Link_Me .
Thank .
Host:01 02 03
Images Source:04 05 06

E471: Hanya DIA Tahu
Thursday, April 30, 2009

Current Mood: Try to be Strong.Tajuk entry dipinjam dari tajuk novel baru Aleya Aneesa. Novel kedua yang sedang dalam proses pembacaansetelah berjaya menamatkan pembacaan novel Cinta Dua Jiwa. Karya oleh Rania Firdaus yg ku borong di Pesta Buku. Berbaki lagi tiga untuk dibaca. Novel tu masih baru sangat dibaca. Baru memasuki muka surat 39 daripada499 muka surat. Orang kata, baru dalam proses mengenali watak. Okeylah, menulis entry ini bukan utk bercerita soal novel.Bercerita soal hati jugak bukan. Sebab, kalu soal hati hanya yang ada jawapan pastihati masih berusaha sekeras mungkin. Hanya DIA tahu sekeras mana hatiku sedang berusaha.Hanya DIA tahu betapa aku cuba untuk meredhakan segalanya.Hurm, sekali nieh dah penghujung bulan April.Kalau mengikut perkiraan dan kaji selidik 3 sem berturut-turut.Minggu terakhir April dan setiap hari Khamis. So, result mungkin akan keluar esok.Entahlah, tawakal saja kepadaNya. Kalau nak diikut dari segi performance exam lepas rasanya macam kelam kelabu jerk. Usaha memang usaha. Kira redha sajalah. Esok jugak, akan keluar dgn kawan.Menceriakan hari-hari yang ceria nieh. Kawan mahu mencari barang. Aku pula mencari diri yang hilang.Okeylah tu, dari tak cari ape-ape. Oklah, mahu beradu. Sleep tight Sweet Dream. Assalamualaikum.
With Love; Nut Yaa 
E469: New
Tuesday, April 28, 2009

Current Mood: Tunggang-Terbalik.Setelah hampir dua tahun bersama layout sama. Akhirnya aku membuat keputusan untuk beralih arah.Satu keputusan yang tak mudah diambil.Tapi harus dilakukan.Setelah separuh hari menghabiskan masa depan lappy.Mengedit pix banner dan jugak mengedit coding. Akhirnya, terhasillah layout baru ini. Ada benda yang aku kekalkan dan ada jugak yg dibuang. Payah jugak utk tentukan mana yg patut kekal. Tapi telah memilih sebaik mungkin. Akan ditambah / dikurang next time. Ku dah pening kepala mengadap HTML and CSS. Huhuhu, bikin kepala pening otak biol kejap. Lupa makan, lupa segalanya hanya kerana layout baru. Sebab aku harus menukar secepat mungkin sebelum otak beralih arah menukar keputusan. Aku harap dengan wajah baru ini akan menjadi titik tolak pada perubahan aku mungkin. Ya, aku perlu berubah. Mungkin inilah caranya untuk melupai kisah silam. Sesungguhnya, kalian harus tahu. Yang aku telah berusaha sekeras mungkin utk berubah. Ianya menyakitkan tapi itulah yang terbaik.Nota Kaki: Semalam genap setahun lappy ini berkhidmat utk aku. Thanks lappy. Kau saksi tawa dan air mataku.
With Love; Nut Yaa 
E468: Home Sweet Home
Monday, April 27, 2009

Current Mood: Penat SesangatAlhamdulillah, semuanya selamat.Aku selamat sampai di  lebih kurang jam 11 mlm. Perjalanan yang sgt  . Dpt melakukan semua aktiviti yg dirancang. Dpt berjumpa rakan2kecuali 3 org iaitu Maz, Yus and Atok. Maz; Takde Transport.Yus; Kerja Malam.Atok; Busy BangatHuhuhu, takpe-takpe. Tunggu bulan enam nanti. InsyaAllah akan kembalike Kuala Lumpur. Hahaha, nak sopin puas-puas time tueh. Nasib baik takde Pesta Buku. Kalu tak memang akan ku borong habis-habisan. Okeylah, sampai Langkawi Sabtu malam. Ahad pagi telah keluar pulau balik. Aikk, gile kejap balik cuti. Hahaha, idoklah begitu. Cuma pergi ke Changlun bersama big and lil bro. Mak jugak. Pergi menziarahi Tok ngan Wan kat sana. And alhamdulillah selamat sampai ke rumah tghhri td. Berasa sgt keletihan. Tapi puas! Okeylah, later akan hapdet tentang pengalaman baru. Pengalaman menaiki flight.  Seronok tahu! Best sgt! Sgt cepat! Tak sempat habiskan walau sebungkus M&M kecik! Sekarang mahu beradu sepuasnyadi dalam bilik beta. Di atas katil empuk beta bersama comforter tebal. Ditemani beberapa 'ekor' dayang kecil. Good Night. Sleep tight. Sweet dream. Assalamualaikum. Nota Kaki: Senang untuk melupakan di ingatan tetapi terlalu sukar untuk memadamkan dia di hati. =(
With Love; Nut Yaa 
E467: Bermula Satu Perjalanan
Friday, April 24, 2009

Current Mood: Sgt MengantukAku akan mulakan satu perjalanan.Sungai Petani - Kuala Lumpur - Pulau LangkawiYang mengambil masa selama dua hari.24 April 2009 - 25 April 2009. Doakan perjalanan aku!
