)


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E512: Can't Speak! No Time Left
Wednesday, June 24, 2009

Photobucket
Image Source:
wiglenog.deviantart.com

Current Mood: Okey-Okey Jer.


Now, i'm really-really busy.
Takde masa sangat nak hapdet blog hari-hari.
Ini aku hapdet pun sekadar memenuhi tuntutan hati yang kerinduan.
Muahaha, ayat sangat tak bleh blah dowh.

Aku banyak keje giler nak buat.
Buat hal berkenaan kolej yer. Itu aku ketepikan dahulu.
Sebab aku tak suka balik kolej
Banyak sangat benda menyakitkan hati kat sana.
Tambah-tambah, bila kena tengok muka pelakon terbaik tersebut.
Aiikkk! Siapakah itu? Tidak-tidak, gurau saja. =)
Dah tu, apehal yang ko busy sangat tueh?

Aku ikut Timbalan Perdana Menteri wat lawatan rasmi 3 hari 3 malam.
Ke mana? Ke shopping complex! Aku suka! Aku suka.
Hahaha, sudah tiga hari berturut-turut ke sana.
Suka giler aku! TPM ikut aku beb. Patah kaki TPM.
And kemuncaknya semalam, bila TPM membenarkan aku untuk sopin.
Aku beli kasut baru untuk pakai kat kolej nanti.
Urusan yang buat aku suka adalah sopin yerk!
Yg nk pakai kat kolej tu tak bape suka sangat sebenarnya.
Thank You, Mom! Hahaha, itulah TPM aku.

Okeylah, aku kena blah dulu.
Nak mandi and siap-siap.
Sebelum TPM balik dari sekolah ( sain repot card adik )
Sebab aku kena ikut TPM lagi sekali untuk lawatan rasmi.
Chiow... Assalamualaikum.

Wanie! Wanie! Nanti aku dah tak busy kononnya, kita YM eak! Banyak soalan yang tak sempat ditanya semalam. Huhuhu, kenapakah aku busy bangat nieh. Lagi satu, coklat Ferrero Rocher tueh kalu yang kecil punya aku pun xpasti harga bape sebab tak jumpa-jumpa lagi. Yang T30 punya banyaklah, harga RM24.90.
InsyaAllah, kalau takde aral melintang patah tumbuh hilang berganti, aku akan berpuasa selama lima hari bermula hari ini. Ambil berkat bulan Rejab. Ngee~!!


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E511: Bila Tiada Tujuan Untuk Hidup
Monday, June 22, 2009



Location: Rumahku Syurgaku
Mood: Blank
Listen To: Mama, Aku Ingin Pulang by Nike Ardilla

Kalau aku kata hidup ini bosan, akan adakah yang setuju? Aku rasa golongan yang akan setuju dengan hidup aku ada golongan yang hidup segan mati pun segan jugak. Golongan yang tiada arah tujuan hidup. Tiada matlamat untuk dilaksanakan setiap kali buka mata pagi-pagi. Malah, sudah merasakan yang tiada tujuan untuk hidup lagi. *tembak* Matilah kau, Nad. Dah nak mati sangat kan. Huhuhu. bosan. Bosan. Nak tengok blog pun dah naik bosan. Blog, tumpang lalu.

Gara-gara kebosanan yang melanda, game The Scruffs telah aku tamatkan permainannya. Aku telah menyelesaikan tugasan aku untuk membantu Grandpamencari hartanya. Lepas tu, dia sedekah kat aku $100,0000. Arrrggghhh! Tensen aku! Kalau dia bagi aku Ringgit Malaysia ke, US Dollar ke, wang emas yang real ke, bagus lah jugak. Takdelah aku terbosan-bosan sendiri. Boleh juga aku pi borong segala benda yang aku mahukan itu. Lepas tu, layan citer jepun lagi tajuk Attention Please. Alah, Awan Dania adalah versi Bahasa Ibunda ya, kakak-kakak dan abang-abang. Takpe, aku adik lagi. Muahahaha...

Photobucket

Hari inilah hanya mendownload Scrapbooking Kit yang free-free itu. Tak kuasa aku nak membeli haaiihh. Ingat aku kayo? Huh! Lepas tu, telah menggunakannya untuk menambah baikkan kecantikan gambar. Lepas tueh, dah bosan men Photoshop terus melawat blog dan fotopages para photographer yang memang gila gaban lawa namampos. Lepas tu, sawan sorang-sorang sebab suka sangat tengok gambar lawa-lawa. Macam ini punya orang pun adakan? Huhuhu, apa nak buat, tok! Cucu kebosanan.

Okeylah, nak pi mandi lama-lama. Duduk bawah air tu biar kecut badan. Lepas tu, dok depan televisysen then silang kaki lagak orang kaya. Nak eksyen lebih sket, buat arr air Oren Sunquick ke, Ribena ke. Hahaha, biar hilang bosan-bosan ini. Takpe, mak abah takde. Rumah ini ana yang punya. Yahoooo.... Chiow.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


Special Wishes: Selamat Hari Abah
Sunday, June 21, 2009

Photobucket
Image Source: kleemass.deviantart.com



ketika berjauhan masihku rasa
hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan
terpancar kebanggaan dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati

Aeman | Ayah


Abah, itulah panggilan keramat aku buat seorang lelaki.
Seorang lelaki yang paling penting dalam hidup aku.
Walaupun akan tiba suatu saat nanti, bila abah akan berada di tempat kedua.
Namun, tiada yang akan dapat mengantikan Abah dalam hatiku.

Abah, dialah tonggak utama keluargaku.
Dari kecil sehinggalah sekarang, aku saksi semua.
Pelbagai perkerjaan Abah lakukan semata-mata untuk kami.
Senang, susah atau payah sekalipun, Abah tetap redah juga.
Abah tak pernah mengeluh kata penat.
Abah tak pernah mengeluh kata jemu.
Dalam kepayahan, Abah adakan semua yang menjadi keperluan.
Biar seluruh tenaganya diambil, Abah rela.
Biar Abah tak pernah menujukan kasihnya secara zahir.
Tapi aku tahu jauh di sudut hatinya, Abah terlalu kasihkan anak-anaknya.

Untuk Abah; Jamil bin Othman.
Terima kasih untuk semua titis-titis keringat yang jatuh kerana kami.
Maafkan akak untuk setiap kekecewaan yang akak berikan.
Ampunkan akak kerna terkadang lidah terlancar kata pahit.
Akak doakan moga Abah terus sihat dan kuat.
Semoga Allah S.W.T merahmati hidupmu, Abah.

Untuk semua bapa-bapa di seluruh dunia; Selamat Hari Bapa untuk kalian. Kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya bapa tidak tolok bandingnya.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E511: Sorrowful Tears
Saturday, June 20, 2009

Photobucket
Image Source: tonven.deviantart.com

Location: Home Sweet Home
Mood: Jet Lag =P
Listen To: Surrounding Sound

*menguap*
Huh! Sangatlah tidak sopan bila memulakan entri dengan menguap lagak tak tidur tujuh hari tujuh malam. Bukan, aku tidur sahaja cuma tidak senyenyak selalu. Banyak perkara yang berlaku pada minggu ini. Perkara-perkara yang tidak pernah terjangka untuk terjadi. Okey, aku selamat sampai ke pulau ini semalam dalam jam 9 camtu. Sangat letih dan penat, okey.

Tok Wan is the main point untuk minggu ini. Alhamdulillah, Tok Wan sudah semakin baik. Sumpah letih kat sana. Kerja aku hari-hari ialah; Bancuh air dan membasuh cawan dan piring. OMG! Sangat ramai saudara yang bertandang. Sorang balik, sorang lagi yang datang. At last, aku bersila depan kipas sebab penat dan panas. Kerja sambilan pula ialah; Basuh baju, siang ikan dan memasak. Oh tidak! Kerja yang menjurus kepada aktiviti suri rumah sepenuh masa. Yang paling improve sekali pastinya bab menyiang ikan. Yahooo, dah boleh kawin. Hahaha, gatai. Takde-takde. Nak belajar. Nak belajar dulu. Aku cuma sempat berehat bila lepas Zohor and on that time aku akan berkubang atas katil layan kehendak mata. Lepas tu, adalah makhluk-makhluk akan kejutkan aku dengan lawak sengal. Boleh dia buka pintu, panggil aku and kata ada orang nak menengok aku. Terkebil-kebil aku atas katil tak tahu hujung pangkal cerita. Huhuhu, jahat-jahat. Malam plak tak lei tidur saat sebab Tok Wan pun tak bape bleh tidur. Doktor kata, orang yang kena jangkitan kuman pada paru-paru memang susah tidur. Owh, ye ke? Baru tahu.

