<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=1053863571646481171&amp;blogName=LilyloverDiary&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Flilylover-diary.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Flilylover-diary.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div> <style type="text/css"> i,em{color: #669999; font-family: Verdana; font-size: 11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:normal; } u{ color: #59787d; font-weight: lighter; border-bottom: 2px solid #333333; font-family:Century Gothic; font-size: 11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:normal; } b{ color: #88a2a6; font-family:Verdana; font-size:11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:bold; letter-spacing: 0px; text-transform: uppercase; } </style> <style type="text/css"> .blogbody b, .standard b, p b, strong { font-weight: bold; letter-spacing: 0px; font: bold 6pt verdana; color: #88a2a6; text-transform: uppercase; </style>



Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Biar ia bertanda tanya saja
Hati ku dah lama bertitik noktah

Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu
Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biar lah mereka tertanya-tanya
Hati ku dah lama berganti arah

Mana pergi janji
Setia di sisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan
Tak berkesempatan
Kau hilang tanpa pesanan

Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Author .

Photobucket

Name: Nut Yaa (Nut)
Age:20years old
Date of Birth: February24 1989
Horoscope Sign:Pisces

Best Viewed

hit counters

hits

Mood .

Reminder .

Birthday 3bond/Ayie [16/11]
Birthday Mira [2/12]
Birthday Adda [5/12]
Birthday Norazah [6/12]
Birthday Mek Adda [20/12]
Birthday Aina [31/12]

Follow_On .

Follow Me

twitter

Thank You So Much!

Song's .


whispery .

memories .

June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009

adieu .

Photobucket

[ alpharif ]
[ Fit3 ]
[ Cydot ]

------------------------------- Photobucket

[ T.K.A ]
[ Fiza ]
[ Jiha ]
[ Nazrul ]
[ Nazirah ]
[ Hunny ]
[ BigBossAkaBond ]
[ Queen ]
[ Qina ]
[ Zaza ]
[ Ungu Violet ]
[ HeartAndFeeling ]
[ Maziah ]
[ Letto ]
[ Fyfah ]
[ Hafizdasar - Wacana Ilmu ]
[ BraderMacho]
[ Tentang Cinta ]
[ KPTM Ipoh ]

software.games.appz.movie.drama.music.rock.fun

Blogmenjerit - pusat kecantikan blog

.: intan's blog :.

Revolusi Komuniti Masa Kini

emoticon .

[1] [2] [3]

Award .

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Link_Me .

lilyloverdiary

Thank .


Host:01 02 03
Images Source:04 05 06

rss

E496: Hari Masih Mendung
Saturday, May 30, 2009

Photobucket
Image Source: dybern.deviantart.com


Current Mood: Hibernate.

Memang sedang hibernate secara habis-habisan.
Sedang mencari diri sendiri juga mungkin.
And aku perlu lakukan sesuatu sebab aku rasa lain macam.
Faz pernah tegur aku beberapa hari lepas tentang keadaan aku.
Aku rasa aku okey tapi bila aku sorang-sorang, aku rasa tak okey.
Aku pun tengah confius pun nieh. Pelik pun ada gak.
Nak kata aku stress? Stresskah aku? Tapi kenapa?
Mengapa? Apa sebabnya? Siapa yang buat aku stress?

Bila aku rasa aku pelik, ada sesuatu yang tak kena.
Cuma aku tak tahu ape yang tak kena itu.
Buat itu rasa ini, buat ini rasa itu, tak buat apa-apa pun rasa pelik gak.

Untuk menghilangkan rasa tension, I need to do something.
Tadi, aku buat dadih sebab adik dok bebel kat aku, " Mana dadihnya?"
Dia memang akan minta bila aku cakap nak buat.
And insyaAllah, esok nak wat Kek Coklat pulak.
Aku teringin nak makan Kek Coklat secara tiba-tiba.
Dan sejak aku masuk dapur sendirian time buat Makaroni Bakar dulu.
Mak aku dah berani lepaskan dapur dia ke tangan aku.
Ngee~!! Best masuk dapur sorang-sorang. Bebas melakukan apa saja.

Aku tersedar tentang sesuatu. Dan mungkin sebab itulah, aku jadi begini.
Waaa, ada Pesta Buku kat Perlis. And ada Ekspo Buku Malaysia kat PWTC, KL!!! Nak pegi! Nak pegi!!! Sebab tak puas borong buku time Pesta Buku Antarabangsa aritu. Sungguh tak puas!
Al-Fatihah untuk arwah Nublan Zaki Norhadi, pelajar Malaysia yang lemas di Abrams Falls, Smokey Mountain, US. Sangat sedih dan sebak bila membaca tulisan teman-temannya tentang arwah dan tragedi tueh. Aku tak kenal pun siapa arwah tueh, tapi bila membaca cerita teman-temannya, perasaan sebak itu datang dengan sendirinya.


bunga With Love; Nut Yaa bunga

0 Comments

E495: Matahari Sedang Tidur
Thursday, May 28, 2009

Photobucket

Current Mood: Mencerna Rasa Hati.

Sedang mendengar lagu Cinta Tak Bersyarat by Element.
Entah kali ke berapa lagu itu berulang, aku kurang pasti.
Dan bila aku mendengar lagu itu tanpa henti.
Aku memang kurang baik sebenarnya.

Semalam, dia hadir dalam mimpi aku.
Dan pagi tadi, dia muncul dalam hidup aku.
Entah bagaimana untuk aku menepis kehadirannya.
Setiap kali aku berniat mahu melenyapkan dia dari hati.
Maka, setiap kali itulah dia akan hadir.
Dia semacam tak mahu membenarkan aku melupakan dirinya.
Mungkin itu kebetulan. Apakah takdir memungkinkan sesuatu?
Dan jika ditanya sejujur-jujurnya pada hati aku ini.
Ya, aku memang sayang dia tapi aku tak mungkin akan kembali.
Aku tak bodoh untuk menyerahkan hati aku sekali lagi untuk disakiti.
Tapi kawan, mengertilah kamu tentang sesuatu.
Andai suatu hari nanti aku tetap bersama dia, kamu harus tahu.
Apalah dayaku untuk menidakkan takdir yang dah tertulis.

Memang aku yang merancang sesuatu.
Tetapi DIA yang merencanakan semuanya.
Dan sehingga saat ini, aku tahu hidup ini masih indah untuk dinikmati.
Selagi aku mampu, akan aku tegarkan hati.

Manchester United kalah semalam.
Kadang-kadang aku tak faham tentang sesuatu. Kenapa orang suka mencari salah orang lain, padahal diri sendiri jugak ada salahnya. Konon, berniat mahu menasihati orang lain padahal diri sendiri jugak buat benda yang sama. At last, berselisih faham sebab masing-masing nak pertahankan diri sendiri. Kawan, mahu menasihati seseorang itu ada caranya. Kamu mesti mahu orang bercakap lembut dengan kamu sekali pun kamu yang salah, bukan? Pastinya, orang lain juga begitu. Hey, budak-budak pun tahu settle cara baik.
Bagaimana kita mahu orang lain menghormati cara kita, begitu juga orang lain mahu kita menghormati cara mereka. Renung-renungkan dan selamat beramal. =)
Redha itu indah tapi payah.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E494: Bila Cinta Tak Bersyarat

Photobucket
Image Source: http://gesamtkunstwerk.deviantart.com

Current Mood: Crying.




Tak ada sedikitpun sesalku
Telah bertahan dengan setiaku
Walau diakhir jalan
Kuharus melepaskan dirimu

Ternyata tak mampu kau melihat
Dalamnya cintaku yang hebat
Hingga ada alasan
Bagimu tuk tinggalkan setiamu

Demi nama cinta
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
Telah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
Karna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

Andai saja bisa kau pahami
Layaknya arti kasih sejati
Karna cinta yang sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat

Ternyata tak mampu kau melihat
Dalamnya cintaku yang hebat



Penat mengurus waktu.
Lemah mengikut arus hidup yang penuh dugaan.
Lelah menahan badai yang hadir
Terobek dek kelukaan yang silih berganti

Tabahlah menyusur hidup ini.
Redhalah dengan segala jalan takdir yang sudah tersurat
Tegarlah hati menahan ombak yang datang.
Mungkinkah masih punya ruang?
Mengapai mimpi yang telah pergi.
Menongkah arus yang masih tak pasti.
Hidup ini masih indah untuk dinikmati.
='(

Terjaga seawal jam 4 pagi tadi lantas terpinga-pinga seorang diri. Susah sangat nak terima kenyataan bila dia hadir dalam mimpi aku. Hati jadi sebak sangat. Dan air mata masih tak mahu berhenti sedari awal pagi tadi.
Kenapa air mata tak pernah kering untuk dia?
Hujan turun tanpa tanda. Apakah alam juga mengerti perasaan ini? Mungkin ini permulaan untuk sebuah hari yang suram. ='(


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E493: Back Up
Wednesday, May 27, 2009



Current Mood: Jiwa Meronta-Ronta.


Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari.
Bersua lagi kita pada siang Rabu yang indah lagi permai ini.
Di luar, mentari sedang hangat membahang.
Tapi jiwa tetap meronta-ronta mahu keluar.
Huhuhu, datanglah di kau wahai tikar terbang.
Dan bawa ku terbang merentasi lautan luas dan meredah benua.
Hahaha, memang tengah jiwa kacau pun.
Sebab itulah munculnya entry di tengah panas membahang nieh.

Okey, entry ini adalah sekadar untuk peringatan.
Pernah tak anda mengalami situasi berikut;
Anda ingin men'view' blog rakan anda tetapi keluar kenyataan ini.
" Blog not found; Blog has been removed."
Pernah tak? Pernah tak? Kalau tak pernah takpe.
Kalau pernah, sila la tanya tuan punyer blog?
Kalau atas kerelaan sendiri, it's okay lah. Itu kehendak diri sendiri.
Bagaimana pula yang diremoved tanpa kerelaan itu?
Mahu trauma dalam bidang blogging nieh sekejap.
Silap hari bulan, terus berhenti blogging sebab patah hati.

Yelah, kita ini sekadar menumpang hosting sahaja.
Kalau takde Blogger.Com nieh tak tahulah.
Entah dimanalah kita merempat bersama blog tersayangkan.
So, bila dah nama menumpang tueh kenalah tanggung risiko.
Risiko yang blog akan diremoved anytime without notice.
So, untuk mengelakkan trauma sekejap berblogging.
Meh sini kita sama-sama buat back up untuk blog kita.
Kalau ikut cara aku; Aku guna dua cara nieh.

Pertama; Export blog anda ke hard disk sendiri.
Login > Dashboard > Setting > Basic > Export blog > Download
Ini adalah untuk backup semua entry-entry anda.

Kemudian, untuk backup layout blog anda.
Yelah, layout comel lote, berpeluh 7 hari 7 malam edit.
Telan padanol sepapan gara-gara edit coding.
Maka, haruslah dibuat backup jugalah bukan.
Dashboard > Layout > Edit HTML > Download Full Template
atau
Dashboard > Template > Edit HTML
Then, Select All (CTRL+A) coding korang kemudian save dalam Notepad.