Nota Kaki: Ku baru sedar rupanya antara kami ada deria ke6.
With Love; Nut Yaa 
E466: Apelah Nasib
Wednesday, April 22, 2009
Current Mood: Missing.Sgt tensen sekarang. Sebab broadband yg giler lombab.Bikin ku sakit hati dan sakit jiwa saja. Nak open blog terpaksa refresh berkali-kali. Begitu jugak bla nak create new posting. Sekarang nieh, view blog rakan-rakan pun sekadar di Google Reader sahaja. Tak mampu nak melihat layout kalian yg cantik2 itu. Nasib baik Yahoo Messenger masih okey. Takdelah bikin jiwa kaco hati gelisah sangat. Walaupun tenet giler lombab. Masih berusaha mencari cuma sekeping pix. Sebab terasa sgt tak puas hati. Bla terpaksa publish entry kosong without pix. Untuk rakan-rakan, segala tag and award akan dikutip nnt.Sebaik sahaja menggunakan tenet streamyx di rumah. Okey, Jumaat nanti akan bergerak ke KL.Rakan-rakan sedia menunggu di sana. Sedia menghabiskan duit di Pesta Buku Antarabangsa. Biarlah ku terpaksa isytihar bankrup sekalipun. Aku rela! Aku redha! Huhuhu... Manakala, Sabtu malam akan fly pulang ke Langkawi.Bersama my big bro from LCCT to Langkawi International Airport. Mak! Kali ini ambik akak kt airport tau! Bkn kat jeti lagi. Hahaha, giler berlagok! Okeylah, nak teruskan menjana idea.Untuk my new cerpen; InsyaAllah. Balik nanti akan berusaha siapkan blog layout pulak. Salam. Nitez. Sweet dream. Nota Kaki: Sekali rindu itu mengamit, pedihnya sukar untuk diubati.
With Love; Nut Yaa 
E465: Apa Maknanya Buhsan?
Monday, April 20, 2009

Current Mood: BuhsanSangat bosan hari nieh. Kenapa? Sebab aku seorang di rumah.Bertemankan si kembar kaler oren berekor. Huhuhu... tahukah apa? Pastinya kucing peliharaan Mak Lang ngn Pak Langku. Yang sangat suka pada kaki orang. Argghhh, trauma kejap aku bla dia di kakiku. Rasanya tak lama lagi adalah badanmu di kakiku.Huhuhu. Sebenarnya sudah tidak sabar mahu pulang ke Langkawi.Sudah teramat rindu pada semua benda di sana. Family, rumah, bilik, katil dan segalanya tentang Langkawi. Tapi harus bersabar hingga la Sabtu nieh. Satu lagi yg menganggu kepala otak aku bila teringat akan Pesta Buku Antarabangsa di KL sana. Waaaa.... nak pegi! nak pegi! Tapi, duit tak ada! Huhuhu...itulah. Terlampau boros bulan nieh.Blum hujung bulan dah hampir kering kontang. Aku rasa bila sampai jer Langkawi nanti. Terus kena istihar bankrup.Huhuhu....sangat sedih maa. Okeylah, layan PS lagi bagus dari layan tenet lombab nieh. Huhu...bukan PlayStation la bunguk! Tapi PhotoShop lah pandai! Nota Kaki: Perlukah aku percaya pada penjelasannya?
