<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=1053863571646481171&amp;blogName=LilyloverDiary&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Flilylover-diary.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Flilylover-diary.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div> <style type="text/css"> i,em{color: #669999; font-family: Verdana; font-size: 11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:normal; } u{ color: #59787d; font-weight: lighter; border-bottom: 2px solid #333333; font-family:Century Gothic; font-size: 11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:normal; } b{ color: #88a2a6; font-family:Verdana; font-size:11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:bold; letter-spacing: 0px; text-transform: uppercase; } </style> <style type="text/css"> .blogbody b, .standard b, p b, strong { font-weight: bold; letter-spacing: 0px; font: bold 6pt verdana; color: #88a2a6; text-transform: uppercase; </style>



Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Biar ia bertanda tanya saja
Hati ku dah lama bertitik noktah

Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu
Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biar lah mereka tertanya-tanya
Hati ku dah lama berganti arah

Mana pergi janji
Setia di sisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan
Tak berkesempatan
Kau hilang tanpa pesanan

Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Author .

Photobucket

Name: Nut Yaa (Nut)
Age:20years old
Date of Birth: February24 1989
Horoscope Sign:Pisces

Best Viewed

hit counters

hits

Mood .

Reminder .

Birthday 3bond/Ayie [16/11]
Birthday Mira [2/12]
Birthday Adda [5/12]
Birthday Norazah [6/12]
Birthday Mek Adda [20/12]
Birthday Aina [31/12]

Follow_On .

Follow Me

twitter

Thank You So Much!

Song's .


whispery .

memories .

June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009

adieu .

Photobucket

[ alpharif ]
[ Fit3 ]
[ Cydot ]

------------------------------- Photobucket

[ T.K.A ]
[ Fiza ]
[ Jiha ]
[ Nazrul ]
[ Nazirah ]
[ Hunny ]
[ BigBossAkaBond ]
[ Queen ]
[ Qina ]
[ Zaza ]
[ Ungu Violet ]
[ HeartAndFeeling ]
[ Maziah ]
[ Letto ]
[ Fyfah ]
[ Hafizdasar - Wacana Ilmu ]
[ BraderMacho]
[ Tentang Cinta ]
[ KPTM Ipoh ]

software.games.appz.movie.drama.music.rock.fun

Blogmenjerit - pusat kecantikan blog

.: intan's blog :.

Revolusi Komuniti Masa Kini

emoticon .

[1] [2] [3]

Award .

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Link_Me .

lilyloverdiary

Thank .


Host:01 02 03
Images Source:04 05 06

rss

E451: Selesai La Sudah
Tuesday, March 31, 2009



Kita berlari dan teruskan bernyanyi
Kita buka lebar pelukan mentari
Bila ku terjatuh nanti
kau siap mengangkat aku lebih tinggi

Seperti pedih yang telah kita bagi
Layaknya luka yang telah terobati
Bila kita jatuh nanti
kita siap 'tuk melompat lebih tinggi

Bersama kita bagai hutan dan hujan
Aku ada kar'na engkau telah tercipta
Aah....... Aaaaah

Kupetik bintang, untuk kau simpan
Cahayanya tenang, berikan kau perlindungan
Sebagai pengingat teman
Juga s'bagai jawaban
Semua tantangan

Sebelum waktu memisahkan detikku, detikmu
Sebelum dewasa, menua, memisahkan kita,
Degupan jantung kita akan s'lalu seirama
Bila kau rindu aku




Current Mood: Merehatkan Diri.

Menganalisa kembali entry2 hari-hari yg lalu
tiba-tiba macam baru tersedar sesuatu.
Rupanya macam agak terseksa melalui last week.
Mendera diri sendiri tanpa rest.
Menguji kekentalan mata yg selama ni belum teruji
Dan akhirnya, terbukti... Aku boleh!

Alhamdulillah, selamat present Interactive CV siang td.
Memang sgt ceria hari nieh
walaupun badan letih yang teramat.
Semua final project for every subject dah selamat present.
Yang tinggal hanyalah documentation MPM jerk.
Syukur... syukur... syukur.