Dan time nak balik semalam, berlaku sekejap drama swasta selama lebih kurang lima minit tapi membawa kesan hingga saat ini. Sebelum balik, aku pun pergilah jumpa Tok Wan and salam ngan dia. Minta maaf lebih kurang. And time aku nak tarik tangan itu, Tok Wan genggam tangan aku kuat. Aku tersentap sekejap. Terus angkat muka tengok Wan. Wan pandang jer muka aku lepas tu cakap, " Kata tak mahu balik lagi." Suaranya sangatlah menyentap seluruh rasa hati. Puas aku menahan semua rasa. Air mata dah bertakung. Pastu , aku terangkan yang aku kena balik. Nak selesaikan urusan yang belum selesai lagi. Sambil tu, aku tarik sikit tangan aku. Makin kejap lak Wan genggam. Aku tengok mata Wan merah. Pastu Wan tunduk. Tangannya ambik tuala kecil and lap muka dia. Air mata aku dah tak lei tahan dah. Automatik jerk, jatuh. Lama juga la keadaan macam tu, sebab aku tarik tangan aku pelan-pelan. Elok terlepas jerk, terus aku salam ngan Tok aku lak. Mata Tok pun merah gak. Lepas jerk salam and minta diri, terus aku bangun, capai beg laptop and terus keluar rumah then masuk dalam kereta tanpa toleh kiri kanan pun. Sapa panggil pun aku dah tak layan sebab aku memang dah tak boleh kawal perasaan aku. Dalam hati, perasaan jadi 50-50. Antara nak balik dengan tidak. Adik dah tercengang tengok aku nangis. Elok keluar jer dari kawasan rumah, terus mak kata yang tadi pun time mak salam macam gak. Tapi, mak tak nangis. And sebab tu, mak tak masuk dalam rumah time Wan pegang tangan aku tueh. Sebab, mak takut mak menangis jugak. Sungguh, itulah antara saat paling touching yang pernah aku lalui. Sebab, aku tak pernah expect yang Wan akan tahan aku sampai macam tueh. Tak pernah walau sikit pun.

Peristiwa itu masih terkesan di hati aku sampai sekarang. And aku langsung tak boleh cakap pasal Tok Wan walau sekadar memanggil namanya sahaja. Aku jadi sebak dan air mata ini akan cepat jer bertakung di pelupuk mata. Dan saat ini, apa sahaja perkara berkaitan Tok Wan adalah menjadi perkara sensitif bagi aku. *tears dropping*

Bila ada sesuatu yang mampu
menyentuh hatimu tanpa berbuat apa-apa,
ia akan menjadi perkara paling sensitif buat
kamu. ='(

Masih ada satu perkara yang tidak aku bicarakan lagi. Mungkin, perkara ini bukan sensitif bagi aku tapi bersangkut paut dengan aku. Untuk KAU, just wait and see. Sekali kau buat, sampai mati pun orang akan ingat. Dan mulai sekarang, tolong HENTIKAN LAKONAN KAU sebab AKU SUDAH TERLALU MUAK dengan semua sandiwara kau.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E510: Leaving
Tuesday, June 16, 2009



Bercuti blogging untuk beberapa hari.
InsyaAllah, paling awal akan kembali Jumaat ini.
Assalamualaikum.

Wanie, sorry sangat-sangat sebab sembunyikan hal tu dari pengetahuan kamu. Aku tahu kamu perlu tahu tapi aku tak sampai hati untuk bagi tahu kamu sebab aku tak mahu kamu sedih dan menangis pasal 'tu' lagi. Tapi, at last kamu tahu juga. Sorry sangat-sangat. Aku mohon kamu tolong kuat yer. Sabarkan diri, tabahkan hati. Pedulikan apa yang dia nak buat. Kamu tetap ada aku dan kawan-kawan kita yang lain. Kamu tak pernah tinggal seorang, kawan. Kalau kita dekat, aku sanggup teman kamu ke mana saja asal aku boleh tengok kamu senyum dan ketawa. Tapi, kita jauh. Kuat yer, kawan. I'm sorry again.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E509: Ada Apa Pada Rupa?
Monday, June 15, 2009



Location: At Home, Pulau Langkawi.
Mood: Hibernate.

Listen To: Terlalu Cinta by Rossa


Aku rasa lebih baik hari nieh lepas bangun dari tidur. Rasa macam semua benda yang terbeban itu macam ringan sekejap. Pagi tadi, mak call Mak Lang bertanyakan soal Tok Wan. Dan alhamdulillah, Tok Wan dah buka mata dah cuma tak dapat bersuara jerk. Aku rasa sedikit lega daripada semalam. And, insyaAllah esok pagi kami akan balik ke kampung. Urusan adik sudah diselesaikan.

Dan surat from kolej juga sudah sampai pagi tadi. Macam biasa, aku agak berperasaan setiap kali terima surat dari kolej ini. Tapi untuk kali ini, aku rasa macam kosong jerk tengok surat itu. Rasa macam takde mood langsung untuk kembali ke sana. Tengok yuran asrama. Dah, malas nak cakap ape dah. Harap apa yang tersedia kat hostel tu berbaloi dengan jumlah yang akan dibayar. Itu sahaja. Yang lain, sama sahaja. Cuma yang lainnya, ini adalah sem terakhir aku di KPTMKCI sebelum aku menjalani sesi praktikal dan insyaAllah, grad pada waktu yang sepatutnya.

Sesuatu yang mengejutkan juga berlaku pada hari ini. Bangun jerk pagi tadi, tengok ada missed call dan terus check. Dari si dia yang sudah aku bertitik noktah. Then, aku campakkan handphone ke atas katil dan terus ke bilik air. Tak ada apa lagi yang nak dicakapkan. Hatiku sudah mati. Sudah tidak berperasaan. Kawan, maafkan aku kalau aku kurang berperasaan nanti. Perasaan itu semacam telah mati. Langsung tidak memberi apa-apa rasa pada hati aku.

Sudahlah, berbicara soal-soal sensitif itu akan buat mood aku swing sekelip mata. So, mari aku buka story basi kat korang. Basi tak basi la. Tapi, tak kira. Nak cerita juga. Blog aku, so suka hati aku la nak cerita apa pun. Hahaha, ayat tipikal kot. Beberapa hari lepas, aku dah buat cupcakes. Ngeh3, alhamdulillah cupcakes aku menjadi dengan jayanya cuma agak tidak comel setelah dibubuh Buttercream Aicing di atasnya.

Photobucket
Photobucket

Mak aku kata, " Kalau tengok design langsung tak lalu nak makan." Hahaha, mak nieh. Suka buat ayat yang mampu menjatuhkan semangat berkobar-kobar aku. Semuanya gara-gara Buttercream Aising yang kurang menjadi. Terlebih mentega aku rasa. So, kaler dia tak bercampur dengan rata. Lepas tu lak, dengan tangan yang memang cuma ada sedikit sahaja seni dalam lukisan, makanya jadi begitu. Lepas tueh, berlagok konon designer terkenal. Langsung tak plan nak lukis apa atas tu. Main ikut pala otak bengong pastu takde idea. So, pesanan dari pembuat cupcakes beginner ini, sediakan design sebelum melukis diatas cupcakes. Jangan main hentam berlagok terror. Kalau tidak, anda juga akan mendapat hasil yang serupa macam aku.