With Love; Nut Yaa 
E464: Tika Dinihari
Thursday, April 16, 2009
Current Mood: Crying In the Dark.Saat ini berada dalam bilik kecil di rumah Wanie. Dia dan emaknya dah tidor. Tinggal aku jerk. Entahlah, hari ni terasa semuanya serba tak kena.Sedari membuka mata pagi tadi sampailah saat ini hati ini terkenangkan dia. Dia yg sudah berlalu. Terlalu banyak perkara yang mengingatkan aku padanya.Menahan perasaan sedari pagi tadi. Akhirnya, air mata itu jatuh jua sekejapan tadi.Maafkan aku, teman. Aku tak sekuat yang kamu sangkakan. Aku tak mampu menipu hati saban waktu. Aku sedar aku menyayangi orang yang salah.Tapi, salahkah perasaan itu setelah hatiku serahkan pd dia? Aku tahu dia sedang bahagia dengan yg lain. Aku sedar dia telah membuang aku sejauhnya. Dan aku jugak sedar, mengingatinya mean nothing for me.Tapi, aku jugak sedar hati aku tak mampu dibohongi setiap saat.Sesungguhnya, aku benci berperasaan begini.Perasaan yg akan saban waktu membelai hati. Arggghhh, sangat benci sekali. Nota Kaki: Air mata itu kembali. Oh Tidakkkk!
With Love; Nut Yaa 
E463: Finale
Sunday, April 12, 2009
Current Mood: Happy tapi Sangat RisauOkey, final sudah tamat dgn jayanya jam 3.45 ptg td. No comment sgt pasal exam sbb sgt haru-biru. Terlampau banyak kisah iklan yang banyak duka dari suka. Sampai kadang2 buat hati ini macam tak berperasaan.Yg pasti, ku dah cuba sehabis baik.Cuba untuk fokus; Cuba untuk kembali macam biasa. Mencuba secara keras-kerasan sampai hati xlei terima. Hurm, tenet kat Tambun bermasalah. Nasib baik my big bro kasi pinjam dia nyer broadband.So, takdelah aku mati kutu xde tenet. Akan pulang ke kampung Selasa ini. Bermalam di rumah Wanie, dan pulang ke kampung. Then ke Kuala Lumpur sebelum terbang pulang ke Langkawi. Mengharapkan sesuatu yg terbaik utk cuti kali ini. Ku tak mahu terlalu terkenangkan si dia. Ku tak mahu terlalu melayan perasaan.Ku tak mahu berendam air mata.Ku mencuba sekeras-kerasnya. Okeylah, should go now.Need to rest and dapatkan tido yg cukup. Dengan ini, aku merasmikan penutupan Semester 4 jugak penutupan Tahun 2 ini. Banyak pengalaman tak terduga; Guru di masa depan.Babai, assalamualaikum.
With Love; Nut Yaa 
E462: Kenyataan
Saturday, April 11, 2009
 Current Mood: Still Dalam Kejutan. Membisu semalam. Kejutan demi kejutan mengunjungi aku. Lelah mengurut dada. Menarik nafas panjang. Hurm, entah apa lagi yg aku tak tahu.Nota Kaki: Walau kini terasing, aku mahu melihat perubahannya. Itu doaku!
With Love; Nut Yaa 
E461: Ceritera Dalam Lagu
Friday, April 10, 2009
 Current Mood: I'm Ok Ada sesuatu yang mahu ku kongsikan. Mereka kata ianya ada kena mengena ngn aku.Ok, dengar dulu ok! Download This Song: Irwansyah - Camelia.mp3camelia... maafkanlah aku karna ku tak bisa temani tidurmu
camelia... lupakanlah aku jangan pernah lagi kau temui aku
kau wanita terhebat yang pernah singgah di hatiku kau wanita yang tegar aku mohon lupakanlah aku
sudahlah jangan menangis lagi ku rasa cukup sampai di sini mungkin di suatu saat nanti kau temui cinta yang sejati
sudah cepat lupakanlah aku jangan pernah ungkit masa lalu ku takut kekasihku pun tahu kau pernah menjadi simpananku Lagu ini mereka ada mainkan time ku ngah nangisMereka kata mereka terperasan secara tak sengajayang lagu neh lebih kurang kisahku.Bila ku tengok liriknya, lebih kurang sama la. So, tak payah la aku nak citer. Dengar dan fahamkan lagu tersebut. You will know the Sad Story of Mine. Sebab musabahnya biarlah mereka saja yg tahu.Aku mungkin berhenti memblogging sekejap. Sehingga perasaan aku kembali mungkin. Entahlah, aku tak mahu terlalu banyak cerita sedih di sini. Walaupun aku tahu, setiap manusia. Punya 'novel' mereka sendiri.Dan inilah 'novel' kehidupan seorang aku. Nota Kaki: Setiap kali bangun tido, aku mesti pikir yang aku dan dia still punya ape-ape.