Kalau korang ada 10 blog, maka haruslah diulang untuk semua blog.

Kedua; Import blog ke Wordpress.
Login > Dashboard > Import > Blogger > Authorize > Grant Access
Lepas tueh akan keluar list-list blog hak milik korang la.
Kalau ada 1, maka 1 jelah. Kalau ada 7 maka ada 7 blog la.
Then dekat bawah The Magic Button ada button import setiap blog.
Tekan button Import dan Wordpress akan import semua entry anda.
Termasuk juga comment-comment anda semua.

Okeylah, itulah cara aku melindungi blog aku.
Sebab, blog ini ibarat nyawa akulah kiranya.
Korang macam mana?
Kalau rasa sayang pada blog tueh, cepat-cepatlah buat tindakan.
At least, tidaklah kecewa sangat kalau apa-apa terjadi.
Selamat mencuba dan selamat berasa lega.

Tiba-tiba sahaja terfikir untuk mahu membeli hosting sendiri. Murah pun okeylah asalkan blog tidak diperkotak-katikkan sesuka hati mereka. Tapi, ongkosnya gimana dong? =)
Hapdet! Aku dah kuar berfoya-foya petang tadi. Oh bahagianya! And terjumpa 3 orang kawan sekolah. Hahaha, takdir mahu mengubat rindu aku kot.
Kat Langkawi Parade, ada sale untuk cadar and comforter. Sangat cantik. Rasa macam nak beli sebab dah lama sangat beli comforter baru. Hurm, nak beli ke tak eak?


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E492: One Day



Current Mood: Rindu.

Usai menyudahkan Stage 8; The Scruffs.
Macam biasa terus melakukan hobi biasa iaitu blogwalking.
Menjengah ke blog-blog yang di-follow jugak tak pernah view pun.
Then mengonlinekan diri di Friendster dan Myspace.
Tapi lebih lama masa terbuang di Friendster.
Dan secara tak sengaja telah men'view'kan page kawan lama.

Memula view page ex-schoolmates; SMK Mahsuri dahulu.
Ada yang berubah dan ada yang masih sama sahaja.
Ada yang kini sedang mencapai impian macam aku juga.
Dan kebanyakannya sedang menternak badan di rumah sebab cuti.
Memula menjumpa blog ex-classmate dahulu.
Sedang berusaha to be a lawyer; Cita-cita yang tak pernah berubah.
Then terjumpa dua keping gambar penuh kenangan.
Pix ketika di bangku sekolah dahulu; Form 5.
Waaa, automatically emosi berubah serta merta.
Secara tiba-tiba, hati sarat dengan rasa rindu pada mereka.
Baru beberapa hari lepas menyelak buku sekolah.
Juga ber'day-dreaming' mengingati kenangan lama lantas senyum sendiri.
Sungguh! Aku rindu sangat weh!
Nak masuk sekolah balik boleh???

Emosi ini mula membelenggu sejak satu peristiwa.
Kalau cakap kat ex-schoolmate comfirm dia orang masih ingat mamat nieh.
Maklumlah, alam sekolah menengah memang 'terikat' dengan dia.
Ngee~!! Aku terjumpa ex-ChentaMonyet beberapa hari lepas.
Hahaha, sumpah malu tak tahu nak letak muka kat mana.
Segan giler nak memandang. Terus capai Remaja buat-buat baca.
Seyes, segan lorh sebab pernah mungkir janji dengan dia.
Empat tahun bersama membela chenta monyet; Form 2 - Form 5.
Last-last, ku minta putus jua.
Pastu mak wat statement maut; " Tah-tah dia tunggu akak!"
Hohoho... mak jangan sebut mak! Ngak mau! Ngak mau!

Lepas tueh, terpandang lak sebuah bas berwarna biru.
Bas yang membawa aku ulang-alik selama 4 tahun jugak.
Banyak momen-momen indah dalam bas tueh.
Maklumlah, dahulu aku sangat baik okey.
Pak Cik bas pernah kata, " Budak nieh kalau tak berhenti pun dia tak cakap pape. Ok jer."
Waaa... rindu dah membuak-buak dah nieh.
Camne nieh woit! Rindu sangat kat korang nieh.

Photobucket
Last day with bebudak ICT Batch 05/06 SMK Mahsuri ketika berpicnic sehari after SPM.

Sangat-sangat rindu pada mereka. Langsung tak boleh nak pandang apa sahaja yang pernah terlibat semasa alam persekolahan dulu.
Waaaa... nak masuk sekolah balik arr camnie.
Bajet nak tidur awal. Sekali pandang jam dah kul 4.55 am. Huhuhu, itulah. Orang kata jangan on lappy nak on juga. Ambik kau! Esok kalu kena bebel, dengar jelah.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E491: Kamu Di Mana???
Tuesday, May 26, 2009

Photobucket

Current Mood: Tensen Bangat


Apetah! Semua benda hari nieh nak menguji kesabaran aku.
Dengan Photobucket yang asyik sentap tak semena-mena.
Bikin aku sakit hati dan sakit jiwa sahaja.
Tapi mujurlah berjaya jugak akhirnya menyediakan RSS dan Twitter.

Hurm, hari ini adalah hari yang bosan.
Jiwa meronta-ronta mahu keluar rumah.
Tapi sudah berazam mahu duduk di rumah sampai minggu depan.
Arghh! Mampukah aku bertahan?
Hah! Itu yang aku tak tahu. Sila jangan tanya lebih-lebih.

Ohhh tidak, Photobucket sedang sentap lagi.
Sakit jiwa btul! Dah la geram cari benda tak jumpa nieh.
Snail!!! Engkau di mana? Keluar la.
Tahu tak yang aku sudah dua malam berusaha mencarimu.
Huhuhu, ini semua gara-gara game The Scruffs.
Games pencarian barang-barang tersembunyi.
Huhuhu, sebenarnya dah main sampai Stage 4.
Tapi budak kecik itu pegi Start Over aku punya game.
Tension giler babas aku dibuatnya.

Okey, nak sambung cari snail.
Kalau tak jumpa gak aku main game lain.
Huh! Padan muka kau The Scruffs.

*Hapdet! hapdet. Sejam kemudian [ Waktu kejadian: 0409am ]
Hahaha, sekali aku merayu terus snail tu kuar.
Skarang dah Stage 6 pun... Title; From Russia With Love.
Tinggal 12 items untuk dicari. 7 makanan Si Scruffs masih belum digunakan.
Scribbles pun complete 20 items. Hahaha, lei berlagok sekejap.
Tengok, games pun tahu pujuk aku bila tengok aku dah makin down.
So, time to sleep now. Barulah lei tido dengan bahagia.

Siang tadi, tersentap seketika bila melihat nama itu tiba-tiba sahaja mengonlinekan dirinya. Dan, haruslah aku mengeraskan hati juga kerana selalunya aku yang tidak sabar-sabar membuzz beliau di sana. Siapalah aku ini?


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E490: Tak Pasti
Monday, May 25, 2009

Photobucket
Image Source: cosmogurl.deviantart.com

Current Mood: Memikirkan Sesuatu

Aku ingin mempublishkan sesuatu.
Malah, aku sudah pun menyediakan entri untuk itu.
Tapi, entahlah. Aku tak yakin.
Kurang pasti untuk menyudahkannya dengan menekan button publish.
Biarlah aku peram dahulu entri itu.
Mungkin belum tiba masanya kot.

Aku memikirkan tentang banyak perkara. Aku takut anugerah itu sudah tak terjangkau oleh aku sekiranya aku mengeluh pada semua orang. So, lebih baik aku menyimpannya kerana aku masih mahu mencari kembali apa yang telah hilang dariku.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E489: Enjoy
Sunday, May 24, 2009

Photobucket
Image Source: crash358217.deviantart.com

Current Mood: Thinking.

Hurm, dapat rest secukupnya semalam.
Sampai terlajak tidur pagi nieh, pastu kena perli ngan mak.
Nasib baik dah gosok semua baju adik semalam; Uniform sekolah dan baju mengaji.
Kalau tak memang lagi best kena perli pagi nieh.
Semuanya gara-gara melayan novel Anis Ayuni; Sungguh Aku Cinta.
Sampai pukul 2 pagi jer, then terus tidur sebab takut terbabas.
Alih-alih terbabas jugak pagi nieh. Hahaha...

Macam yang diberitahu; Semalam aku pi menonton wayang.
Bersama dengan adik aku; Si Cydot tueh.
Memula ingat nak tengok dua movie sekali gus la.
Tapi setelah meneliti jadual time tayangan, nampaknya masa tak mengizinkan.
Pertama, tak boleh keluar awal sebab kena prepare for lunch first.
Then, kalau nak tengok dua movie gak kena balik malam.
And of course, tak kan lepas punya kecuali ada adik lelaki aku.
So, kami pun cuma tengok citer Syurga Cinta sahaja.
Sebab memang aku menunggu cerita itu sedari bulan 2 dahulu.

Photobucket

Filem ini indah dengan unsur-unsur Islam yang diterapkan.
Pengolahan skripnya sangat menarik.
Dalam gelak, ada pesanan yang ingin diberi pada penonton.
Juga banyak ilmu yang boleh kita perolehi
Sebagai panduan untuk menempuhi realiti kehidupan.
Part kegemaran aku adalah part mereka date kat Kedai Buku.
And part ending yang sangat romantik. Hahaha...
Wanie, kamu mesti suka ending citer nieh.
Frasa paling aku suka dan ingat sampai sekarang.

Irham; Apa yang akan awak buat jika orang yang awak sayang melukakan hati awak?

Syudahah; Saya akan redha dan terima segalanya walaupun ianya melukakan saya. Tapi saya bersyukur kerana dia pernah hadir dan bahagiakan hidup saya walaupun seketika.
------------------------------------------

Jodoh terbahagi kepada tiga;

Pertama; Jodoh oleh syaitan- Dimana mereka melakukan maksiat dan akhirnya mengandung kemudiannya berkahwin. Itulah dinamakan jodoh oleh syaitan.

Kedua; Jodoh oleh jin - Cinta bertepuk sebelah tangan yang kemudiannya sanggup membomohkan pasangan itu dinamakan jodoh oleh jin.

Ketiga; Jodoh oleh Allah S.W.T - Jodoh oleh Allah S.W.T dimana mereka bertentang mata dan mendirikan rumah tangga dan akhirnya bahagia hingga ke akhir hayat. Itu dinamakan jodoh dari Allah S.W.T dan akhirnya kekal hingga ke Syurga Cinta.