Hahaha, takpe, takpe. Ada apalah pada rupa. Asalkan, kek tu sedap dah arr. Ini bukan sekadar pujian dari ahli keluarga tapi juga pada keluarga sedara. Huhuhu, mak bikin aku malu denganmembawa cupcake rupa tak siap itu ke rumah saudara. Nasib baik, mereka kata sedap dan langsung tidak menyebutkan soal rupa. Adakah ia bermaksud, lawa juga lukisan aku??? Nad, kau keluar sekarang. Hahaha, baiklah. Aku akan membawa diri.

Sampai ke temu lagi di lain hari. Salam. =)

To Cik Hunny Bunny; Welcome to 20th Club. Hahaha, kamu pun sudah tua, okek! Hehehe, Selamat Hari Lahir untuk kamu. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Juga semoga bahagia bersama keluarga dan seseorang ang terchenta mungkin. Huh! Ayat tipikal bila mengucapkan birthday wish untuk seseorang. =)


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E508: Berikan Aku Satu KeSEMPATan.


Location: At Home, Pulau Langkawi.

Mood: Thinking.
Listen To: Lafaz Yang Tersimpan by UNIC


Sekejapan tadi, saat sedang leka membaca entri teman-teman pintu bilikku diketuk lantas adik berkata yang emak panggil. Terus aku tinggalkan laptop. Then, aku dengar adik memanggil adik lelakiku pula. Automatically, hati terasa tidak enak. Sebab, emak tak pernah panggil kami berkumpul di tengah malam begini. Elok jer menghampiri emak, terus mak kata, " Tok Wan dah tak sedarkan diri."

Dush! Macam kilat memanah bumi, aku rasa terkejut. Berita yang memang kalau boleh aku tak mahu dengar sekarang di waktu-waktu begini. Tapi, itulah kenyataan. Tok Wan sebelah emak sudah tidak sedarkan diri. Untuk kami yang berada di sebuah pulau ini, tak ada apa yang boleh dibuat melainkan menunggu hingga pagi menjelang. Itulah penantian yang sememangnya harus kami terima. Tapi, kadang-kadang aku rasa macam takut. Dalam menanti pagi menjelang ini, apakah aku punya kesempatan untuk melihat dan memandang lagi? Tidak ada jawapan, bukan.

Aku cuma takut aku tak punya kesempatan untuk melihat dan memandang walaupun sekadar jasad seperti apa yang pernah terjadi tiga tahun dulu. Aku tak mahu berasa terkilan sekali lagi. Cukup sekali. Okeylah, aku mahu berhenti di sini. Aku mahu menghadiahkan sesuatu untuk meringankan apa yang sedang dilaluinya.

Tolong doakan yang baik-baik untuk Tok Wan aku, boleh? =(

Aku akan pulang ke kampung di Merbok, Kedah pada awal pagi esok. Kepulangan yang tidak tahu sehingga bila. Please, doakan kesihatan Tok Wan aku ya.
Takziah juga untuk keluarga arwah Muhammad Amar Zulkifli yang meninggal dunia kerana kemalangan di Kaherah. Sekali lagi negara kita kehilangan seorang pelajar pintar. Al-fatihah.
New Update on 6.15 am: Aku akan balik esok pagi; 16 Jun 2009 sebab harus menguruskan hal sekolah dan kelas mengaji adik dahulu. Dan berkemungkinan besar akan berada seminggu di sana. Just pray for my grandpa. Hope everything will be fine.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E507: Hatiku Sudah BerTITIK NOKTAH.
Sunday, June 14, 2009

Photobucket
Location: At Home, Pulau Langkawi.
Mood: Kesedihan.
Listen To: Ghaibmu by Imran Ajmain.


Hati kurang terangsang hari nieh. Tak tahu kenapa, rasa macam dah hilang minat pada segalanya. Perkara-perkara yang selalu menjadi kegemaran rasa macam dah tak ada nikmat lagi dah. Rasa macam dah tiada fungsi untuk hidup sebenarnya. Entah kenapa, perasaan ini bertandang lagi. Lantas, mengadap laptop hanya untuk menonton cerita Jepun.

Aku tak boleh berhenti berfikir bila ada sesuatu yang datang menganggu emosi. Yer, mungkin aku yang terlalu melayan perasaan tapi rasa ini sukar untuk diusir pergi. Rasa macam semakin ingin dibawa lari, semakin ia rapat mengekori. Kamu mungkin kata, aku yang terlalu melayan perasaan. Tapi, bagaimana bila rasa itu datang sendiri di waktu kamu langsung tidak mengharapkan kedatangannya.

Beberapa hari lepas, ada teman yang mengirimkan sms. Menyapa aku dengan satu pertanyaan yang sudah cukup buat aku lega at least untuk sehari. " Are you okay, Nad?" Sms itu aku terima di keheningan pagi. Tika aku leka mendengar lagu. Dan soalan itu buat aku rasa sangat sedih. Kami sudah hampir dua bulan tidak bertemu gara-gara cuti semester kali ini yang lama. Dan, pertanyaan itu buat aku rasa sangat tersentuh. Mungkin aku bukanlah seorang yang bagus dalam menyembunyikan perasaan tapi sebagai seorang yang agak sensitif, aku tak mampu menjawab soalan tu dengan ayat yang paling bagus untuk menyatakan keadaan aku ketika itu melainkan, " Takde pape. Aku okay jer." Kamu tahu, kadang-kadang kita langsung tak sedar yang pertanyaan seringkas itu mampu membuatkan seseorang rasa dihargai. Lantas, tiada jawapan yang lebih baik melainkan ayat itu kerana segala keresahan akan sedikit berlalu bila ada yang mengambil tahu.




Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Biar ia bertanda tanya saja
Hati ku dah lama bertitik noktah

Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu
Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biar lah mereka tertanya-tanya
Hati ku dah lama berganti arah

Mana pergi janji
Setia di sisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan
Tak berkesempatan
Kau hilang tanpa pesanan

Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi


Dan hari ini, lagu ini menghantui aku. Berputar-putar di minda. It's just like a radio that keep playing the song non stop. Lagu ini adalah lagu tema cerekarama Rindu Bertasbih kalau tak salah aku. And ketika lagu nieh main dalam cerita tueh, aku dah terkesan tapi hilang sebaik sahaja cerekarama itu tamat. Tapi hari ni, aku terdengar lagu nieh di blog seseorang. Dan bila aku meneliti liriknya, ianya macam melekat terus di minda. And ianya tak jemu-jemu berputar sendiri.

For now, I just feel like curling up and crying. I'm trying to keep things together and keep strong. Tapi bila semuanya bagaikan tak terluah dek kata-kata, aku rasa sangat terbeban dengan perasaan sendiri. Hati ni terasa bagai tak termampu untuk diisi oleh rasa yang semakin padat. Rasa macam nak pecah saja. Aku rasa penat nak lalui semua nieh, frustrated by the way it effects my life, and I just plain exhausted and I don’t know how to go on. Sampai ke suatu tahap, kadang-kadang aku rasa aku benci hidup aku sendiri.
Kadangkala apa yang aku pikirkan berlawanan dengan hati kecilku, sehingga kakiku terasa berat untuk melangkah. Di saat itulah aku tak bisa memungkiri satu-satunya yang bisa menolongku hanyalah ALLAH. Ada yang berkata kepadaku " Kamu telah menjadikan ALLAH sebagai pelarian bagi kamu". Lalu aku menjawab " Iya, tapi apakah ada jalan pelarian bagiku selain kepada ALLAH?"
Lantas itu, aku masih di sini. Masih tegar menongkah hidup yang penuh cabaran. Aku tahu yang menantiku di hadapan sana masih banyak dan penuh dengan cabaran. Aku sedar aku hanya perlu berserah kepada DIA kerana aku percaya dengan janji-janjiNya. DIA tak pernah menduga hambaNya dengan dugaan yang tak mampu aku lalui. Aku pasti aku mampu untuk harungi semua ini. Kerana DIA lebih tahu kekuatan sebenar aku.
Jangan lihat masa lampau dengan penyesalan; Jangan pula lihat masa depan dengan ketakutan tapi lihatlah sekitar kita dengan penuh kesedaran.
For this unexpected moment, aku masih bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling aku sekarang. Dan aku harap, berbekalkan apa yang aku ada ini, aku akan mampu untuk terus bertahan. Sekali pun aku pasti rebah, aku juga pasti aku masih punya tongkat untuk terus menapak jalanan hidup ini.