With Love; Nut Yaa 
E460: The Sad Story of Mine
Thursday, April 9, 2009
image source : xoverxthinkingx.deviantart.comCurrent Mood: Menahan RasaBagaimana kalau kamu harus berhenti menyintai seseorang hanya kerana satu kesilapan di waktu silamnya? Bagaimana kalau kamu harus belajar menerima hakikat bahawa si dia yg kamu cintai bakal menjadi milik orang? Bagaimana kalau kamu harus berhenti menangis atas permintaan si dia yang kamu cintai? Bagaimana caranya kamu mahu berfikir secara rasional jika kamu merasakan semuanya bagai sebuah plot drama? Bagaimana caranya untuk kamu mengambil kembali hati kamu tanpa ada walau sedikit pun luka yang berdarah? Dan bagaimana akhirnya kamu perlu menyakini sebuah takdir yg kamu dilukai saat hatimu telah sepenuhnya kamu serahkan pd dia? Sesungguh, aku juga belum punya jawapan. Untuk semua persoalan-persoalan itu.
Semalam aku tak mampu menaip walau satu perkataan.Aku tak mampu mengarang walau satu ayat sekali pun. Aku tak mampu berfikir apa-apa pun. Aku hanya mampu mengingatkan 'sesuatu'.Dan 'sesuatu' itu buat air mata aku tak terhenti.Aku menerima sebuah kejutan demi kejutan.Mulanya, aku cuba berlagak sabar dan kental. Cuba menyakini hati sendiri bahawa itu semua karut. Tapi bila mendengar sendiri dari mulutnya walaupun bukan aku yg sedang berbicara; melalui Wanie. Kakiku longlai tiba-tiba. Terduduk di muka pintu dapur. Tangisan bertukar menjadi kuat. Aku sangat-sangat kecewa di waktu itu. Mereka semua datang kat aku. Cuba menyabarkan aku. Tapi sungguh aku katakan. Yang aku tersangat kecewa waktu itu.Tanpa sedar, aku menangis agak lama.Usai membasuh muka, aku masuk bilik.Aku pandang keliling. Aku nampak bunga ros kain, aku nampak beg galas Nike,aku nampak tag couple bunny yg tergantung di encetku. Kekuatanku sekali lagi melayang.Aku kosongkan beg, aku buka tag itu. Aku simpan. Then aku duduk depan lappy. Ada seorang kawan mem'buzz'ku di YM. Saat dia bertanya, "Kamu ok ke?" Air mata itu tumpah lagi. Dia tak nampak. Ku balas dgn sejujurnya; Memang waktu itu ku tak ok. Lama kami berbicara bisu di screen lappy. Byk kata-kata darinya yg buat aku berfikir.But sometime, aku menangis sambil menaip.Xpe, dia tiada di hadapan aku. Sebab itu aku bleh bercerita tanpa segan silu.Buat kawan yg sudi menemani hingga jam 6 pg semalam. Thanks alot, friend.Kamu buat aku berfikir byk benda. Dan aku harap aku bleh bertahan dlm keadaan begini.Lepas solat Subuh, ku terus tidur. Bangun jerk, terasa sedikit lain.Tengok encet, macam biasa ku kecewa. Pandang keliling bilik. Mereka tiada. Terasa sgt kosong. Sgt sunyi dan sepi. Terus bangun, basuh muka and gosok gigi. Then terus buka lappy and online. Penat online, join Ain ngn Wanie tgk tv. Lepas tu, mereka pulang dari exam. Mereka ajak makan. Aku ikut jerk tanpa byk soal. Tp tekak terasa perit. Umpama menelan pasir. Try habiskan jugak sebab tak nak tunjuk perasaan pd mereka. Buat mereka, kawan dan teman ; Ku sayang korang sgt.Semalam baru ku tahu dan ku sedar byk benda.Maaf, aku menyusahkan kalian.Aku tak bermaksud. Cuma aku sgt kecewa diwaktu itu. Nota Kaki: Langsung tak mampu nak cakap dekat mak. Sebab kalu ku citer pasti air mata akan tumpah lagi.