Syurga Cinta | 2009

Menonton filem ini buat aku teringatkan dia.
Sungguh aku teringat akan perjalanan ceritera hati kami.
Lama dia bersabar menunggu jawapan hati aku.
Dan setelah dia dapat, mudahnya dia menghancurkannya.
Lelaki, kamu tahu ego kamu kadang-kadang buat wanita sakit hati.
Harap-harap lepas nie akan ada lagi cerita sebegini.
Cerita yang dipenuhi dengan nilai-nilai yang indah.
Bukan cerita yang sekadar tengok, gelak, terpegun tapi kosong.

Keluar jerk panggung, terus ke Ladies Department.
Apa lagi kalau tak kerja menghabiskan duit.
Huhuhu, gila ahhh aku nieh. Dua hari lepas beli beg.
Semalam membeli baju pula. Nasib baik dapat control nafsu.
Makanya, sekadar membeli sehelai baju sahaja.
Habislah dalam RM40 ringgit semalam.
Now, menunggu kepulangan my bro untuk aktiviti merayap.
Tapi kali nieh agak payah kerana harus mengasuh.
Mengasuh siapa? Tentulah si budak kecik 7 tahun itu.
Jadi, aku sedang merangka aktiviti untuk budak kecik itu.
Paling wajib, cari buku latihan untuk dia.
Itu yang paling utama dalam list sekarang nieh.

Wanie, nanti jangan lupa tengok Syurga Cinta. Aku pasti kamu akan suka dengan perjalanan ceritanya. Pasti! Banyak juga pesanan untuk diri kita yang berlagak kental nieh. =)


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E488: Good Morning Sunshine
Saturday, May 23, 2009

Photobucket
Image Source: hopesdream.deviantart.com

Current Mood: Feeling Confusion

Assalamualaikum and Good Morning, dear!
Membuka mata, tengok Bubu and senyum kat dia.
Huh! Bangun jerk sudah gila.
Tengok Bubu and peluk dia erat-erat macam selalu
Then say, " Harap kegembiraan ini akan berlanjutan."

Then ketepikan Bubu seketika.
Pergi menguruskan diri sendiri dahulu.
Then masuk bilik kembali, terus on lappy.
Tahukah kalian, semalam aku harus memilih antara dua.
Antara tidur dan mengonlinekan diri.
Akhirnya, memilih untuk terus tidur daripada menanggung risiko.
Hah! Aku kalu dah jumpa lappy ngantuk pun boleh hilang.

Mula-mula meninjau perkembangan keluarga maya.
Huh! Ambik kau, already passed away.
Memula macam pelik gak. Apasal dorang boleh mati la.
Setelah diselidik, rupanya mereka kehabisan stok makanan.
Patut la mati and ada yang extremely weak.
Cuma ada 1 family jerk yang survive. Still happy meneruskan hidup.
Then terus menekan Musang Berapi dan terus ke Blogger.
Rindu bangat seh sama blog sendiri. Adeh, sindrom nieh!

Semalam, keluar bersama keluarga tersayang.
Dan telah membeli satu lagi beg baru; My sis kata itu Clutch.
Entah, aku sangat kurang arif tentang nama-nama beg itu.
Kalau aku memang bantai panggil itu beg tangan.
Tak kuasa aku dengan nama clutch atau segala jenis beg la bagai.
Hahaha, memang aku sangat kurang pengetahuan pasal itu.
Berkembang sikit pun dari pembacaan and dari tok guru; my sis la.
Dia memang pro bab beg, make up and segala bagai.
Aku memang fail sket. Maklumlah, dulu ala-ala tomboy sket.
Tak pernah ambik tahu pun pasal make up, fesyen segala bagai.
Yang aku tahu; Basikal, merayap, trekking, badminton. Itu memang pro.

Sekejap lagi mahu take my breakfast.
Tetiba terasa mahu makan sesuatu yang dah lama tak dinikmati.
Sebiji telur, potongan tomato and timun, sos diapit dengan dua keping roti.
Like burger lebih kurang. Letak tomato banyak-banyak.
Hohoho... sangat sedap tueh.
Then tengah hari nanti, nak keluar ngan my sis.
Nak berkampung sekejap kat panggung wayang tueh.
Okey, should go now.
Mahu check movie time and make my breakfast.

Good Morning, Happiness!


Ada dua rasa sekarang. Happy tapi terkenang. Huhuhu, Syurga Cinta! Kau buat aku terkenangkan dia. Sungguh, tak mampu bendung rasa ini.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E487: Berteman Sepi Aku Sendiri
Thursday, May 21, 2009

Photobucket
Image Source: http://mrsselfdestruct.deviantart.com

Current Mood: Loneliness

Bila berpura-pura, pasti tak akan ke mana.
Baru padan muka aku.
Sepatutnya aku telah mengambil kata putus beberapa hari lepas.
Bukannya membiarkan masalah hati hingga menjadi sekronik ini.
Huh! Bunyinya macam teruk benarlah bukan?
Mungkin tidak teruk bagi kamu, tapi cukup teruk untuk aku.
Semalam gelakkan my sis sebab masalah Tak Bisa Memilihmu.
Hari ini aku lak yang kembali dengan satu perasaan yang lain macam.
Tapi tak la lain sangat untuk aku sebab dah slalu sangat jadi begini.

Dah tak tahu nak buat apa lagi untuk terus berpura-pura.
Main game, sudah! Merayap pun sudah.
Shopping jugak sudah! Layan movie jugak sudah.
Hurm, ngah plan mahu marathon movie Sabtu ini.
Nigth at The Museum II dan jugak Syurga Cinta.
Wey Cydot, jangan tak jadi pulak!
Haku dah naik sewel kat rumah nieh.




Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku

Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu

Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang

Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi

Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa


Bila cinta itu memerlukan sebab.
Aku tahu aku tak mampu tunaikan 'sebab' itu untukmu.
Dan 'sebab' itu jugalah kamu tinggalkan aku.
Aku tahu itu.
Kawan, usah kamu bertanya kenapa perasaan itu masih wujud untuknya. Sesungguhnya, cinta itu tidak memerlukan sebab. Tanpa sebablah, aku payah untuk membuang rasa ini walaupun itulah selayaknya. Dan bila saatnya cinta di hatinya bersebab, makanya aku jadi begini. =(
Awak, ingat lagi tak tentang sesuatu? Waktu kita tengok Sifu & Tongga , 8 Februari 2009 kat panggung TGV, Kinta City dalam dewan No.3, awak promise nak tengok Syurga Cinta sama-sama dengan saya.

Awak ingat lagi tak? =(


bunga With Love; Nut Yaa bunga


Atas Nama Rindu: Part 2
Wednesday, May 20, 2009



Atas Nama Rindu kini menyusul lagi.
Kalau Atas Nama Rindu; Part 1 menyaksikan rinduku pada 5 sekawan itu.
Atas Nama Rindu; Part 2 ini menjadi saksi rinduku pada housematesku.

Sungguh, rindu sangat dengan mereka ini.
Walau kadang-kadang hilang kesefahaman antara kami
Walau kadang-kadang ada yang bermasam muka
Walau kadang-kadang duka melanda sesama kita
KAMI tetap KAMI; Hampir dua tahun sudah bersama.
Bersama dalam menuntut ilmu di bumi Ipoh sana.
Bersama mereka sebenarnya sudah terakam segala macam ceritera indah.
Namun, biarlah aku kongsikan sebahagian sahaja daripadanya.
Atau mungkin hanya secebis dari semua kenangan yang pernah tercipta.
Tanda aku kini merindui mereka di sana.



Photobucket
Banner Bajet; Al-kisah Mahjung dan Marker Pen

Photobucket
BlackD'Bomb; Ezan, Azie, Ain, Iqa, Wanie, Mek, Aku

Photobucket
Sesi Senaman Pagi; Aerobik dan Poco-Poco

Photobucket
Sebelum Acara Isi Air Dalam Botol; Azie, Ezan, Iqa, Ain dan Aku

Photobucket
Nieh nak isi air atau nak berjoget? Konfius sekejap.

Photobucket
Pakar Congkak Terulung; Miss Wanie

Photobucket
Project Manager; Beliau busy bangat di hari kejadian.

Photobucket
Mencari sesuatu yang tak pasti; Iqa

Photobucket
Diselubungi tepung; Iqa and Aku.

Photobucket
Beristirehat sebentar; Wanie, Ezan, Aku, Mek dan Ain.

Photobucket
Acara Lari Dalam Guni; Melompat riang sebab Menang.

Photobucket
Membuat Hantu Bungkus a.k.a Mumia.

Photobucket
Miss Mumia; Ain yang menjadi mangsa keadaan.

Photobucket
Hamper sebagai penghilang penat dan tanda redha dengan kesan burn di muka.

Ini adalah secebis kenangan indah yang terakam dalam episod lalu.
Sayang korang ketat-ketat.
Rindu korang sangat-sangat.
Hope our friendship will stay till the end of our life.

Cinta adalah keabadian. Dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.
Jika halangan menduga perjalanan kita, janganlah kau putus asa karena ku ada di sisi, setia menemani, andai semangatmu gugur, genggamlah tanganku kita hampir ke situ.
- Hampir Ke Situ by Mendua.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E486: Membina Keluarga
Tuesday, May 19, 2009

Photobucket

Current Mood: Little Bit Okay.

Wow, title yang sungguh tak lei blah.
Tetiba pulak aku membina keluarga. Bila tawen nieh?
Hahaha, status YM pun aku ubah jugak.
" Sedang Membina Keluarga " berserta tanda busy.
Hehehe, sekadar membina keluarga di alam maya saja.
Best jugak la game nieh... ala-ala The Sims gitu.
Terleka dengan game nieh sampai la terdengar bunyi enjin kereta.
Huh! Dah pagi! My mum dah nak pi antar adik pi skolah pun.
Aku jer yang masih tak sedar diri depan lappy.

Hurm, kalau nak diikutkan aku nieh bukanlah kaki games.
Sesungguhnya, lappyku sangat boring sebab cuma ada basic games.
Dengan tambahan games Ozzy Bubble dan juga Counter Strike.
Tapi Ozzy Bubble satu-satunya games yang habis dimain oleh aku.
Dan Counter Strike itu sebenarnya tak pernah aku sentuh pun.
Sekadar mahu berlagok terror jerk. KuiKuiKui.
Takdelah, games CS tu adalah kegemaran abang and adik2 aku.
Bila balik kampung, pasti lappy aku mencari mangsa perang mereka.
Tabahlah duhai lappy. Di kampung tiada PC untuk mereka.

Segalanya berubah bila konflik jiwa ini melanda aku.
Aku sedar aku harus mencari sesuatu yang boleh mengubah haluan otak aku.
Sesuatu yang mampu melekakan aku dengan dunianya tersendiri.
Menyedari kegunaan R.A.A.P yang langsung tak bersentuh lagi.
Aku lantas mengunjungi laman Arcade Reflexive untuk mendownload.
Selesai menginstall, terus jerk aku mula membina keluarga.
Sekarang nieh aku still single-mingle lagi.
Saja berlagok demand padahal dah beberapa lelaki offer nak jadi laki aku.
Takpe-takpe... malam nieh aku nak terus demanding.