Banyaklah orang menanam pulut,
Saya seorang menanam padi,
Banyaklah orang karam di laut,
Saya seorang karam di hati.

Dia kata, " Aku penuh dengan alasan. Dan orang yang penuh dengan alasan adalah orang yang gagal." Sedang dia tak pernah tahu, kegagalan aku kerana mempertahankan dirinya.
Aku mengulang tengok cerekarama Rindu Bertasbih di Youtube. Dan aku baru menyedari sebab mengapa aku kurang respon pada lagu itu. Dalam drama nieh, ada lagi satu lagu yang juga aku gemari sejak aku tengok drama nieh. Lagu Kerna Ku Sayang Kamu. Aku lebih respon pada lagu itu kerana sewaktu aku tengok cerita tueh, siangnya aku telah melalui satu hari yang indah, dulu. And lagu Dgyta itu memang membuai perasaan aku hinggakan aku kurang respon pada lagu ini.
Sakitnya bila sedar betapa berbezanya rasa mendengar lagu Dygta ketika itu dan ketika ini. Kenapalah takdir ini menyakitkan? Airmataku menitis lagi. ='(


bunga With Love; Nut Yaa bunga


Lagi- Lagi: Award
Friday, June 12, 2009



Location: Pulau Langkawi, Kedah
Mood: Penat Sedikit
Listen To: Yakinlah Aku Menjemputmu by Kangen Band

Ngee~!! Hari nieh tak mahu dah menulis karangan skema SPM lagi. Huh! Tak kuasa aku. Lagipun, entri ini sekdar untuk melunaskan tanggungjawab pada Award Tag ini. Nasib baik kamu nieh award, sebab tu laju sket kasi publish. Kalau kamu nieh tag, maka lambat sket la. Hahaha, giler demand kan. Bajet artis ke nak dapat-dapat award nieh.

Award Tag kali nieh datangnya daripada Cik Hunny Bunny yang berada nun jauh di Sitiawan, Perak sana. Beliau memang suka membagi tag dan award kepada aku. Cuma aku sahaja kadang-kadang macam malas nak kutip pastu terus lupa. Bila ingat jer dah tak tahu entrt pasal award dan tag-tag itu berada dimana lantas mengabaikan terus. Sorry Cik Hunny.

1. Copy award untuk diletakkan di blog anda.


2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

Pemberi award ini adalah seseorang yang saya kenali, merupakan rakan sekolej juga sekelas saya. Nama penuh beliau adalah Suffiyatun Hanie binti Suliman ( hah! Ambik kau, Hanie. Sekali aku letak nama penuhmu ) Tapi beliau lebih dikenali dengan nama Hunny. Sewaktu di kolej, beliau sangat suka melepak di rumah No.11 untuk melayari internet secara sambilan. Ngee~!!!

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

Adeeh, ini mahu bagi award ka, mahu mengorek rahsiakah? Owh, inilah dinamakan sambil menyelam minum air. Sambil meng'award' orang, boleh juga mengorek rahsia sikit-sikit. Okey-okey, berkenaan dengan fakta diri sendiri.

a. Saya adalah seorang blogger yang nampak macam tegar tapi kadang-kadang tak tegar pun sebab mood saya mampu swing dalam masa 5 saat sahaja. Bunyinya macam sepantas kilat sahaja.

b. Kadang-kadang, saya juga mudah konfius dengan keadaan diri sendiri. Bila saya dilanda virus yang satu itu, saya sukar sekali untuk mengatakan saya gembira, sedih, bosan atau apa-apa sahaja yang sama waktu dengannya. Keadaan paling parah sekali adalah sehari selepas peristiwa ini berlaku. Di waktu ini, saya juga akan kehilangan satu nikmat iaitu nikmat bersuara. Saya hanya mampu angguk dan geleng sahaja. Cakap pun sekadar sepatah-sepatah saja. Hohoho, tapi agak payah untuk lihat saya berkeadaan begini melainkan bila makhluk-makhluk ( Biar aku sahaja yang tahu ) ini buat hal.

c. Saya juga tak tahu adakah saya ini minat memasak atau tidak. Tapi yang pasti, saya akan rasa puas bila sesuatu yang saya cuba itu menjadi. Dan saya juga akan rasa puas bila dapat menjamu rakan-rakan saya dengan air tangan saya sendiri walaupun rasa dan rupanya tidak seberapa. At least, saya mencuba. Tapi, saya sangat tak suka bila terpaksa masuk dapur setiap pagi. Sangat tak suka.

d. Saya sangat teringin untuk membela arnab sebab saya rasa arnab itu comel dan tahu memahami perasaan saya. Saya juga sangat merindui Chubby Si Arnabyang sempat saya tumpang jaga ketika dia menumpang di rumah No.11. Dia sangat baik dengan saya dan sangat pandai buat muka kasihan bila dikurung berhari. Sebab dia tahu, saya akan bawa di keluar dari sangkarnya. Tapi, niat saya itu mendapat halangan besar dari mak saya.

e. Saya juga tak sangka saya boleh pendekkan 10 fakta tentang diri saya daripada 10 menjadi 5. Tapi tetap cuma dengan 10 info. Tak percaya? Tengoklah semua yang telah dihighlightkan. Betulkan??? Saya sungguh bijak dan pandai. Betulkan sudah cukup 10 info??? =P

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka..

a. heart♥
Saya memilih beliau sebab saya merasakan yang beliau sangat berkaliber dalam dunia blogging. Hahaha, saya memang suka memuji beliau dengan ikhlas sekali. Selain itu, saya juga mahu menceriakan hidup beliau yang kini suram sedikit gara-gara Ceritera Cinta Tiga Segi. Sis, tumpang lalu. Ngee~!!

b. -[RoziHazari]-
Penerima award seterusnya adalah Cik Rozi atau lebih dikenali sebagai Cik Queen. Beliau memang suka mengembush aku di YM dengan memanggil nama aku secara banyak dan kemudian baru bagi salam lepas tu terus bertanya soalan-soalan cepumas. =)

c. ~~~Ceritera Cinta Juita ~~~
Beliau ini adalah rakan internet saya yang pernah jumpa sekali di waktu beliau mula-mula main cinta dengan MR.BongBong beliau. Dan kini saya hanya menantikan undangan untuk makan nasi minyak mereka. Alhamdulillah, moga kekal selamanya. Ouch, tak malunya aku minta diri diundang. Maz, tumpang lalu... 0_o

d. Everyone Has A Story To Tell
Ini adalah kawan aku yang selalu membagi aku untuk menumpang tidur di rumah beliau setiap kali aku turun KL sedari kali pertama aku turun KL lagi. Huhuhu, sorry selalu susahkan Zana.

e. apa kate HATI aku...?
Hohoho, ini adalah kawan sekolejku merangkap Mr.President di kolej. Jangan main-main dengan beliau. Beliau sangat pandai design tahu! Aku memang suka tengok hasil kerja beliau.

f. Sapa
g. Rasa
h. Nak
i. Ambik
j. La

g. Aku memang baik! =P

Kalau ada yang dah dapat award nieh, dan rasa malas nak buat pun takpe. Aku tak kisah pun. Aku kan budak baik. Hahaha... berlagok sungguh.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E506: Di Bawah Langit Yang Sama


Location: Pulau Langkawi, Kedah
Mood: Restless
Listen To: Andai Kau Pergi by Indigo

Hari nieh adalah hari yang sangat meletihkan. Hari untuk berjalan-jalan secara overdose tak ingat dunia. Lantas, terasa bagai dunia ini bagai ana yang punya. Sekarang nieh, badan telah dilanda rasa lenguh dan sengal. Memang nyenyaklah aku tidur malam nieh. Lagipun, memang badan memerlukan rehat yang banyak sebab esok ada projek besar yang harus dibereskan. Projek apakah itu? Tunggu dan lihat sahaja nanti.