With Love; Nut Yaa 
E459: Kisah Hati
 Bila hati mula te'rasa' Mulut lantas membuat pengakuan. Hati ini bagaikan dikunci hanya utk dia. Bila rasa itu telah tiada kenapa dia tak pernah nak pulangkan kunci itu semula. Agar aku boleh buka, lepaskan perasaan itu pergi. Dan kuncikan semula hanya untuk aku. Kenapa dia pilih untuk biarkan aku mengopak pintu hati aku sendiri? Kenapa dia biarkan aku berusaha mencari kunci penduanya? Dan kenapa saat aku telah jumpa kunci pendua itu dan hati telah selamat dikunci... dia kembali. Kembali untuk mengambil kunci pendua itu. Dan entah kenapa juga hati ini tak pernah serik untuk serahkan kunci hati untuk dia. Akhirnya, kunci pendua itu jugak telah aku serahkan pada dia. Dan sekarang aku tak tahu apakah masih punya cara untuk dapatkan kembali kunci pendua itu? Akhirnya, dia serahkan jugak kunci pendua itu padaku. Dia serahkan dengan cara yang sangat membunuh hatiku. Aku tak dengar ape-ape pun dari dia. Dan secara tiba-tiba, kunci itu ada di tanganku. Pedihnya terasa bila terpaksa buka pintu hati sendiri. Dan membuang perasaan itu sendiri. Perit! Dan hari ini, aku kena membersihkan hati aku. Sebelum aku menutupnya sebelum ada yg lain mahu singgah. Menutup pintu hati kali ini, aku tak tahu untuk berapa lama. Mungkin satu hari nanti akan ada seseorang yang akan membuka pintu hati dengan cara paling berhemah. Meninggalkan satu rasa pada hati dan dia akan menutup pintu hati itu tanpa keluar darinya lg. Nota Kaki: Bila aku buka mata pagi ini, aku rasa aku dah kehilangan sebahagian dari diri aku dan aku tahu ianya akan mengambil seluruh hidup aku untuk melupakan.
With Love; Nut Yaa 
E458: Surat Cinta
Wednesday, April 8, 2009
Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya. Saya telah menolak awak. Tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak. Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan awak berjanji, saya bukan salah seekor dari kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak. Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa. Dewasa menjadi cinta. Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian. Dan saya mula terfikir. Saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak. Rupanya awak ada di sisi saya selama ini. Dan baru saya sedari, tika dan saat itu. Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta. Dan telah nyata, saya tak temui, noktah cinta itu… Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selam.Di sana, saya tak mampu melihat cahaya. Awak beri saya harapan yang sangat besar. Dan akhirnya, awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam…. Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di sudut hati, saya merasakan, bahawa awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta. Dan mungkin takkan pernah dewasa… Atau mungkin juga, awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang… Jadi, selama ini, siapa saya sebenarnya di hati awak? Adakah selama ini, awak sebenarnya tak pernah mencintai saya? Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati? Siapa yang mengajar saya, bahawa cinta itu perlukan pengorbanan? Siapa yang memberitahu saya, agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri? Awak… Awak mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi saya pula seorang perempuan yang percaya, bahawa dalam hidup saya, saya hanya akan ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan. Kita hidup sekali, mati sekali, dan mencintai sekali. Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap bahawa saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap. Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biar pun pada ketika awak berada di sisi saya… Setiap saat, saya mengingati awak… Seumur hidup ini, saya mencintai awak. Awak, sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya… ‘Kalau suatu hari, awak kehilangan sepasang mata, saya akan memberi sepasang mata saya, agar awak dapat melihat semula. Meski pun untuk itu, saya harus buta buat selama-lamanya… ‘Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meski pun untuk itu, saya harus bisu buat selama-lamanya… ‘Dan kalau suatu hari, awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya, agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya. Meski pun untuk itu, saya tiada lagi di dunia ini…’ Semuanya untuk awak. Tapi sayang, awak tak pernah tahu…. Seseorang pernah berkata - ‘If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place…’ Awak… Dengarlah… Saya mencintai awak. Terlalu mencintai awak… Dan kerana saya mencintai awaklah, saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya berdoa, supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti, awak akan memahami, apa erti cinta yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya, terlalu mencintai seseorang. Dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya. Awak… Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita. Saya tahu, ada hikmah di sebalik semua ini.Dan saya tak akan menyoal. Saya juga tak pernah kesal. Sekurang-kurangnya, sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya. Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali semula pada saya. Itu bukanlah harapan saya.Tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan. Dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik. Di mana pun awak berada, awak tetap bertakhta di hati saya. Dan di mana pun saya berada, saya akan tetap mencintai awak. Awak, maut sekali pun, tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta saya pada awak… Aku merasa ada yang hilang tanpa tahu apa yang sudah aku temukan.Aku merasa menemukan tanpa tahu apa yang aku cari.Dan aku seperti masih mencari tanpa tahu apa yang sudah hilang.
Nota Kaki: Mungkin sudah sampai masanya untuk aku berhenti mencintai seseorang. Tuhan, tolong redhakan hati aku dgn keputusan ini.
With Love; Nut Yaa 
E457: A Big Day
Sunday, April 5, 2009
Current Mood: RinduAllah selamatkan Abah Allah selamatkan Abah Allah selamatkan Abah ku sayang. Allah selamatkan Abah.