Okeylah, soal hati aku mahu abaikan dahulu.
Aku penat arr fikir sesuatu yang aku tak nampak jalan selesai.
So, aku fikir biarlah aku stay macam nieh.
Dont worry, aku masih berusaha untuk manage keadaan nieh.
I'll be okay soon. =)

Wanie, thanks untuk pesanan itu. Aku sangat-sangat menghargainya.
Daku menjejaki pantai rindu, menyaksikan rintihan berlalu, ombak resah yang menghempas diri, hanyutkanlah kedukaan bawalah jauh daripada bayangan.
- Azimat Cinta by Siti Nurhaliza.
Hari nieh cukup dua tahun aku berblogging. Terlalu banyak sudah kisah suka duka yang tercoret di alam maya ini. =)


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E485: Biarkan Aku Beremosi
Monday, May 18, 2009



Current Mood: Berhati Parah.


Biarkan aku begini.
Biarkan aku melayan sedih ini seketika.
Biarkan aku hanyut sebentar.
Aku sudah tidak upaya melawan perasaan.
Biarkan aku kalah dengan perasaan ini sebentar.
Aku terlalu sakit menahan perasaan ini.
Biarlah... biarlah aku begini buat seketika.





Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tidak siapa nak teman
Kalau dah nasib sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Dimanakan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggupku berpisah
Dan berhati parah
Hidup gelisah

Dunia terang menjadi gulita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku menambah derita
Kini kau jua tak kunjung jelma


Aku tahu aku tak patut mengikut kata hati.
Tapi kadang-kadang aku tak kuat untuk terus berlagak kuat.
Perit kamu tahu untuk terus berlagak kental.
Aku tak kuat sebenarnya. Aku cuma pura-pura.
Aku cuba berlagak kuat sebab aku mahu hati aku kental.
Aku cuba berlagak kebal supaya air mata aku tak jatuh lagi.
Tapi aku tak mampu nak tahan perasaan ini.
Setiap kali aku kalah dengan kawalan hati aku sendiri.
Dunia yang indah ini terasa bosan bila dibelenggu perasaan ini.
Aku baru sedar sebenarnya, perasaan bosan itu hanya penganti.
Penganti pada satu rasa yang aku nak biarkan pergi.

Aku sedar akan hukum alam yang satu itu.
Tapi kadang-kadang aku kalah dengan soalan hati sendiri.
Kadang-kadang, aku hilang ayat untuk terus memujuk hati.
Kadang-kadang, aku rasa dunia nie sangat tak adil.
Kadang-kadang, aku rasa aku hanya perlu hidup seorang.
Dan kadang-kadang aku rasa aku tak perlukan sesiapa.
Sebab aku tak mahu terus disakiti dengan cara paling menyakitkan.
Aku boleh terima kenyataan andai aku tahu dia mahu pergi.
Tapi aku tak boleh terima kenyataan bila dia pergi tanpa kata-kata.
Aku manusia yang perlukan sebab untuk setiap perbuataan.
Even sebab itu yang akan menyakitkan aku, aku rela asal aku tahu.
Tapi kenapa dia pilih untuk sakitkan aku
dengan semua soalan yang tak mampu aku jawab sendiri.
Aku bukan pendendam. Aku hanya perlukan sebab.
Kan senang kalau awak jawab saja soalan-soalan saya?
Buat ape awak nak fikirkan lagi sama ada saya akan sakit hati atau tidak?
Sebab kenyataannya, awak memang dah sakitkan hati saya pun.


Sudah dua hari aku kalah dengan perasaan sendiri.
Entah sampai bila perasaan ini akan ada, aku kurang pasti.
Aku tekad mahu melepaskan pergi; Tapi aku kurang pasti.
Aku nekad mahu berhenti merindui; Tapi aku takut tak termampu.
Aku lelah mencuba; Penat menangis.
Maaf, aku terlanjur mencintai dia sekali lagi.

Hendak ku nangis, tiada berair mata
Hendak ku senyum, tiada siapa nak teman

Kalau dah nasib sudah tersurat

Begini hebat... Apa nak buat.


Di antara manusia, ada Allah S.W.T sebagai perancang paling rapi.
- Dr.Zakiah, novel Hanya Dia Tahu by Aleya Aneesa.
Mungkin inilah balasan. Sekali aku sakitkan hati lelaki, berkali-kali mereka menyakiti aku kembali. Ya Tuhan! Maafkan aku.
Kalau ditakdirkan akan ada cinta sekali lagi, aku mengharapkan dia itu akan menjadi cinta terakhirku. Ini doaku. Amin.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E484: Tak Kunjung Tiba
Sunday, May 17, 2009



Current Mood: Hati Sebak Jiwa Sendu.


" Kini kau jua tak kunjung tiba... "
Perasaan serba tak kena ini datang lagi.
Setelah berkali-kali mencuba untuk menghalangi.
Kalaulah menguruskan perihal hati boleh diubah ke bentuk system.
Pasti mudahkan? Stopkan saja button Rindu itu.
Resetkan sahaja button Cinta itu. Biar mudah cinta itu hilang.
Dah! Stop it, Nad!
Sudah-sudahlah tue ingatkan dia.
Tolonglah jangan dera perasaan sendiri!
Tolonglah Nad! Jangan jadi bodoh!

Izinkan aku menangis untuk kali nieh.
Biarkan aku meratap sedih seketika.
Aku mahu perasaan ini pergi. Selamanya.
Maafkan aku, sayang.
Izinkan aku berhenti merinduimu.

Maafkan aku, kawan. Aku tipu kalian.
Sakit untuk melepaskan pergi tanpa rela.
Sakit sangat-sangat. =(
T____T
Dimanakan ku cari ganti, serupa denganmu. Tak sanggupku berpisah dan berhati parah hidup gelisah. Dunia terang menjadi gulita, cahaya indah tiada berguna... Kini kau jua tak kunjung tiba.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E483: Apakah Makna HAPPY Sebenarnya?
Saturday, May 16, 2009



Current Mood: Fikiranku Buntu Secara Tiba-Tiba

Okey, jangan tanya ape-ape okey.
Aku malas mahu kongsi ape-ape pun dengan kamu wahai Mr.Blog.
Wah, dah pandai membagi jantina untuk blog sendiri.
Kenapakah dibagi jantina lelaki? Hah! Kenapa?
Hahaha, baru ada feel sket mahu date ngan Mr.Blog hari-hari.
Huhuhu, sudah meroyan mahu berlakikah budak ini?
Bukan! Bukan! Cuma melayan karenah hati.
Yang sedang terbosan-bosan sendiri.
Sebab itulah tajuk entry pun terbosan-bosan jugak.

Pulau Langkawi adalah pulau bosan.
Wah, sekali lagi kuar statement tak bleh blah nieh.
Ohhh, aritu time kamu kat Ipoh ari-ari melalak mahu pulang.
Sampai rindu-rinduan tak jumpa laut dan pantai.
Sekarang kamu kata Pulau Langkawi nieh bosan? Keluar sekarang.
Ucap isi hati Langkawi dengan niat mahu menendang keluar budak tak sedar diri.

Waaaa.... ampun! Ampun. Bukan dengan niat tapi itu kenyataan.
Arggghh, Langkawi ini memang indah.
Tapi kenapa aku boleh terasa bosan secara tiba-tiba?

Bosan aku dah masuk tahap lima, kamu tahu?
Ape kamu ingat H1N1 itu saja yang sekarang masih di tahap 5?
Ohhh ya, sedikit informasi di sini.
Malaysia sudah mencatatkan kes pertama H1N1.
Oh tidak! Yaa Allah, KAU peliharalah Malaysiaku.
KAU tetapkanlah keamanan ini terus bersama kami.
Juga KAU amankanlah bumi Ipoh itu Ya Allah.

Oit! Oit! Cup! Cup! Ape nieh sebut-sebut nama Ipoh lak?
Kamu tueh budak tecik. Duduk diam-diam jangan cakap banyak.
Nanti kalau kamu kena saman siapa yang susah?
Kamu dan keluarga kamu jugak yang susah. Paham?
Okey, paham. Kita duduk, tunggu dan lihat sahaja.
Padahal dalam otak selalu membayangkan sesuatu.
Kalau la Melayu di Malaysia ini bersatu pasti tak jadi begini.
Oh, lupakan. Ianya hanyalah angan-angan seorang budak tecik.
Yang tak cukup ilmu dalam bidang politik.
Okey, mengaku pun.
So, duduk diam. Mulut tutup.

Ya ampun, ape aku merepek itu?
Hahaha, itulah. Bila aku kata aku bosan tahap gaban tak mahu percaya.
Sekarang kamu tengok ape yang dah jadi.
Dari soal membagi jantina pada blog sendiri bleh masuk soal bosan.
Lepas tu kuarkan statement tak lei pakai kata Langkawi bosan.
Marah Mahsuri dan keturunannya nanti. Jugak tak lupa pelancong2.
Then lei kuar isu penyakit lepas tu terus tukar isu politik.
Penyakit dan Politik adalah dua benda berbeza ya!
Tak percaya? Try ahhh check Kamus Dewan m/s bape cari sendiri.
Kalau itu pun kamu tak tahu, aku berani jamin.
Menangislah guru Bahasa Melayu kamu kalau tahu perkara itu.
Oh ya, iklan sekejap ya.
Selamat Hari Guru untuk semua cikgu-cikgu SeMalaysia.

Okeylah, lebih baik aku tinggalkan Mr.Blog ini.
Sebelum aku tambah-tambah merepek baik berambus sekarang.
Pegi edit pix lepas tu upload tenet pun ada keje.
Tapi sudah bosan mengadap muka Photoshop yang tak tahu berkata-kata itu.
Ahhh, lupakan Photoshop seketika.
Tah-tah, Photoshop juga sudah bosan melihat aku.
Lebih baik melayan Hagemaru dan keluarganya.

Boleh kamu kasi idea apakah aktiviti yang paling seronok di lakukan jika kamu berada di Pulau Langkawi indah permai ini? Tolong jangan cakap; Pegi shopping, shopping dan shopping sebab aku rasa aku dah tak tahu nak shopping di mana lagi selain Langkawi Parade, Langkawi Fair, Idaman Suri, Ismail Group dan segala bagai.
Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar guru. Bakal guru kalau rasa nak ucapan nieh pun boleh ambik jugak. Takpe, aku baik. Tak kisah pun. Ambiklah. Hehehe, takde-takde. Ucapan ini memang istimewa untuk semua guru dan bakal guru yer.
Kalau lecturer atau pensyarah nak pun, takpelah. Ambiklah. Hidup nieh tak boleh berkira sangat.
Huhuhu, ini serius! ( nyanyi macam Wonderpets. )
Selamat hari Guru untuk semua guru-guru, bakal guru, lecturer, pensyarah dan semua yang sama waktu dengannya. Terima kasih kerana bersabar melayan karenah kami sebagai anak murid ini. Jasa dan budimu kukenang seumur hidup. Terima kasih kerana melahirkan seorang manusia dengan nama manusia yang sebenar. Yang tak jadi manusia itu bukan ape, mereka itu kekurangan zat. Sebab itu jadi begitu. =)
Time dok balut hadiah hari Guru ( adikku punya hadiah ) memang teringat gila zaman sekolah dulu. Sumpah, rindu sangat! Teringat zaman paling jahat giler aku iaitu time Form 5. Event sekolah sumanya aku ponteng. Sampai Pengetua sekolah nak bersara punya sambutan pun aku tak join. Ari Ahad time perhimpunan dapatlah hadiah percuma sorang serotan kat atas pentas ramai-ramai. Pastu time perasmian hari Kokurikulum pun lei terponteng jugak. Kuar kawasan sekolah pi melantak Nasi Lemak Kopi O kat gerai sebelah stadium. Huhuhu, jahat btol aku nieh time zaman jadi senior kat skolah dulu.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E482: Dah Terbosan-bosan Pula
Friday, May 15, 2009



Current Mood: Ceria Tapi Bosan.