Okey, jangan pelik bila aku menaip seolah-olah mengarang karangan untuk Kertas SPM Bahasa Melayu II bertajuk Ceritera Harian Anda. Sudahlah langsung tidak menggunakan 'shortform' sebab memang aku tidak suka melakukan hal yang satu itu. Tak percaya? Bacalah SMS aku kepada rakan-rakan. Majoriti perkataannya ditaip secara penuh melainkan bila dah tersedar yang diri macam terlalu skema. Aku cuma mahu merasai kembali keindahan menggunakan Bahasa Melayu secara skemanya.

Petang tadi telah keluar membawa diri sendiri bersama adik-adik yang seramai dua orang itu. Niat utama adalah untuk membeli peralatan untuk membuat kek cawan yang comel. Wah, kek cawan gitu. Tiba-tiba, terasa macam terlalu skema pulak. Takpe, takpe. Ini adalah usaha murni untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Aku bukan anti-PPSMI, okey! Aku sekadar ingin menjadi seorang Melayu yang tahu memartabatkan bahasa sendiri dengan lebih baik. Dan juga seorang Melayu yang berusaha mempelajari bahasa lain tapi masih mengutamakan bahasa sendiri. Itu sahaja. Alamak, aku telah melalut secara panjang lebar.

Berbalik pada cerita asal, aku bersama adik-adik telah keluar dengan motif. Bukan sekadar ingin berlibur tak ada kerja tapi orang kata, sambil menyelam kita minum air. Lebih kurang macam itulah. Motif utama adalah untuk membeli barang-barang untuk membuat kek cawan. Sebelum itu, telah berusaha mencari resipi Aising 'Buttercream'. Dan kemudiannya, melakukan sedikit kaji selidik tentang cara untuk men'paip'kan aising tersebut di laman www.KamuTiub.com. Ya Allah, apalah buruk sangat Youtube dalam Bahasa Melayu ini. Huhuhu, terus hancur punah ranah bahasa gara-gara tak tahu nak terjemahkan perkataan 'piping' tersebut. Hahaha, takpe. Kesalahan kecil sahaja harap diampunkan. Dan motif-motif sampingan, telah melihat baju secara banyak di Pusat Membeli-Belah tersebut. Selepas acara melihat baju secara banyak dan kemudiannya kecewa sebab duit tak adalah banyak sangat untuk membeli, barulah melaksanakan motif utama. Hahaha, janji dengan abah hari ni tak ada sesi rayap-merayap, akhirnya buat juga. Kami telah pusing serata Pekan Kuah itu hanya untuk mencari bekas cawan kek tersebut tapi akhirnya usaha gagal. Nak tahu aku guna apa??? Tunggu! Kemudian, terus serbu Langkawi Parade untuk membeli barang-barang tersebut sebelum bergegas pulang sebab harus ke Pantai Cenang pula.

Balik sahaja rumah, selepas membawa masuk semua barang-barang yang dibeli terus naik kereta kembali dan terus ke Pantai Cenang bersama keluarga tercinta. Ini adalah untuk bertemu saudara sebelah emak yang tak pernah kenal langsung. Malah, emak juga sudah terlupa akan raut wajah beliau. Beberapa minit mencari lokasi tersebut, akhirnya bertemulah dua keluarga yang telah lama terpisah. Ceh, ingat nieh siri jejak kasih ke apa. Saja aku bohong. Jangan kamu percaya pulak. Dan tiba-tiba, salah seorang anaknya telah menegur adik aku dengan berkata, " Ada blog, kan?" Huh! Dari manakah beliau tahu yang adik aku ada blog. Lepas itu terus keluar 'statement' tak boleh belah dari adik aku. "Glamour juga aku nieh." Mahu tak glamour, kalau sudah gambar dengan mata besarmu itu terpampang jelas bila buka blog kamu, beruang sesat pun boleh kenal. Rupanya, beliau adalah salah seorang blogger juga. Dan pernah meng'view' page aku untuk meng'install script' emotikon comel. Dan aku jugak telah meletakkan alamat URLnya di blog aku. Owh, kecil sahaja dunia ini rupanya. Tak sedar bahawa kami sebenarnya bersaudara.

Kesimpulannya, kita semua manusia ini berada di bawah satu langit yang sama, juga berkongsi matahari dan bulan yang sama. Sejauh mana pun kita melangkah, kita tetap merasa hangatnya bahang matahari yang satu. Kita tetap memandang pada bulan ( yang indah pada malam nieh ) yang satu itu. Dan kita juga manusia yang sujud hanya pada Yang Satu. Jadi, tak payahlah hdup bagai dunia ini anda yang punya. Seolah-olah, bulan dan matahari itu milik kamu seorang. Terimalah hakikat, Kita berkongsi planet yang sama iaitu di bumi ciptaan Allah S.W.T ini.

Hah! Ambik kau. Nak memartabatkan Bahasa Melayu sangat. Terus jadi karangan yang tidak ada siapa sudi baca. Hahaha, kalau korang rajin bacalah. Aku pun rasa macam tak sanggup jerk.
Korang rasa aku perlu menulis dengan cara begini atau terus kekal dengan cara selalu???


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E505: Flavor of Love
Wednesday, June 10, 2009

Photobucket
Image Source: xxtrianaxx.deviantart.com

Current Mood: Think & Remind

Even just by falling in love with someone,
you will hurt people and you will get hurt yourself.
To be truly in love with someone,
you have to be ready to put your life at risk.
- Qoute from Hana Yori Dango II -

Baru habis menonton Hana Yori Dango Season II Episode 5.
Season II nieh lebih banyak buat aku mengingati dan memikirkan.
Setiap words yang keluar, buat aku berfikir banyak benda.
And the story remind me to someone; Yang baru berlalu tidak lama dulu.
Entahlah, cerita nieh bagi kesan yang banyak pada aku.

Rasa macam something bila tengok dan teringat.
Ianya macam sedang memutarkan kisah masa lalu.
Bila Tsukasa mendiamkan diri for a whole year dari Tsukushi,
that feeling come again. Terasa sangat dalam hati nieh.
Bila Hanazawa Rui call Tsukushi and dengar suara Tsukasa,
Again, perasaan itu datang kembali.
Yang terbayang, hanyalah apa yang berlaku pada aku ketika itu.
Aku nampak apa yang aku sedang buat.
Aku nampak bagaimana teruknya aku menangis pada malam tueh.
Aku dengar bagaimana kuatnya tangisan aku hari tueh.
Dan aku rasa bagaimana sakitnya hati aku ketika itu.
And tanpa sedar, ada air mata yang menitik. WTF.

Arrggh, tanpa sedar cerita nieh membunuhku.
Hahaha, biarkan perasaan itu terus berperasaan.
Aku malas nak layan lagi.
Penat. Letih. Rasa macam nak tidur jerk.

Tiba-tiba saja boleh teringat tentang sem baru. Cuti berbaki sebulan saja lagi. And everything at Ipoh would be not same as last semester. Semuanya baru. Tempat baru, hostel baru, bilik baru, katil baru, loker baru and hope aku juga punya semangat baru. Mungkin inilah hikmahnya. Sebab Tambun dah jadi tempat yang penuh dengan kenangan. Sekurang-kurangnya, aku tak akan nampak dia lagi dari tingkap itu setiap kali aku mencuci sesuatu di sinki. Dan di situ, di situ dan di situ jugak. =)
Semalam mak masak Ayam Masak Merah. Baru aku sebut-sebut, tiba-tiba muncul depan mata.
Oh Imeen, kau nieh macam memahami perasaan aku jerk. Patut tukar jerk ayat nieh. Bukan Next To Related Song but Next To Related Feeling. Ngee~!!!


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E504: Everlasting
Tuesday, June 9, 2009



Current Mood: Missing Someone.