Hari ini; 5 April 2009Hari ini adalah Hari Lahir Abah Tersayang.Abah, thanks for being a great dad for our family. Akak tahu abah dah lakukan segala-galanya utk keluarga kita.Sebab abah jugak, akak kenal apa erti kuat berusaha.Apa ertinya sabar, tabah dan cekal.Abah bukan seorang penjawat awam.Bukan jugak pekerja swasta. Tapi abah adalah orang yg membesarkan anak-anaknyadengan tulang empat kerat beliau.Abah tak pernah kenal erti putus asa. Thanks abah! For being my everythings.Sebab Abah jugak, aku tak pernah kenal erti takut pd komputer.Nota Kaki: Perasaan bercampur baur hari ini. Hari besar utk Abah dan juga Hari 'Sesuatu' utk hati aku... =|
With Love; Nut Yaa 
E456: Final
Saturday, April 4, 2009
image source: sempiternal1.deviantart.comCurrent Mood: SedihHuhuhu, aku ngah sedih giler nieh Camera kesayangan aku wat hal.Entah mana silapnya, setiap kali take a pix. Kat tempat cerah sahaja, pix tu akan jd putih semua. If kat tempat gelap pix dia ok jerk. Semuanya jadi after aku serahkan cam tu kat adik2 aku. Tah ler, nak marah pun benda dah jadi. Alih2 aku layan sedih sorang-sorang. Walaupun ianya sekadar Canon A460, tp dia kesayangan aku.Tu jer yg aku ada sekarang nieh. Sedih, geram, marah semua ada skrg nieh. Td after nangis terus tido. Malas nk layan perasaan. Okeylah, lusa peperiksaan finalku akan bermula.Banyak perasaan sekarang nieh. Takut, seram, tak confident dan macam2 lagi. Subjek-subjek yg nak final nieh semuanya subjek hurm. Isnin - Communication in An IT EnvironmentSabtu - Introduction to Data CommunicationAhad - Tamadun Islam.Jadual yang entah apa-apa.Kasi break punyalah panjang. Berita yg gumbira sket, aku mybe xyah stop blogging.Sbb abangku kata nak kasi pinjam celcom broadband dia. Baguslah, xdelah perit sgt hidup aku kat kampung nnt. Kang macam tikus tertelan kapur lak gayanya. Serba tak kena lor kalu hidup without tenet. Okeylah, aku nak mula study.First subject yg menuntut banyak perhatianWalaupun aku tak mengharap ape-ape darinya. Sekadar lulus sudah cukup utkku. Sebab courcework pun alahai cukup makan jerk. Babai... doakan aku yer. Utk kawan2, ku doakan yg terbaik utk kalian.Masanya telah tiba untuk kita buktikan siapa kita.Lakukan sehabis baik. Then tawakal kepadaNya.Nota Kaki: Selamat berjuang, teman-temanku!
With Love; Nut Yaa 
E455: Sorry My Dear Friend

Current Mood: ThinkingUntuk kesekian kalinya; Aku minta maaf, teman.Aku merosakkan mood semalam. Aku tahu rupa aku bagaimana semalam. Entahlah, aku try to fix that feeling. Try hard! Tapi akhirnya benda yg aku try elak itu terjadi jugak. Itulah; Kan aku dah kata. Aku xde pun xpe.Semalam; Kami kluar ke JJ utk menonton wayang. Nonton citer Fast&Furious bersama teman-teman lain. Ramai sgt kawan semalam, bli tiket smpi RM200. Tapi dalam ramai-ramai itu, aku still bleh lost dlm dunia aku.Then, movie time kena delay lak 30 minute. Bertambah hebat lak perasaan aku. Dgn suasana yg bising dan sangat sesak semalam. Aku mula rasa rimas, lemas dan nak melarikan diri.Dan something yg orang tak tahu. Aku hampir menangis kat JJ tu sekali lagi. Memang try hard utk tahan perasaan tu. Sampai hati jadi sakit, mata merah, hidung pedih. Semuanya gara-gara bermesej ngn si dia.Sebab? Aku pompuan.Lewat malam. Chiow... fikir-fikirkanlah. Nota Kaki: Bla difikirkan mmg patut pun dia risaukan aku. Kami semua pompuan. Anythings can happen last night.