Cuti sudah pun masuk bulan ke-2.
Hati sudah mula bosan. Jiwa pun dah mula terganggu.
Huhuhu, sampai dah tahap terbosan-bosan sendiri.
Itulah; Aritu time tak cuti punya gila meroyan nak cuti.
Hari-hari histeria minta cuti, tanya bla nak cuti.
Sekali dah cuti; Gila sampai dah terbosan-bosan lak.
Ape tak nya, plan semua dah buat.
So, masa sengang nieh sangat la membosankan.

Okeylah, layan Youtube lagi bagus.
Lei gak tengok Ain perang ngan Datin Faridah ke...
Hagemaru dan keluarganya yang bodoh sengal tu ke...
Tidak pun lei gak gelak tengok Malik ngan Ariana bergaduh.
Gelak itu penghilang kebosanan.
Tapi jangan sampai gelak sorang dah la.
Itu gila namanya.

Kawanku kata citer Homeless To Harvard tueh best.
So, aku nak tengok la sekejap.
Sementara menunggu Yes Man nieh abis download.
Entry Atas Nama Rindu; Part Two akan menyusul nanti.
InsyaAllah.... soon

Bukan la malas sangat cuma penat mengadap Adobe Photoshop. Hahaha, see. Punya la bosan tahap gila gaban sampai tengok PS pun lei terbosan-bosan jugak. Ampun PS! Ampun...


bunga With Love; Nut Yaa bunga


Atas Nama Rindu; Part One
Thursday, May 14, 2009

Pesanan Penaja;
Ape kata korang tekan button play dulu kat MP3 Player kat bawah nieh before korang membaca entry nieh. Sebab entry ini telah ditulis, dengan penuh kasih sayang dan juga rindu dendam, gambar-gambar dan lagu telah diupload dengan penuh kesabaran. So, haruslah dibaca dengan penuh kasih sayang juga. TQ.




Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba

(korus)
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

(ulang korus)

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka yang tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama

(ulang korus)


Sudah lama aku peram gambar-gambar ini.
Sememangnya aku memang berniat untuk publish gambar ini.
Tapi belum berkesempatan sehinggalah pagi ini.
Aku tiba-tiba dilanda mood rindu dendam kepada mereka.
Terutamanya 5 sekawan ini; Aku, Wani, Ain, Fatin dan Hani.
Sumpah, aku rindu sangat-sangat mereka ini terutamanya.

Aku rindu sangat saat-saat kami bersama.
Di dalam kelas, di cafe, di Ipoh Parade, di rumah no 11.
Aku rindu keriuhan kami ketika membuat kerja bersama.
Aku rindu keceriaan kami ketika sama-sama tawaf Ipoh Parade.
Aku rindu mahu masuk panggung bersama dengan berbaju kurung.
Aku rindu mahu makan burger sama-sama kul 2 pagi.
Aku rindu mahu sama-sama bersengkang mata menyiapkan project.
Sungguh, aku rindu semuanya.


Photobucket
Dari kiri; Hani, Wani, Aku, Fatin dan Ain

Photobucket
Dari kiri; Ain, Fatin, Azu, Nad, Kak Nang, Kak Wani, Tie dan Aku

Photobucket
Dari kiri; Mamat mana tah, Wanie dan Aku

Photobucket
5 Sekawan dalam Misi Memburu Impian

Photobucket
5 Sekawan bersama Miss Fiza; Lecturer Akaun

Photobucket
Dari Kiri; Aku, Nazrul, Hafiz, Mirul, Wani, Farhana dan Effa

Photobucket
Depan; Wanie dan Mirul.
Belakang; Aku dan Miss Fiza
p/s: Wanie, bayangkan yang kita cuma bertiga yerk!

Dan, atas nama rindu inilah.
Aku mempublishkan gambar-gambar ini.
Pada orang lain, mungkin gambar ini untuk tujuan berlagok.
Tapi pada aku, gambar ini bukti kami sama-sama dapat apa yang kami nak.

Kami sama-sama ke majlis itu.
Kami sama-sama ceria dan gumbira dapat hari itu.
Setelah kami asyik bersama stress menyiapkan tugasan.
Kami sama-sama dapat rasakan pengalaman itu.
Dan kamu tahu, indah perasaan itu sukar digambarkan.

Persahabatan; Susah senang kita tempuhi bersama.


Entry ini adalah dedikasi khas istimewa untuk mereka; Wanie, Ain, Fatin dan Hani. Terima kasih kerana sudi bersusah senang bersama aku dalam misi kita untuk mengenggam segulung Diploma in Multimedia. Terima Kasih sekali lagi.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


Special Wishes: Happy Birthday!
Wednesday, May 13, 2009



Ini adalah entry ucapan istimewa.
Dan ini adalah entry birthday wish pertama dalam versi begini.
Huhuhu, setelah mengedit layout blog ini tempoh hari.
Makanya, untuk ucapan teristimewa akan diletakkan
Special Wishes: Tajuk Entry yang Berkenaan.

Pertama; Selamat Hari Lahir untuk Abe on 12 Mei.
Terima kasih sebab tak pernah lupa kat Lie.
Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia bersama anak & isteri.
Terima kasih untuk sokongan dan dorongan.
Sama-samalah kita berusaha mencapai apa yang kita inginkan.
Hurm, alhamdulillah Abe tidak menjadi mangsa keadaan.
Sebab ketiadaan gambar beliau di dalam simpanan.
Sebenarnya, malas nak open external hard disk.
Bersyukurlah Abe sebab dak Lie nieh dalam mood malas.

Kedua; Mereka berdua nieh lahir pada tarikh yang sama.
Iaitu pada 13 Mei; Tahun berapa aku kurang pasti.
Ya ampun, aku nieh memang fail bab mengingati nombor.
Tapi kalu mengingat kenangan, otak aku memang power.
Bleh ingat kul bape, hari ape, pakai baju ape.

zana

Happy Birthday Zana.
Huhuhu, Lie tak lupa la kawan.
Tapi maaflah ya kawan.
Telefonku kekurangan credit untuk SMS.
Terlupa untuk diisi semula.
Tabahkan hati, cekalkan diri hadapi hidup.
Coz dalam hidup nieh, kadang indah kadang bermuram durja.

maz

And seorang lagi birthday girl hari nieh.
Juga kawan internetku; Maziah.
Happy Birthday, Maz.
Semoga happy dan berbahagia selalu.
Hujung tahun nieh jangan lupa kad untuk Lie ya.

Okey, jangan lupa ambik kad-kad tu ya.
Sorry, aku menggunakan pix kalian untuk tujuan yang salah.
Tapi kalian comel dengan badan dan belon-belon itu.
Hehehe, birthday girl tak boleh marah.
Hehehe...

Ketiga-tiga mereka adalah kawan internet yang aku kenali dua tahun lepas di MySahabat.Org. Terima kasih kerana jadi kawan aku.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E481: Main Masak-Masak



Current Mood: Susah Hati.

Huhuhu, sangat susah hati memikirkan hal lappy.
Takpe, akan cuba diselesaikan segera.
Kalu tak mampu jugak, memang comfirm bulan depan turun KL.
Jumpa my big bro untuk settlekan hal lappy ini.
Okey, stop cakap pasal lappy.
Sebab akan bikin hati susah jiwa tak tenteram.
You know how much I love this lappy?
If you dont know... you just shut your mouth.

Hari ini aku masuk dapur sorang-sorang.
Hahaha, terasa bagai dapur itu ana yang punya.
Hurm, bila bleh masuk dapur sorang-sorang ini.
Ingatan melayang sekejap ke zaman kanak-kanak belum baligh dulu.
Huhuhu, ape nieh? Bercakap tak tahu bersopankah?
Dulu, sangat teringin mahu memasak betul-betul.
Tapi bila dah dapat pelepasan dari mak untuk guna dapur beliau.
Entah kenapa, hati nieh terasa malas betul.
Hahaha, itulah manusia. Mana pernah puas. Ye tak?

Hari ini aku memulakan misi aku.
Misi untuk cuba memasak Makaroni Bakar.
Kamu tahu apa itu Makaroni Bakar?
Bak kata adik, Makan Roni Bakar.
Itu adalah sejenis makanan Barat atau lebih dikenali Western Food.
Dua jam berada di dapur cuba untuk menyiapkannya.
Tanpa bantuan sape-sape tahu. Cuma aku sorang.
Sebab Si Budak Pengacau itu ke sekolah.
Kalau tak, sumpah sampai mati pun dia tak lepaskan peluang.
Dan aku pasti tak akan leka dengan waktu.
Okey, kat bawah nieh aku sertakan pix and recipe.
Cubalah! Sedap. Yummy!

Photobucket



MAKARONI BAKAR

Photobucket
PhotobucketPhotobucket


Bahan Utama:
250g makaroni [ direbus hingga lembut, tos dan gaulkan dengan sedikit mentega ]

Bahan untuk Inti;
500g daging/ayam - dicincang
30g mentega
1/2 labu bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - dicincang
175g tomato - dibuang biji, dipotong dadu
125g keju cheddar - diparut
500ml sos putih
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada sulah
2 biji telur - putih sahaja
1/2 sudu kecil oregano/parsley - takde pun xpe.

Bahan untuk Sos Putih;
30g mentega
1 sudu besar tepung gandum
500ml susu segar
2 biji telur - kuning sahaja
125g keju cheddar - diparut
garam secukup rasa
1/2 sudu serbuk lada sulah.

Cara membuat inti;
1- Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2- Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.
3. Masak lebih kurang 15 minit atau sehingga air daging kering, kemudian sejukkan.
4- Bila dah sejuk, masukkan telur putih dan kacau sebati.
5- Sapukan loyang besaiz 7x5 inci dengan sedikit mentega.

Cara membuat Sos Putih;
1- Cairkan mentega dengan api yang perlahan, masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.
2- Masukkan susu dan kacauu [ whisk ] dengan menggunakan pemukul telur hingga sebati.
3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel/berketul.
4- Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut dan kuning telur. Kacau hingga sebati dan ketepikan.