Finally, tamat sudah 9 episode of Hana Yori Dango.
Apetah! Kenapalah sweet sangat cerita nieh?
For me, cerita ini sweet sebab ikatan persahabatan F4 nieh.
Kekuatan sebuah persahabatan; What a friend really means.
" WE would sound better then I, right?"
Aku rasa takde apa pun boleh putuskan persahabatan dorang kecuali Yg Esa.
I think, aku kena belajar dari mereka la.
Arrr, tak sabarnya nak tengok Hana Yori Dango Season 2.
Fit, cepat la habiskan download tueh!

Hurm, apa yg aku sedar since aku tengok cerita Jepun nieh.
Hadiah from heroin mesti bagi biscuit cute-cute buatan sendiri.
Macam yang dalam gambar nieh. Kawaaiii.

Photobucket

Alahai, kenapalah sweet sangat nieh?
Buat aku teringat akan sejarah cinta monyetku.
Percaya atau tidak, aku memang pernah buat biskut untuk dia.
Hahaha, aku pun tak percaya tapi itulah aku dulu.
Aku buat biskut Mama Carrie untuk dia.
Ingat lagi macam mana tekunnya aku siapkan biskut tueh.
Dah la bulan puasa, and buat macam-macam biskut.
Dah la biskut Mama Carrie tue macam remeh sket nak buat.
Sampai my sis tertidur kat dapur sebab tunggu oven. Kasihan.
Dah tu siap special design lagi untuk dia.
Siap jer, terus buatkan special pack untuk dia then masuk dalam plastik beg hitam.
Bawak pi sekolah and bagi kat dia time balik sekolah. Form 4 rasanya.
Bagi kat dia atas bas beberapa second before bas tueh berhenti.
Langsung tak sempat nak tanya pape. Padan muka dia.
And malam tueh, after solat terawih dia call aku.
And cakap, thanks and dia suka biskut tueh. Mak dia pun!

Alahai, kenapalah jiwang karat sangat aku dulu.
Hohoho, tak padan dengan tomboy tapi bagi biskut kat pakwe.
Bila ingat-ingat balik, bleh buat aku senyum sorang-sorang.
Tapi serius aku cakap, bila kita sayang seseorang kita akan buat apa sahaja.
Even, perkara itu menyakitkan. We still do it for him/her.
Sebab tu, aku kurang gemar bila ada yang menyuruh aku melupakan dia.
Sejahat-jahat dia, dia tetap pernah buat aku bahagia.
Kamu tak akan tahu perasaan yang satu ini.
Kamu hanya akan sedar bila kamu terpaksa lepaskan dia tanpa rela.
Aku akan buat bila aku rasa perkara itu perlu.
But, bila 'dia' datang untuk seketika tolong biarkan aku dengan dia.
Tolong jangan cakap, " Lupakan dia, Nad."
Sakit kamu tahu untuk melupakan kebaikan orang.

Setiap kali tengok Ayam Masak Merah, aku mesti ingat janji dia. Ayam Masak Merah dia memang superb. Dia promise nak masakkan untuk aku bila aku turun Kuantan. Sebab, aku selalu mengomel kat dia bila Ayam Masak Merah aku tak menjadi. Lebih bawang la, terlampau pedas la sampai aku rasa kasihan tengok bebudak rumah aku makan juga. Sorry korang.
Aku sedang emotional nampaknya.
Dan aku baru tersedar yang sejak aku kehilangan dia, aku asyik mengulang ayat " Sejahat-jahat dia, dia tetap pernah buat aku bahagia."


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E503: Ops, Cerita Jepun Lagi.
Monday, June 8, 2009



Current Mood: Fall in Love.

Huh! Fall in love again? Oh tidak.
Bukan sekarang waktunya. Cukuplah dengan apa yang dah jadi.
Belajar dari pengalaman, Nad! It's hurt, right.
So, stop thinking about it. Just focus on your study.
Itu yang terpaling penting buat masa sekarang.
Buat mak ngan abah bangga punya anak seperti kamu.
Let bygones be bygones. Just remember this, dear.
Jodoh itu adalah rahsia Allah S.W.T yang terpaling indah.
Kamu tahu? Aku baru sahaja menyedarinya. =)

Photobucket

Photobucket

Hehehe, aku cuma terjatuh cinta lagi pada cerita Jepun.
Owh, kenapalah sungguh indah sekali? Buat aku tak sedar sekarang dah pagi.
Sekarang, aku baru lepas menonton dua episod of Hana Yori Dango.
Citer nieh ada lagi dua version; Version Taiwan and Korea.
Version Taiwan, Meteor Garden and Version Korea, Boys Over Flowers.
So sweet! First hero and second hero yang sungguh sweet.
Seorang pendiam dan seorang lagi macam ganas sket tp sweet jerk.
Macam Hana Kimi, this story still about high school story.
Cerita pasal friendship and love and overall citer pasal student life.
Nak tahu lebih pasal citer nieh??? Pie arr baca kat sini.
Aku tak nak komen lebih-lebih sebab baru tengok 2 episod.

Sekarang nieh cerita Jepun mendahului tangga kesukaan aku.
Then, cerita Taiwan and lastly baru cerita Korea.
Kenapa aku lebih suka cerita Jepun berbanding yang lain-lain?
Pada aku, cerita Jepun nieh macam lain sikit.
Even, cerita dia macam merepek tak logik langsung tak lei terima akal.
Tapi, still ada something yang boleh dikutip untuk diri sendiri.
Tak caya? Try arr tengok and thinking. Bukan sekadar tengok, ok.
Tapi mungkin juga sebab minat. Semua orang ada minat masing-masing.
So, macam tak adillah nak mempersendakan minat orang lain.
Padahal, minat orang lain pun ok jerk. So, kenalah hormat juga.
Mungkin mereka nampak apa yang aku tak nampak.
So, jangan pelik if someday I says, " Bestnya citer Korea nieh."
Moral story is; Setiap orang ada minat dan kesukaan masing-masing.
So, kenalah hormat minat orang lain juga. Jangan main hentam saja.

Baru menyedari tentang sesuatu. Hahaha, ini adalah hasil kajian ke atas diri sendiri berdasarkan character kegemaran aku dalam drama and novel. Hahaha, mahu tahu apakah ciri lelaki idamanmu? Kajilah karakter hero-hero kegemaran anda. Kamu pasti akan tahu. And semua character itu ada pada mereka yang kini tinggal sejarah. ='(
To Do Checklist; Siapkan at least one of cerpen yang sekian lama terbengkalai, siapkan jahitan manik kat baju kurung, habiskan bacaan novel; Tautan Hati by Fatimah Syarha Mohd Noordin dan last but not least, normalkan kembali waktu tidur.
Arggghhh, banyak lagi kerja yang tertangguh rupanya. Semuanya gara-gara melayan cerita Jepun, Taiwan and Korea. Hahaha, tak pasal-pasal mereka juga yang disalahkan.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E502: I'm Bored
Sunday, June 7, 2009



Current Mood: Going To Be Crazy.

Arrgghh, napelah bosan sangat hidup hari nieh.
Terasa macam langsung takde perkara yang berguna yang dilakukan.
Semalam bernekad mahu mengikut mak pi kenduri.
Tapi mood berubah serta-merta tadi. Terus tak pergi.
Huhuhu, kalaulah berterusan hidup begini.
Akan jadi gila sungguh aku.

Suma benda macam boikot aku hari nieh.
Blog umpama hidup segan mati tak mahu saja gayanya.
Rasa macam mahu merantau sahaja.
Ke mana? Ke alam mimpi boleh?

*pengsan terus.

Terasa seperti mahu berubah. Tapi, tak tahu harus bermula dari mana. And nak stop untuk percayakan orang yang tak sepatutnya. Benci orang hipokrit macam kamu.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E501: Korean Movie; Baby And Me
Saturday, June 6, 2009

Photobucket

Cerita Korea ini sangat best tahu.
Bermacam-macam rasa telah disatukan untuk sebuah filem.
Sweet ajer bila bila seorang remaja lelaki yang nakal kat sekolah.
Terpaksa menjaga seorang baby yang dikatakan anaknya.
Memula dia tak suka kat baby tueh and dia happy jer
bila akhirnya jumpa parent btul baby tueh.
Tapi, last-last dia rindukan baby itu.
And sampai sanggup pie halang baby tueh dari dijadikan anak angkat
oleh orang lain kat airport tueh.