With Love; Nut Yaa 
E454: Emotional
Friday, April 3, 2009

Current Mood: Sakit Kepala.Sangat emotional sehari dua nieh. Dont know why. Try to fix this feeling.But, i can't. Keep silent.Sampai orang nak tegur pun takut. Semalam, asyik membisu.Dorang ajak kuar mam lunch pun tak nak. Senyum jauh skali la. Itulah, aku nieh tak lei emotional. Aku bleh jadi sebisu-bisu umat. Huhuhu. Hari ini pun sama macam semalam. Keep silent. Aduh, ku bkn dlm library pun. Yg always nak keep silent. Tengah hari tadi, meka semua ajak aku kuar.Pi rumah Azie kat Kampar coz nak hantar barang2 dapur. Mulanya aku tak nak ikut. Malas. Tapi setelah diajak Wanie melalui 'silent way'aku pun okeylah. Btul cakap Wanie; Keluar bleh melapangkan hati dan perasaan.Malam nieh pun akan keluar lagi; Atas paksaan dorang gak. Memula aku pikir malas nak ikut. Pasal duit minggu nie sgt laju macam air mengalir. Kalu keluar tu pepaham jelah. Macam-macam benda yang nak dibeli. Tadi time kat KFC Tesco Kampar... KFC lagi! time mengumpul duit utk beli tiket wayang. Aku dah diam membisu. Malas nak masuk campur. Saja wat konon2 ngah menikmati kentang putar yg best tueh. Then dorang sebut2 pasal aku... aku senyum jer. Masing-masing dah ugut aku dah.Aku senyum lagi. Malas. Alih-alih, Ain ambik wallet aku kuarkan duit RM10. Owh, okey! Aku pegi. Tapi aku diam jelah. Ku kata ape; Ingat aku heran ngn RM10 tueh.Dlm hati mmg dah nekad. Kalu ati tak nak pi mlm nieh biar jer burn. Tapi aku rasa aku pegi kot. Malas menahan perasaan. At least kalu aku kuar ngn meka, they always make me laugh!And bleh wat aku terlupa dgn perasaan 'silent' aku nieh. And malam nieh; Akan keluar bersuka-ria bersama mereka.Akan bergelak ketawa dengan mereka. Akan mengumbirakan diri sehabis mungkin. That why I say; Aku sayang sangat dgn mereka.Walaupun kadang-kadang ada yg menyakitkan hati. Tapi merekalah yang selalu buat aku gelak macam orang gila. Kalu keluar dgn mereka, mmg enjoy habis. Biar orang nak kata ape; Kami tetap KAMI. Sebab itu aku sayang mereka. Untuk mereka; Katakan ape saja, semua pun boleh.Nota Kaki: Tinggal 2009 ini utk bersama mereka, 2010 blum tentu bersama mereka. Pertemuan mesti ada perpisahan, right? =(
With Love; Nut Yaa 
E453: Serabut Kepala
Thursday, April 2, 2009

Current Mood: Pening Aik, tetiba lak kepala berserabut eak? Nak kata pikir pasal project, semuanya dah hantar. Final? Itu salah satu sebab la. Paling bermasalah, bab hostel sengal nieh lah. Aku benci btul. Asal nak cuti msti ada masalah hostel. Takleh ke biar ktorg cuti tanpa pikir masalah hostel? Benci btul aku. Kalau rumah aku dekat; Aku tak kisah.Kalau umah aku dekat; Nak angkut brg2 tiap sem pun ok jerKalu rumah aku dekat; Aku tak hingin pun duduk hostel nieh.Tapi masalahnya; Rumah aku jauh.Nun di seberang lautan sana. Kalau ada jambatan ke xpe la gak. Nie skali nk kuar kete, makan beratus-ratus ringgit.Kalau abah aku tukang cop duit aku pun kisah. Ari-ari aku suh abah ku kuar keta masuk tanah semenanjung nieh. Ape aku heran! Abah aku tukang cop duit. Nie masalahnya, abahku bukan tukang cop duit.Aku ingat cuti kali nie aku tak yah menyusahkan org dah Terutamanya mak abah aku la. Tapi, tak jugak. Kena jugak! Tak sukanya. Takpe Nad. Relax! Tiap masalah ada jalan selesainya.Aku rancang la. Barang yg nak pakai sem depan; Letak umah kak Ida.Barang yg tak nak pakai dah; Suh Mak Lang datang ambik. Angkut barang; Minta tolong adikku kat UTP tueh. Dia lei drive.Harap-harap takde masalah la. Aku harap sgt aku tak yah menyusahkan org lain dah.Then, urusan kat Kuala Lumpur jugak dah selesai. 24/4; Jumpa Queen dan Bond. Then bermlm kt umah Zana.25/4; Siang, kuar ngn Zana, jumpa Maz and Yus insyaAllah.Then, mlm akan terbang pulang ke Langkawi bersama my big bro. Okeylah, thanks kawan kerna memahami.Aku tahu ape yang terjadi antara kalian. Aku juga kalu bleh mahu berkumpul macam 25/4 tahun lepas. Tapi, takpelah. Dapat jumpa kalian begini pun dah ok utk aku. Huhuhu, sorry bangat. Aku bakal menyusahkan kalian sekali lagi. Tapi apekan daya, aku mmg nak sgt jumpa kalian.Hehehe.. okeylah. Semua urusan dah dipikirkan caranya. Tinggal nak packing barang masuk dlm kotak. Then, fokus on my final next week. Then, balik kampung melawat atuk dan nenek. Then, sesi gath bersama teman-teman kat KL. Then pulang ke tempat asalku.Tempat yang sangat aku rindui.