Cara memasukkan;
Masukkan 1/3 pasta kemudian taburkan 1/2 inti dengan sedikit keju parut. Lapiskan semula dengan 1/3 inci lapi pasta diikuti dengan lebihan inti dan sedikit parutan keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan di atasnya tuang dengan sekata sos putih dan akhirnya ditaburkan dengan keju parut.

Bakar didalam oven pada suhu 180'C selama 30 minit atahu sehingga keju keperangan. Angkat dan biarkan selama 15 minit. Sedia untuk dihidangkan.

Cuba dan enjoy!
Resipi diambil dari TestingIsGreat.


Resipi ini sangat sedap okey.
Cuma tak elok dimakan selalu la. Kadang-kadang tu okeylah.
Hurm, misi aku telah selesai dengan jayanya.
Dan tiba-tiba sahaja terasa nak buat Cokelat Kek pula.
Lama rasanya tak buat kek itu.

Okeylah, cukuplah untuk hari ini.
Babai... Assalamualaikum.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E480: Berhentilah
Monday, May 11, 2009



Current Mood: Sesuatu Di Fikiranku.

Sehari dua ini, aku terasa sesuatu.
Sesuatu yang buat aku sentiasa berfikir.
Dan semalam kemuncaknya bila akhirnya aku berjaya meluahkan.
Dan seperti biasa, pasti ada air mata.

Sehari dua ini jugak, lagu inilah yang aku putarkan saban waktu.
Baik ketika menggunakan PC di mini library.
Mahupun di lappyku sendiri di dalam bilik. Lagu ape?
Yakinlah Aku Menjemputmu - Kangen Band.
Itulah lagunya. Berjangkit dari my sis; Cydot.
Sebab lagu nieh aritu ada dekat desktop.
Sengaja aku putarkan on Winamp dan akhirnya.
Lagu ini menemaniku saban waktu.



Teringat selalu wajah kekasihku
Saat ku menuai lagu
Coba engkau dengarkan
Ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
Ku ceritakan kisah tentang kita

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
Saat kau mulai terjatuh
Aku datang menyelamatkanmu
Ini surga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertahta

Tenang sayang, ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinlah ku tetap milikmu

Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinkan ku tetap milikmu

Kau milikku...

Selalunya, bila aku memutarkan lagu yang sama setiap detik.
Berulang dan akan terus berulang tanpa jemu.
That's mean; I'm Not Okay.
Entahlah, keputusan telah aku buat.
Mungkin menunggu itu adalah cara paling 'lembut' untuk dia.
Biarkan, dan aku tak mahu berfikir lagi.
Sekarang, sedang menunggu keyakinan hati untuk beristikharah.
Aku sedang mengajar hati untuk redha.
Moga aku mampu redha dengan apa saja 'petunjuk' dariNya.

Hurm, masih terkesan dengan cerita di Astro Prima tadi.
Cerita sempena Hari Ibu bertajuk Oh Ibu.
Cerita yang padat dengan moral values.
Lebih baik menonton cerita padat ikhtibar.
Daripada menonton cerita 'best giler' tapi kosong.
Yang ada cuma dosa. Buat apalah kan?
Apa sahaja yang berkaitan mak dan abah pasti akan menyentuh hatiku.
Itu yang makin aku sedar dan pasti.

Rancangan untuk buat Makaroni Bakar masih terbengkalai.
Entah bila akan memulakan misinya.
Tak yakin sebab mak suruh cuba buat resipi lain.
Lupa lak ape resipi yang mak sebut semalam.
Hehehe... tunggu dan lihat jelah!

Sesungguhnya, mencari dia umpama mencari dalam gelap. Payah sekali untuk aku temui petunjuk melainkan menunggu munculnya lubang cahaya yang akan menjadi penunjuk arahku.
Maaf, aku terlalu berbahasa.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E479: Chance
Sunday, May 10, 2009

Photobucket
Image Source: georgeharrison.deviantart.com

Current Mood: Mataku Basah Lagi.


Kawan-kawan...
Hari ini dia meminta aku berbuat sesuatu.
Memberi peluang terakhir kepadanya?
Patutkah? Haruskah?
Tegarkah aku untuk melalui satu lagi pusingan dengannya?

Ape yang patut aku lakukan?
Ape yang harus aku buat?
Istikharahkah?

T______T


bunga With Love; Nut Yaa bunga


Special Wishes: Selamat Hari Ibu

ibu
Image Source: syk4ng.deviantart.com



Ibu... bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu.

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Suatu ketika dahulu, aku pernah tak mengerti.
Tak mengerti kenapa seorang ibu itu akan meleteri anaknya.
Tak faham kenapa seorang ibu itu mahu mengambil tahu
apa sahaja yang berlaku pada anaknya hari tu.
Tak percaya bahawa seorang ibu itu akan sentiasa menyayangi anaknya.
Walau sesakit mana pun beliau disakiti oleh anaknya sendiri.

Tujuh tahun dahulu, tika aku mendapat seorang adik kecil.
Dan dari hari itu... aku nampak semuanya.
Aku lihat sendiri kepayahan emak besarkan adik.
Aku nampak bagaimana risaunya emak bila adik tak sihat.
Aku tengok bagaimana emak gagahkan diri untuk layan kerenah adik.
Aku saksikan bagaimana risaunya emak bila lambat ambik adik kat sekolah.
Di fikiran aku tergambarkan sesuatu, mungkin itulah keadaaannya emak
sewaktu aku dibesarkan dalam tempoh 20 tahun ini.

Sejak aku belajar jauh dari emak.
Aku mula mengerti tentang perasaan itu.
Perasaan yang mulanya sangat aku tak faham.
Aku mula rindukan semuanya tentang emak.
Aku rindukan masakannya.
Aku rindukan sentuhannya.
Aku rindukan suaranya.
Aku rindukan leterannya.
Aku rindukan semuanya tentang emak.
Emak menjadi insan yang mampu menyentuh hati aku.
Walaupun beliau tidak berbuat apa-apa.

Kepada emak; Sofiah binti Man.
Emak, terima kasih untuk segalanya.
Terima kasih sebab lahirkan akak ke dunia nieh.
Terima kasih kerana susah payah besarkan akak.
Terima kasih kerana selalu berkorban untuk akak.
Terima kasih sebab selalu leterkan akak.
Akak tahu, mak mahu akak jadi yang lebih baik dari sekarang.
Terima kasih mak!

Akak sayang mak sangat-sangat.
Ampunkan semua salah yang pernah akak buat.
Maafkan akak andai akak pernah menyakitkan hati mak.
Semoga Allah merahmati hidupmu, mak.

10 Mei 2009; Selamat Hari Ibu
Kepada semua yang bergelar ibu atau bakal ibu;
Terima kasih kerana berkorban segalanya untuk kami, insan yang bergelar anak. Sesungguhnya, kasihmu ibu membawa ke syurga.
Kepada yang bergelar anak;
Hargailah ibu kalian sepenuh hati selagi mana beliau masih ada di depan mata kalian. Kerna seorang ibu itu sangat istimewa. Kasihnya tidak berbelah bagi untukmu, duhai anak.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E478: Di Fikiran
Saturday, May 9, 2009



Current Mood: Memikirkan Sesuatu.

Dua hari menyepikan diri sejak result kuar aritu.
Nak kata kecewa... Rasanya tidak sebab itu rezeki.
Dah cukup bersyukur dah.
Nak kata sibuk... Hah! Merepek ajer.
Ngah cuti-cuti begini nak sibuk amendanya.
Nak kata kuar berfoya-foya... Mana mungkinlah.
Ingat Tuhan! Ingat Tuhan!
Sesuatu yang aku sendiri kurang pasti.
Tapi hati nieh semacam tengah memikirkan sesuatu.
Winamp playlist pun sudah menjangkau lagu ke 279.
Yelah, dua hari yang asyik memikirkan.
Nak menulis jugak tergendala gara-gara writer block.
On lappy then online tapi macam tiada benda yang hendak dilakukan.
Buka MS Word, tak tahu mahu menaip ape.
Mengonlinekan diri, macam tak tahu nak watpe jgk.
Lalu sekadar melayan teman-teman di Yahoo Messenger.
Dan sebab itulah, proses menambah-baikkan blog mengambil masa yg lama.
Selalunya, semalaman sudah cukup untuk mengedit.

Dah puas otak nieh memikirkan apa sebenarnya yang menganggu.
Tapi aku tak dapat jawapan untuk itu.
Lalu, aku sekadar mengonlinekan diri.
Melayari Youtube dan seterusnya menonton cerita.
Itu sahaja yang aku mampu buat.
Membaca novel... baru dua or tiga page aku dah lost.
Baca majalah... selak beberapa helai dah tutup begitu saja.
Arrggghh... mungkin inilah namanya bosan kot.
Petang tadi mencari-cari resipi Makaroni Bakar.
Tekak nieh teringin benar nak menjamahnya.
Resipi dah dapat. Tinggal nak cari bahan dan mulakan misi.
Bila? Tak tahu lagi lorh.

Hurm, mungkin aku perlu menamatkan.
Honeymoon mood ini.
=)

Oh kawan-kawan, jom keluar berfoya-foya nak?
Layan Hagemaru kat Youtube pun okey jugakkan? Hagemaru! Wait for me, sayang. Hahaha.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E477: Result Final
Wednesday, May 6, 2009

Photobucket
image source: flickr

Current Mood: Senyum di Bibir.
* Entry ini merupakan analisis keputusan peperiksaanku.

Beberapa minggu yang lepas.
Terpinga-pinga saat terjaga dari tidur.
Ada air mata bertakung di pelupuk mata.
Huh! Bermimpikan pasal keputusan peperiksaan aritu.
Sekali mimpi ku fail CITE.
Argggh, memang CITE adalah subjek igauan ngeriku.
Try to forget it. Positif, Nad! Positif!

Beberapa hari selepas itu.
Mimpi ngeri hadir lagi.
Kali nieh ku tengok dengan mata kepalaku.
Resultku sekadar 2.14. Hah, biar betik!
Terjaga dari tidur.
Terpinga-pinga dan macam tak lei terima kenyataan.
Kalau yer pun result kali nieh nak teruk.
Jangan la sampai dapat 2 pointer ke atas jerk.
Tak nak dah! Cukuplah Sem 1 dulu.

Dan hari nieh mendapat panggilan telefon.
Dari Wanie saat kakiku kekejangan.
Dia yang tengok dulu result.
Memula dia cakap; " Kita tak dapat dekan dah!"
Okey fine. Memang itu yang dah aku jangkakan.
Langsung tak berharap apa-apa untuk final Sem 4 nieh.
Then dia terus gitau result aku, result dia.
Nak tahu? Hehehe... sabar. Sabar.
Tak pernahnya aku sorok result aku every sem, right?
So, lepas nieh jangan ada soalan berbunyi begini.
" Eh, result ko cmne eak?"
Ada juga yang ku kasi pelempang free kang.
Hehehe...tengok orang la gakkan.