And baby itu sangat comel okey.
Aku sangat suka tengok kecomelan baby tersebut.
Kalau suh aku jadi babysitter pun aku sanggup.
Sebab, comel. Cam nak picit-picit jerk pipi die.
So, aku publishlah pix baby comel secara banyak.
Hahaha, aku dah terjatuh chenta pada kecomelannya.

Pix-pix kat bawah nieh telah kucilok dari Google.
Semuanya adalah antara scene-scene yang berlaku dalam filem tueh.
Layankan saja ya! Yippie...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Cerita akan datang; Cerita Jepun bertajuk Hana Yori Dango.
Adikku yang mendownload cerita tersebut.
Tak sabar nak ambil dari dia and layan secara pukal.
Dan cerita Taiwan; Brown Sugar Macchiato untuk versi online.

Sangat suka tengok pix baby yang pakai baju biru tueh and yang duduk dengan patung rabbit tersebut. Terserlah kecomelannya.
Gambar-gambar tersebut telah diedit menggunakan PhotoScape sahaja. Sebab aku sangat kemalasan untuk on lappy lantas sekadar menggunakan perkhidmatan Photoscape sahaja. Sangat mudah untuk orang yang tak rajin macam aku.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E500: Night Life

Photobucket

Current Mood: Sabar.

Apatah tiba-tiba kena tayang pix helang di atas itu.
Tahulah aku anak Langkawi kurang sejati sebab tak lahir kat sini.
Ngee~!!! Pix itu terhasil semalam time kuar hang out.
Ohh, lagi sekali dapat keluar malam dengan jayanya.
Ohhh saudaraku sekalian alam, datanglah korang ke rumahku.
Agar aku boleh keluar hang out malam- malam.

Okeylah, semalam adalah hari jalan-jalan yerk.
Paginya, adik-adik keluar bersama sedara yang seramai 5 orang itu.
Mereka ke Jetty Point untuk main bowling.
Aku tidak ikut sebab aku tak suka main bowling.
Duduk rumah layan citer Jepun lagi best.... hahaha.
Bahagia sekejap hidup aku tanpa diganggu oleh adik-adikku itu.
Petangnya, keluar membawa mereka ke Pantai Pasir Hitam.
Ouch, masih hitam lagi pasir di pantai itu yaa.
Lepas tu ingat nak ke Pantai Kok pula untuk bersiar-siar.
Tapi telah berlaku kemalangan yang amat ngeri.
Seekor anjing hitam telah disepak oleh sebuah kereta Toyota Avanza.
Hingga semua penumpang kereta menjerit dan aku terpinga-pinga.
Itulah kau, anjing. Nak lintas jalan tak tengok kiri kanan.
Main redah suka suki hati engkau jerk.
Kan dah tak sempat nak bertemu keluarga terchenta.
Mangsa mati di tempat kejadian. Ish, kasihan.
Dan no. plat kereta hancur berkecai juga ditempat kejadian.
Dan kami terus membawa diri pulang dengan perasaan terkejut.

Malamnya, pi pasar malam dengan perut yang kenyang.
Makanya, cuma membeli sejenis kuih bernama Tokiaw dan popia.
Balik jerk terus siap-siap untuk keluar bersuka ria.
Memasing plan nak tengok wayang citer Jangan Pandang Belakang Congkak.
Muka memasing excited jerk. Naik keta takde no plat depan.
Sampai jerk, terus arr serbu Cineplex. Oit mak, ramainya orang.
Pie kaunter tiket dan harapan berkecai. Panggung full.
Oh tidak! Aku tak percaya panggung Langkawi boleh penuh.
Sebab aku biasa masuk panggung kosong. Yang ada cuma aku ngan adik.
Terus keluar dari Langkawi Parade tersebut.
Pie lepak kat tepi laut berdekatan dengan Pekan Rabu.
Tengok orang tayang kereta lawa berserta speaker kuat.
Memang aku takde jiwa kat situ. Macam dalam club lak.
Jantung berdetup dedap... Rasa cam nak pecah jerk.
Terus berambus pastu pi lepak kat Dataran Lang.
Lama gak dok situ sebelum pulang ke jalan yang benar.
Sampai umah terus terjun katil and tertidor.
Jaga kul 3, tukar baju basuh muka pastu tutup lampu then tidur.

Rupanya, Langkawi sekarang dah maju rupanya.
Sudah ada kehidupan malam yang boleh dibanggakan.
Tapi macam tak bermanfaat sangatlah untuk yang salah mengunakan.
Dating tempat gelap, belakang arca helang tersebut.
Hohoho, date tempat lain la, bang. Aktiviti itu kurang berseri ya.
Helang juga tak sanggup tengok. Sebab tu wajah sangat sombong. Ngee~!!
Tapi, proses bersiar-siar kali ini kurang berseri.
Camera Canon A460 ku rosak. Sangat sedih kamu tahu!
Tapi takpelah, ada rezeki aku nak angkut Nikon terus.
Doa-doakan rezeki aku cepat sampai k.

Maaf ya, lappy. Sudah dua hari aku tak menggunakan khidmatmu. My Virtual Family comfirm mati sudah tak cukup makanan.
Pix kurang berkualiti sebab hanya menggunakan camera handphone Nokia 3500C 2.0 megapixel sahaja. Huhuhu, sangat tak best bila tidak ditemani Canon A460 ku.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E499: Take A Break
Friday, June 5, 2009



Current Mood: Ngantuk.


Untuk pertama kalinya, dapat perlepasan keluar malam.
Dah lar kuar kul 10 malam, then pi lepak kat Pantai Cenang.
Tengok laut yang sedang berombak kuat, dingin malam mengigit.
Huh, sangat seronok kamu tahu.
Dalam dengar bunyi ombak yang sekian lama tak dengar.
Lepas pun, pie minum-minum sambil makan satay.
Sampai rumah dalam kul 12 lebih camtu.
Bukan senang nak dapat kuar malam nak pi melepak.

Tahu kenapa malam nieh lepas?
Sebab membawa saudara yang baru tiba petang tadi.
Dorang nak pi Pantai Cenang, aku ikut tumpang sekaki.
Sebab tu boleh keluar malam.
Kalau idak, jangan harap ahhh nak lepas dgn jayanya.

Okeylah, aku nak tidor dulu.
Esok, masih ada aktiviti bersama mereka.
Good night. Sleep tight. Sweet dream.
Assalamualaikum.

Entry emo akan muncul nanti. Harus menahan perasaan dahulu. Tumpang boleh bergumbira sakan ini. Sebelum tibanya saat penuh emosi.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E498: Emosi Kurang Stabil
Wednesday, June 3, 2009



Current Mood: Menahan Kesakitan.

Seperti biasa, untuk budak baru dapat kegemaran baru.
Aku baru habis tengok Hana Kimi version Taiwan Episod 8.
Hehehe, aku ngah addict giler. So, tak lei watpe la.
Tapi sekarang, kesakitan di kepala sedang melanda.
Begitu juga dengan sakit kewanitaan yang sungguh sakit la.
Hidung pun kejap rasa cam nak selesema tapi sekejap okey.
Tengok, badan sendiri dah mula confius dengan keadaan diri sendiri.
Ape tueh? Entah, sorry. Pening maa.

Tadi sempat jugak buat hobby biasa; blogwalking.
And terjumpa sesuatu pasal PMS.
What's PMS? Hahaha, jap nak tanya Doctor Google.
Menurut Doctor Google, PMS is Pre-Menstrual Syndrom.
Atau lebih dikenali sebagai Senggugut. Tapi, aku panggil sengungut.
Ianya adalah sakit yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata.
Kadang-kadang, sangat sakit. Kadang-kadang, boleh la.
Nak tahu detail, korang pi jumpa Doctor Google sendiri.
Cuma nak kongsikan sesuatu yang pernah ustazahku cakap dulu.
" Sakit PMS nieh lebih kurang seperti sakit untuk melahirkan anak."