With Love; Nut Yaa 
E452: Penat Giler
Wednesday, April 1, 2009

Current Mood: LetihHah! Letih? Kenapa letih? Hehehe, letih kerana berjalan-jalan\ hari nieh. Okey, tengah hari tadi telah ke kolej. Menyelesaikan urusan-urusan yg belum settle. Then pegi mempotostat Past Year Question kat library. Then serahkan kunci loker, pastu potoshat jadual exam. Berulang kali keluar masuk library sampai abg library tu naik muak tgk muka kami.Hahaha, time bayar duit then dia bagi baki sambil kata " Nah... pi main jauh-jauh."Hahaha, tahu nape dia sakit ati???Ktorg skodeng dia online myspace.Sambil mengomel, tak habis2 ngn myspace.Kahkahkah...dia dengar lorh. Tu yang terus suh kami pi main jauh2 tueh. Selesai semua urusan, ambik teksi terus ke Tesco. Pusing-pusing Tesco sambil membeli stok makanan. Sebab hujung minggu nieh barang dapur semua nk angkat dah. Dibawa ke rumah Azie sbb rumah yg lain jauh2 belaka. Lepas beli barang tu semua, ke JJ pula. Hahaha, dekat jer Tesco ngan JJ tueh. Sampai JJ terus ke S&J. Wanie nak beli something. Lalu depan tu, tengok tempat kejadian.Terasa nak gelak guling-guling kat situ. Sebab, kejadian itu dah dijadikan bahan untuk membahan aku.Memang dah nasiblah bukan. Huhuhu. And hari nieh gak, dapat makan Pizza.Kahkahkah, memang demand makan btul sjk akhir2 nieh. Dua minggu lepas makan McChicken McDonald Minggu lepas makan Snack Plate KFC. And hari nieh makan Individual Set; Pizza Hut. Memang grand btul makan kali nieh. Special sket sbb meraikan Interactive CV yg settle smlm. Enjoy habis aku, Wanie, Ain and Fatin hari nieh. Pedulikan duit yang dah habis itu. Sebab duit mmg kena habiskan. Simpan pun tak lei bawak ke kubur. After final nieh akan sopin sekali lagi.Kali nieh utk membeli story book utk dak tecik kt umah tueh. Semalam, call mak utk maklumkan hal hostel. Pastu, dgr la riuhnya mulut dak tecik tueh. Tanya mak nape dia riuh sgt. Mak kata dia ngah belek kertas exam dia aritu. Ku tanya mak berkenaan result dia. Memang gempak habis lorh. Semuanya A. Kalu tengok gayanya mmg tak percaya dia lei dpt result cmtu.Sebab??? Bila aku ajak baca dia kata dia tak pandai. Aku ajak dia menulis dia kata tak reti eja. Aku ajak dia mengira dia kata guna kalkulator jek. Alih2 dapat result macam tueh, mmg aku tak caya la. Mak ku pun kata, macam tak caya pun ada. Hai dak tecik! Kecik-kecik cili padi yer kamu! Then satu lagi news baik, dak tecik itu kini berkawan rapat ngn buku.Mak kta, dia pi mana pun msti bawa buku. Then nak tido pun baca buku. Alhamdulillah, bagus gak dia rajin camtu. So, aku decide nak belikan buku citer bebanyak kt dia. Nnt lei lepak atas katil ku then sama2 baca buku. Dak tecik! Tunggu akak balik lorh.Kangen bangat sama dak tecik itu.Okeylah, mahu tido dahulu.Letih.
With Love; Nut Yaa 
All Right Reserved | Nut Yaa | 2009 Original Banner Picture: DeviantArt | Modified: Nut Yaa | Screen Resolution: 1024 x 768px | Best View: Firefox
|