Keputusan Peperiksaan Akhir
Semester 4 | Tahun 2












Saje nak bagi korang scroll... hehehe =P




Multimedia Project Management | MPM | A
Introduction to Data Communication | IDC | A
Programming Language; Visual Basic | VB | A
Tamadun Islam | TI | A
Interactive Multimedia Authoring | IMA | B-
Communication In An IT Environment | CITE | C

GPA: 3.43
CGPA: 3.40

Begitulah serba detail tentang result aku kali nieh.
Macam selalu juga; Seperti sem-sem sebelumnya.
Subjek yang tak dapat A itu adalah subjek yg mmg dah dijangka.
Kalau mengikut list ada lagi dua subjek sebenarnya.
Tapi alhamdulillah, dari 4 yang aku jangkakan teruk.
Hanya dua sahaja yang mengikut jangkaan aku.

Tak dapat dekan! Itu kenyataan.
Bohong la kalau aku cakap aku tak frust sebab tak dapat dekan.
Kecewa memang aku kecewa. Sangat kecewa.
Tapi bila aku bandingkan keputusan aku dengan tahap emosi aku waktu tu.
Aku rasa aku dah dapat ape yang terbaik.
Itu satu yang buat aku rasa terpujuk sedikit.
Dan satu lagi, bila keputusan kali nieh still menaikkan CGPA aku.
Walaupun naik sekadar 0.01 sahaja, tapi aku puas.
At least, CGPA aku langsung tak menjejaskan misi aku utk maintain.

Syukur Alhamdulillah.
Ini adalah rezeki aku untuk Semester 4 nieh.
Aku kena terima.
Dan aku sangat bersyukur.

Dengan ini, Semester 4 ini berakhir dengan jayanya.
Dalam erti kata lain; Tamat sudah dua tahun pengajian.
Suka dan duka, pahit dan manis juga tawa dan tangisan.
Itulah pengalaman. Itulah kenangan.

Untuk bebudak KPTMKCI;
Kepada yang berjaya... Tahniah aku ucapkan. Yang kurang berjaya... Takpe! Tetapkan pendirian dan teruskan usaha. =)


bunga With Love; Nut Yaa bunga


TAG: Hutang Lama
Tuesday, May 5, 2009

Okeylah, di sini aku ingin melangsaikan hutang.
Ini baru hutang tag. Hutang lain belum lagi nieh.
Dah penat melayan emosi dan hati.
Mari kita tukar mood sekejap.
Sesi Merapu-Meraban.



Tag Pertama; Dari Nazrul Azwan.


1-sila namakan satu binatang yang anda suka... binatang liar?
- Beruang

2-Kenapa?
- sebab dia comel kot macam teddy bear.

3- ya... tapi kenapa anda memberi alasan sebegitu?
Dah ku suka teddy bear... ape boleh buat.

4- Kalau diberi peluang binatang kesukaan itu anda nak namakan nama apa?
Cik Ted

5- Kalaulah binatang itu boleh bercakap, apa perkara pertama yang anda pikir dia akan cakap dan kenapa?
How's life today, dear? Sebab, dia akan jadi penyimpan mohor besar rahsia aku.

6 - Anda rasa binatang tuh boleh dipadankan dengan artis\-artis mana dan mengapa?
ngan Tomok lei? Hahaha, saje jer nak adakan nama Tomok di sini. Sekarang kan orang ngah gila search pasal Tomok.
KihKihKih

7 - Kalaulah binatang itu boleh menyanyi, lagu apa anda mintak dia nyanyi dan mengapa?
Satu Bintang by Awan Band, sebab itu lagu hati aku.

8 - Anda nak tak bela binatang nieh kalau diberi peluang dan kenapa?
Erhhh... boleh ke bela beruang besar kat rumah? Tak yah la kot. Cukuplah ku bela teddy bear sajo.

9 - Anda rasa binatang nie akan kawan baik dengan binatang apa? senaraikan 5 semuanya dan beri alasannya
Kanggaroo - Sebab mereka sama comel.
Rabbit - Senang bergaul mesra macam Chubby and Keding.
Koala - Sebab dia baik dan takkan kaco orang.
Kucing - Kira okey lah.
Ikan - Untuk menguji tahap kekuatan sebuah persahabatan. Tak paham kenapa? Lu pikir la sendiri.


10 - Anda rasa nak TAG kan siapa? beri 5
- Tak
- Mahu
- Tag
- Sape-sape
- Boleh?

Tag Kedua; Dari Cik Hunny.
Telah kuperam entah berapa lama tah.
Sorry bangat Cik Hunny ya.

1. Nama samaran???
Lilylover - Nickname yg wujud sedari hari pertama kenal dunia forum dua tahun dulu.
Nut Yaa - Itu nama sebenarku. Cuma diubah ejaannya.

2. Hobi???
Membaca - Lei tambah ilmu lorh

3. Barang tersayang???
Semua harta aku adalah barang kesayanganku. Tiada istilah pilih kasih antara mereka! Kui3

4. Perangai yg x suka???
Yang kategori ada AKAL tapi letak kat lutut. Nak buat sesuatu pikir dulu beb!

5. kata2 semangat???
Bahagia itu ada di mana-mana.
Cari, temui dan nikmati.
Sabar, tabah dan cekal itu kuncinya.

6. Mmg minat sangat b'chat???
Dulu YER. Sekarang TIDAK.

7. Besar nanti nak jadi???
Tak cukup besar lagi ke nieh? Huhuhu...
Zaman belasan tahun - Mahu jadi Interior Designer.
Zaman 'Semakin Dewasa' - Mahu jadi Web Designer or Graphic Designer.

8. Blog Cik Hunny ek???
Dipenuhi warna-warna kewanitaan - Pink.

1.Who tagged you???
Cik Hunny Bunny.

2. Do you like tags???
Kadang-kadang SUKA, kadang-kadang TIDAK

3. If you can have a dream to come true, what would it be???
Nak bawak family + Mr.Right skali ke Makkah dan seterusnya mengelilingi dunia.

4. What is your current mood???
KeGATALan seluruh badan. Waaa... ku makan udang 2 ekor jerk!

5. What will you do if your crush says he/she adores you too???
Tak mampu berfikir apa-apa. Blur terus.

6. Will you fall in love with your bestfriend???
Tak mahu dah. Friendship forever.

7. Which will you prefer, loving someone or being loved by someone???
Mahu kedua-duanya boleh??? Hehehe...tamak btul. Ok, sekarang nie prefer being loved by someone. Makin percaya dgn kata-kata nieh, sayangi orang yang menyayangi kamu bukan sayang orang yang kamu sayang kerana orang yang kamu sayang akan tinggalkan kamu untuk orang yang dia sayang. Tak paham? Wat-wat faham sudah.

8. What is your favourite food???
Sekarang nieh, sangat suka ngan Kueh Teow Sup.

9. If the person you dislike is right in front of you, what will you do???
Wat-wat tak tahu sudah. Selagi dia tidak menganggu haku, aku okey jerk.

10. What do you pray each day for your loved ones???
Semoga dia akan berubah. If bukan untukku tapi untuk keluarganya.

11. What takes you down the fastest???
Perkara yang melibatkan HATI.

12. How would you see yourself in ten years time???
Its means, in 30 years old la. Hurm, maybe dah ada kerjaya sendiri. Dan mungkin sedang berbahagia bersama Mr.Right and mungkin juga sudah ada baby. Kah3... ini sekadar impian okey! Ku jugak mahu disayangi.

13. What is the reason that could make you so tensed up???
Bila masalah HATI dicampur adukkan dengan masalah BELAJAR. Bikin jiwa tensen lorh.

14. What kind of person do you think the person who tagged you is???
Seorang yang happy go lucky.

15. Would you rather be single and rich or married but poor???
Dua-dua ku tak hendak. Biar hidup sederhana, cukup makan, cukup pakai dan punya orang untuk disayangi dan menyayangi. Itu sudah cukup untuk aku.

16.Would you sacrifice for your loved ones???
Of course. Hati kalau dah sayang... telan cili padi sepokok pun tak rasa pape.

17. What's the character must have in your partner???
Jadi dirinya sendiri. Bukan orang lain.
Ada pegangan agama supaya bleh bimbing aku yang bengkok ini.
Hormat mak abah dan keluarga aku macam mana aku akan hormat keluarganya.
Terima aku seadanya aku.

18. If you fall in love with two people simultaneusly, who would you like to pick???
Entahlah... biar jodoh tentukan semuanya. =)

19. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing that someone has done???
Forgive - Sudah semestinya.
Forget - Susah mahu diluah dengan kata-kata coz kadang-kadang kita tak mampu melupakan sesuatu yang dah menyakitkan hati kita. Kan?

20.Do you prefer being single or having a relationship???
Sekarang - Being Single
Masa Depan - Mestilah nak berteman lorh.

21. What is your most embrassing moment???
Ntah la weh. Tak ingat dah.

22. Who are the 5 person that you would like to tag???
- Sape-sape
- yang
- rajin
- ambiklah
- dan buatlah.

okeylah, itu sahaja.
Assalamualaikum.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E476: Rindu Kalbu

Photobucket
image source: fajaril.net

Current Mood: Jiwa yang Melankolik

Hari ini melalui satu hari yang sangat smooth.
Kalau mengikut bahasa sastera; Sangat melankolik.
Dan cuaca jugak bagai turut sama mahu menyertai mood ini.
Bermula dengan kesakitan, tangisan dan akhirnya ketiduran.
Hari ini dilalui dengan satu 'rasa' dalam hati.

Usai solat Maghrib tadi, macam biasa on PC.
Melakukan aktiviti biasa iaitu blogwalking.
Dan entah bagaimana aku tersinggah ke satu blog.
Blog catatan harian seorang ayah kepada insan kecil bernama Amir Yusuf.
Mungkin korang tak kenal siapa itu Amir Yusuf.
Aku juga tak mengenali bayi kecil itu.
Langsung tidak mengetahui tentangnya sehinggalah malam ini.
Mungkin sudah terlalu lewat untuk menyelami rasa insan kecil itu.
Kerana insan kecil itu sudah hampir 2 bulan menemui Illahi.
Aku membaca coretan hati ayahandanya sedari saat Amir dilahirkan.
Sehinggalah ke saat pemergiannya yang abadi.
Berbaur rasa dalam hatiku.
Menitik air mataku melihat gambar-gambarnya.
Walaupun tidak jelas, tapi keadaan sekelilingnya memilukan.

Kuatnya bayi sekecil Amir Yusuf melawan kesakitan.
8 bulan 7 hari bertahan; Terus-menerus melawan kesakitan.
Aku rasa itu bukanlah satu tempoh singkat utk bayi sekecilnya.
Menyoroti setiap bait yang dicatat oleh ayahanda.
Adakalanya terasa pilu, ngilu menahan kesakitan.
Itu baru aku yang membaca; Apatah lagi tubuh kecil itu menanggung.
Saat membaca, berulang kali aku hadiahkan Al-Fatihah untuknya.
Yang pasti, Amir Yusuf kini di syurga Allah.
Mungkin sedang berbahagia di samping bidadari syurga.
Tiada lagi kesakitan yang harus ditanggung olehnya.