Huh! Biar betul. Tetiba aku terfikir sesuatu.
Kalau dah sakit PMS every month pun aku dah berguling sakan.
Rasa macam nak ceraikan pinggang dari tubuh sekejap.
Pastu nak berjalan pun macam orang dalam pantang.
Siap meraung sorang-sorang dalam bilik bawah bantal.
And kadang-kadang terpaksa ambik painkiller sebab tak tahan.
Sakit melahirkan tueh mesti lagi teruk dari itu.
Huh! Mak; Thanks for everything.
Ngeri sekejap bila memikirkan tentang itu.
Takpe, takpe. Jadi perempuan kena kuat.

Okeylah, aku nak tidur dulu.
Sleep tight. Sweet dream.
Assalamualaikum.

Huhuhu, rasa macam nak nangis jerk. Semalam dah rasa macam nak baik. Kenapa hari nieh sakit balik. Arrgggghhhh!!!
Sabar Nad, sabar. Orang kata, ' sakit itu penghapus dosa'. Patutnya kau bersyukur ko sakit setiap bulan. Yelah, sebagai perempuan aku kena redha jer bila berada antara golongan-golongan terpilih untuk merasakan kesakitan bulanan ini. Huhu!
Habis ' sakit wanita' nieh, memang kena usaha untuk habiskan puasa ganti sebanyak 5 hari itu. Kalau nak ganti kat Ipoh nanti, jangan harap ahh. Godaan banyak di sana. Hahaha.
Wanie, aku talk to you later la pasal 'tu'. Sebab sekarang nieh nak on YM pun rasa macam malas jerk. SMS bertambah la malas. Tunggu! Hahaha...


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E497: Addicted? Oh No!
Tuesday, June 2, 2009



Current Mood: Okay Ajer.

Aku baru selesai menonton Hana Kimi episod 3.
Ek? Semalam cakap dah habis tengok citer tueh. Asal baru episod 3 lak?
Hehehe, yang semalam tueh Japanese Version. But, nieh Taiwanese Version plak.
Memula layan citer Last Friend. Ada Asoukun, hero One Liter of Tears.
Tapi, cerita dia buat aku teringat tentang dia, dia dan dia.
Last-last, terus cari cerita lain untuk ditonton.
Then, terus make decision untuk tengok citer Hana Kimi version Taiwan.
Nak tengok jugak apa yang lain and apa yang sama. Ngee~!!
Kalau tengok yang Japanese Version cuma ambil masa 2 mlm untuk 13 episod.
Aku rasa yang Taiwanese Version nieh take time kot.
Sebab, aku dah tahu wat happen in the end.
So, taklah gopoh sangat nak tahu ending.

Sudah tiga hari asyik dengan cerita-cerita Jepun and Taiwan.
Siap pesan kat my bro, suruh dia pesan kat member dia yang nak datang tueh.
Bawakkan cerita Boys Over Flower or Hana Yori Dango lagi.
And jap lagi nak minta citer Gokusen kat my bro jugak. Dia dah download.
Kalau dalam list untuk drama online, ada la dalam 4 citer.
Jangan tanya arr kenapa aku tak hapdet blog malam-malam.
Lepas tueh tak muncul di dada YM bersama status jiwang tak bleh blah.
Hahaha, aku ada. Tapi buat-buat tiada. Maaf ya.

Huh! Apa sudah jadi dengan aku nieh?
Kalau dulu, kau sogok la macam mana pun.
Best tahap gaban ke, romantik habis ke, hero dia encem giler ke.
Sikit pun aku tak heran. Langsung tak pandang nieh.
Giler berlagok time tueh. Memang takde jiwa langsung.
Tiba-tiba hari ini boleh addict lain macam lak.
Tak tengok seharian macam hilang sesuatu dalam diri jerk.
Hohoho, virus apakah yang sedang melanda ini?
Nanti lei arr pinjam citer-citer nieh kat Fatin. Hahaha.
Aritu geleng kpala tengok dia dok melayan citer-citer macam nieh.
Nieh kalu dia tahu nieh, mahunya dia bantai gelak guling-guling kat aku.

Takpe, orang kata kalau tak minat pun tak ape.
Minat itu adalah sesuatu yang boleh dipupuk.
Dulu, aku memang tak percaya frasa 'kata orang' yang satu nieh.
Sebab bila aku buat tak pernah nak berjaya.
Macam aku dok kata aku suka Math. Aku minat Math. Math senang.
Balik-balik, macam tu juga perfomance aku untuk subjek tueh.
Tapi, aku percaya bila aku buktikan aku boleh dapat A for Account.
Minat memang satu perkara yang boleh dipupuk.
Tapi mesti ada usaha yang gigih, jitu dan bersemangat.
Dan, diperlukan seseorang untuk membantu merealisasikannya.

Huhu, sungguh aku tak menyangka.
Akhirnya, aku tengok juga cerita-cerita Japanese and Taiwanese.
Korea? Sorry to say. Belum ada yg mampu menarik hatiku.

Aku ngan Wanie pernah bercakap pasal minat dan ego seorang lelaki. Tentang sekuat mana egonya seorang lelaki. Hahaha, betul la apa yang seseorang pernah cakap kat ko dan ko sampaikan kat aku.
Tak sabar nak tidur atas katil bertemankan cadar baru. Oh, indahnya.
Aku dalam mood enggan berbicara dan bercerita. Itu adalah sebab mengapa aku meng'invisible'kan diri di YM, call dan sms tak berbalas sebab handphone dilayan seperti musuh ketat siap di'silent' lagi dan kenapa aku banyak menonton daripada mendengar. Entahlah...
Maaf kalau aku cuma membalas sms atau missed call kembali pada tengah malam atau awal pagi. Sebab, biasanya aku cuma melihat handphone ketika mahu men'set'kan alarm. Sorry.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E497: Make It???
Monday, June 1, 2009



Current Mood: Mengantuk.


Akhirnya, tamat juga siri Hana Kini sebanyak 12 episod.
Jugak ada tambahan 1 special bonus. Japanese Version yerk!
Hurm, cerita ke-3 selepas The Magician of Love and One Liters of Tears.
For me, Hana Kimi one of inspiring drama like One Liters of Tears.

Hanazakari no Kimitachi atau Hana Kimi.
Cerita tentang semangat, persahabatan, teamwork and love.
Cerita tentang seorang gadis menyamar sebagai lelaki dan belajar in all boys school.
Hanya sebab nak kembalikan apa yang telah dia ambil dari salah seorang mereka.
Cerita tentang sekumpulan pelajar lelaki di sebuah sekolah lelaki.
Yang terbahagi kepada 3 dorm; Setiap dorm ada character masing-masing.
Even they selalu bergaduh, berlawan, dan berebut something.
Dalam satu-satu keadaan mereka bersatu; Saling melengkapi antara mereka.
Indahnya persahabatan; Buat aku rindu mereka dan mereka.

Dalam pada dok melayan cerita itu.
Otak ini ligat juga memikirkan sesuatu.
Aku sudah buat keputusan; Tapi belum decide nk go on atau tidak.
Sudah beberapa hari aku berfikir tentang keputusan itu.
Aku tak tahu sama ada aku kuat atau tidak.
Tapi, aku perlu buat juga keputusan nieh.
Entahlah, aku masih memikirkan tentangnya.
Harapnya, all will be alright. =)
Kawan, aku mohon jangan pernah bertanya tentang keputusan itu. Aku masih memikirkan baik dan buruknya tentang keputusan itu. Ketahuilah, ianya payah untuk aku lakukan tapi aku perlu buat juga. Ini bukan untuk orang lain. It's just for me.
But, kamu jugak perlu tahu tentang ini. Bila keputusan itu sudah muktamad, I'll be story here.
Masih memikirkan tentang cerekarama; Kerana Kasih tempoh hari. Berkenaan dengan redha. Yes, redha itu indah tapi bukan mudah. =)


bunga With Love; Nut Yaa bunga



All Right Reserved | Nut Yaa | 2009
Original Banner Picture: DeviantArt | Modified: Nut Yaa | Screen Resolution: 1024 x 768px | Best View: Firefox