Tenanglah kamu di sana, duhai Amir Yusuf.
Kisahmu menyuntik ketabahan dan kekuatan di jiwaku.
.Al-Fatihah.

Menyusuri ceritera ayahanda arwah Amir Yusuf ini buat hatiku terasa sebak. Kisah bayi kecil ini sangat terkesan di hati aku. Benarlah kata orang; Kalau kamu merasakan berat dugaan yang DIA kurniakan untukmu, cuba kamu fikir tentang dugaan yang lebih berat yang ditanggung orang lain.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E475: Kebenaran - Full Story -
Monday, May 4, 2009

Photobucket
Image Source: DeviantArt

Current Mood: Nafasku Semput.

Hurm, penyakit 3 serangkaiku kembali.
Batuk + Sakit Dada + Semput.
Sampai abah cakap, " Tiap kali cuti mesti sakit."
Huhuhu, ape nak buat badanku tak tahan sejuk.
Langkawi sedari semalam dibasahi hujan.
Sangat enak berdating sama katil dan comforter tebal.
So, suasana hari ini bagaikan berada di tanah tinggi gitu.

Penyakit nieh suma gara-gara bajet kental la
time dok melayan citer Brainscan dan Heart kat Youtube ptg tadi.
Bajet kental la on kipas no 3 and tak gerakkan kipas tueh.
Memula terasa sejuk satu badan; Wat-wat tak reti.
Pastu dada mula terasa sakit; Terus slowkan kipas and kasi gerak.
Dan padahnya; Dah mula terasa semput sekarang nieh.
Harap-harap tak kena selesema.
Kalau tak memang akan merana satu badan la jawabnya.

Okey, lupakan soal sakit semua.
Mahu bercerita soal Kebenaran Yang Dah Terungkap.
Sakit memang sakit. Pahit memang pahit.
Tapi itulah yang aku nanti-nantikan hampir sebulan ini.
Sedar tak sedar, dah dekat sebulan dia pergi.
Dan beberapa hari lepas, dia kembali.
Mengambil berat soal kesihatanku; Macam tahu-tahu jer.
Mengembalikan ketawa dalam diriku; Dah lama rasanya tak gelak.
Dan malam ini, dia menjawab semua soalan cepumas aku.
Semua soalan dijawab secara cepat, pantas dan spontan.
Paling perit, bila dia mengakui yang sebenarnya dia tak mahu lepaskan aku.
Aku ketap bibir. Menahan tangisan.
Aku tak mahu dia dengar tangisan aku.
Aku tak mahu dia nampak aku lemah sangat.
Tapi, macam yang selalu terjadi aku gagal menyembunyikannya.
" Awak jangan menangis pasal saya lagi. Saya tahu saya dah cukup buat awak terluka."

Entahlah, bersama dia aku terasa amat lain.
Menyayangi dia tak seperti aku menyayangi orang lain.
Aku tahu kenapa aku berperasaan begitu.
Sejahat-jahat dia, dia masih terima dan hormati 'cara' aku.
Dia masih jaga apa yang boleh dan tak boleh tika bersama aku.
Kawan, aku tahu kamu dah fikirkan macam-macam tentang dia.
Terutama mereka yang melihat aku pada malam kejadian itu.
Faz, segala kata-kata kamu malam tu semua betul.
Kamu bercakap dari sudut pandangan mata seorang lelaki.
Kamu nampak apa yang aku tak nampak.
Dan salahku juga kerana tak pernah minta pendapat kawan lelaki.
Tapi maafkan aku, kawan-kawan.
Aku tak mampu benci dia sebagaimana kalian bencikan dia.
Aku kenal dia dari dua sudut berbeza.
Baik dan buruknya sama banyak, kawan.
Dan sebanyak mana dia pernah buat aku kecewa dan menangis
Sebanyak itu jugaklah dia pernah buat aku ketawa dan bahagia.

Maafkan aku.
Aku tak mampu bencikan dia.
T________T

Selamat Hari Lahir ke-21, Sulhi. Good Luck untuk final exam awak.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E474: Kebenaran

Photobucket
Image Source: nooriskandar.deviantart.com


Current Mood: Ku Pujuk Hati Sendiri.


Kebenaran yang aku nanti-nantikan.
Persoalan yang telah terjawab.
Jawapan yang telah pasti.

Dan kini, aku sendiri.
Dalam rasa yang masih berdua.

Awak, terima kasih kerana menjawab semua soalan hati saya. Hari ini saya telah tahu kenapa begitu lainnya rasa ditinggalkan.
Wanie, satu jerk yang aku tak beritahu kamu tadi. He's crying!


bunga With Love; Nut Yaa bunga


Lagu Hari Ini: Marshanda - Ketulusan Hati
Saturday, May 2, 2009


Download this Song: Marshanda - Ketulusan Hati ( OST Aqso & Madina )

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah

Lagu ini kudengar saat aku hilang keyakinan. Saat memujuk hati sendiri agar redha dengan segala yang telah ditentukan. Part favouriteku pastinya... Ya Allah, redhai ketulusan hati. Ya Allah, beri aku ketabahan. Hati bagaikan terpujuk secara tiba-tiba


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E473: Apelah Nasib



Current Mood: Ngantuk.


Apelah nasib ko yer blog.
Dah dapat layout baru, dirimu terbiar layu.
Hahaha, ayat tak lei blah dowh.

Sebenarnya, dah berniat nak mempublish entry secara bundle.
Banyak sangat benda yang mahu dikongsi.
Pengalaman, keceriaan, kesedihan.
Tapi, masa pulak yang tak mengizinkan.
Kenapa? Hahaha, menjadi kutu rayau la sekejap.
Dua hari lepas, telah keluar bersama teman sekolah.
Pergi membeli handbag baru dan menonton wayang.
Bila dah petang baru ingat nak balik. Bak burung pulang ke sarang.
Sampai jerk umah, mak ngan abg ajak pi kebun.
Tengok tebu yang baru nak tumbuh.
Dan sempat membasahkan diri dengan air sungai yg sejuk.
Balik jerk, ambik adik kat sekolah.
Dan selepas Maghrib, keluar lagi bersama family pula.

Dan hari ini pulak tidak ke mana.
Cuma keluar petang tadi sebab nak hantar my bro ke airport.
Dia sudah mahu pulang ke Kuala Lumpur sana.
Sempat juga makan Laksa kat tepi laut.
Owh, enaknya.
Balik rumah, abah pula ajak merayau.
Hahaha, sangat seronok merayau bersama keluarga
sebab tak payah kena leter sebab balik lambat ke apa.
Merayau la kami pusing pulau, makan burger dan pulang.
Sampai umah jam 12. Layan Hagemaru sekejap.
Masuk bilik dan layan lappy pulak.
Membuka blog dan baru tersedar yang blog kegersangan.
Hahaha, dapat rumah terus tak sedar diri.
Padahal dulu, ari-ari merintih melalak kat blog cakap nak balik rumah.
Dah dapat rumah, blog pula bagai tak berjasa.

Owh, mari memandang ke jam.
Hah! 5.42 pagi?
Oh tidak! Sekali lagi.
Sindrom lama kembali.
*histeria sekejap. T____T

Dua hari ini, si dia asyik menemani aku. SMS tak lekang. Argggh, hati! Tolong tegarkan hatimu. Dia sebagai teman lebih baik dari dia sebagai kekasih. At least, kamu tahu yg dia ada denganmu. Hati, tolong la jangan pengaruhi minda ya!


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E472: Handle With Care
Friday, May 1, 2009

Photobucket
image source: deviantArt

Current Mood: Terkilan.

Hati, satu benda yang sangat sukar difahami.
Apa lagi untuk diselami dan diterokai.
Menguruskan soal hati memerlukan daya kesabaran yang tinggi.
Kerna ada kalanya, hati sering bertingkah laku.
Cuba mempengaruhi minda tentang sesuatu.
Orang kata, kalau ikut hati mati.
Mungkin ia, mungkin jugak tidak.

Hah! Sudah malas bercerita soal hati.
Kalau melibatkan percintaan itu, memang sah2 la libatkan hati.
Bagaimana pula dengan halnya bila ia bersoalkan persahabatan?
Kadang-kadang, terasa sangat susah untuk menjaga hati orang.
Menjaga hati sendiri bertambahlah susah.
Tapi bagaimana pula dengan orang yang tak tahu menjaga hati?
Secara tidak sengaja tueh, okeylah.
Dah nama pun manusia tak sempurna, right?
Tapi, yang bikin aku panas hati.
Yang tahu dan mengerti tapi saja buat2 tak tahu.
Setiap hari bercerita perihal yang sama.
Tapi kepada orang yang salah!

Kepada yang berkenaan, susah sangatkah mahu menjaga hati org?
Kamu kata kamu pernah terluka.
Dah tu, takkanlah kamu tak mengerti ape rasanya terluka.
Atau kamu memang suka untuk menyakitkan hati orang.
Mungkin kamu tak tahu, kerna kamu ada segalanya.
Mungkin kamu hanya akan belajar bila kamu hilang semuanya.
Mungkin juga kamu tak tahu sakitnya menerima penolakan.
Dari seorang sahabat yang sangat kamu sayang.
Kamu saksi segalanya yang terjadi.
Kamu lihat dengan mata kepala kamu sendiri.
Kamu dengar setiap tangisan dengan telinga kamu sendiri.
Kamu lihat bagaimana sakitnya lepaskan pergi.
Kamu kata kamu pernah merasai.
Tapi, kenapa perlakuanmu tak mengambarkan percakapanmu?

Aku marah bila kamu buat kawan aku sedih.
Aku geram sangat sebab kamu bagai sengaja tak mahu mengerti.
Aku rasa macam mahu penampar kamu supaya kamu sedar diri.
Dan kalau boleh jugak, aku mahu penerajang kamu
agar kamu tahu erti sakit sebenarnya.
Tapi aku tahu, itu bukan caranya.

Kamu, boleh tak kamu belajar tentang sesuatu?
Belajar bagaimana mahu menjaga hati orang lain.
Kamu mahu orang lain menjaga hatimu, kan?
Tapi cuba kamu fikirkan tentang ini...
Bagaimana orang lain mahu menjaga hatimu
andainya kamu tak mahu menjaga hati orang lain.

Menjaga hati... fikir dan fahamilah sekadar yg kamu mampu. Dan belajarlah meletakkan diri sendiri di tempat org lain. Ego pun tak ke mana.


bunga With Love; Nut Yaa bunga



All Right Reserved | Nut Yaa | 2009
Original Banner Picture: DeviantArt | Modified: Nut Yaa | Screen Resolution: 1024 x 768px | Best View: Firefox