Kat sini gak, aku nak ucapkan terima kasih
Pada teman-teman yg sudi menemani.
Yang sama-sama berjuang menyiapkan CV msg2
Yang sama-sama menyelesaikan coding yg gilak itu
Sama-sama menahan kantuk.
Sama-sama menghabiskan duit makan KFC.
Sama-sama kelam kabut pg tadi.
Sama-sama siapkan documentation.
Dan akhirnya, sama-sama present siang td.
Thanks ya, kawan.


bunga With Love; Nut Yaa bunga

2 Comments

E449: Finale



Current Mood: Mengantuk Teramat


Interactive CV; 99%
Yes! I did it!
Akhirnya, ianya berjaya jugak.
Berkat usaha dan kerjasama kami satu team.
Tak sia-sia membelanja diri sendiri dgn KFC siang td.
Sekarang jam 3.16 pagi... Wanie dah baring.
Aku still ngadap lappy ukt hapdet blog.
Yelah, blog ini adalah teman suka duka sepanjang 2, 3 hari ini.
So, bila dah berjaya kenalah kongsikan dgn blog gak.

Okeylah, hal krisis jiwa jgk rasanya dah selesai.
Aku harap sgt krisis kami nie akan berakhir.
Sebab, aku tak sanggup nak 'gila' lama-lama.
Aku tak nak moody lama-lama.

Okeylah, bila dah selesai nieh.
Baiklah aku melunaskan kehendak mata nieh.
Documentation esok pagi aku settlekan.
So, doakan aku utk presentation esok petang.
Good Early Morning!
Salam.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E449: Still Working Hard
Monday, March 30, 2009



Current Mood: Lapor


Interactive CV; 45% only.
Masih berbaki 55 % untuk siapkan sepenuhnya.
Semalam melalui hari yang penuh cabaran.
Hari yang dipenuhi bermacam mood.

Sebelah paginya, macam biasa menyelesaikan urusan rutin.
After Zohor, on lappy then berdating dgn Photoshop.
Save semua material utk dimasukkan dalam Director.
Sehingga petang masih menguruskan hal sama.
After Maghrib baru mula berdating dengan Director pulak.
Menyelesaikan satu persatu page dgn penuh tekun.
Sambil-sambil tu, bantu Wanie and Ila jugak.
Alhamdulillah aku punya Director tak byk masalah semalam.
Taat sahaja mengikut perintah aku. Terima kasih Director!
Berdating hinggalah azan Subuh bergema memecah hening pg.
Aku dan Wanie berpandangan.
Akhirnya, kental jugak mata kami berdua. Hahaha...

Kenapa proses save semua material jadi terlalu lama?
Ada gangguan perasaan sedikit semalam.
Melalui pagi dengan senyuman.
Then tengah hari bertemankan air mata.
Dan akhirnya, sepanjang malam penuh senyuman
walaupun ditemani kesibukan menyiapkan Interactive CV.
Berkat menangis depan dia semalam
akhirnya, masing2 meluahkan rasa hati masing2
Okey, masing2 punya salah. Sama2 mengaku.
Then, aku mengharapkan sesuatu yg indah utk hari2 kemudian.

Hurm, siang ini rumahku jadi tempat berkumpul.
Masing2 akan dgn lappy dan kerja.
Tapi skrg mereka keluar utk membeli makanan utk lunch
Tahu ape yg ktorg akan mkn utk lunch hari ini?
Kentucky Fried Chicken. Tahu kenapa?
Ini adalah hadiah untuk diri sendiri.
Minggu lepas, menghadiahkan diri McChicken sebab
berjaya menyiapkan workshop IMA dan VB.
Hari ini menghadiahkan diri KFC sebab berjaya menegarkan diri.
Takpe, itu untuk semangat diri sendiri.
Kalau aku tak menghargai diri sendiri, sape lagi!

Okeylah, nak teruskan dgn Interactive CV.
Kalu sempat nanti aku hapdet lagi.
Doa-doakan aku berjaya.
Babai... salam.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E448: Just Five Minute



Current Mood: Out of My Mine

Aku suka IMA
Aku sayang IMA
Aku cintakan IMA

Sangat suka! Sangat sayang! Sangat cinta!
Sebab tu aku suka berjaga malam
semata-mata untuk menyiapkan project IMA
Takpe, aku memang suka.
Aku memang dilahirkan untuk ngadap Director.
Hahaha...
Takpe, aku tak kisah!

Nota Kaki: Huhuhu, aku tak rela sebenarnya.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E447: Hide Myself
Sunday, March 29, 2009



Current Mood: Finding Myself!


Visual Basic Presentation & Documentation; Done
MPM Presentation; Done
MPM Documentation; Pending
IMA Presentation & Documentation; Pending

Argghh, banyaknya kerja blum settle.
Paling menduga kesabaran dan ketahanan jiwa
semestinya tak lain tak bukan; IMA la.
Dua hari mencari idea dan cuba mengaplikasikan ke screen
tapi hasilnya cam hampeh.
Entahlah, sungguh ku kekeringan idea.
tak tahu knape... mungkin sebab dibelenggu masalah jiwa.
Kadan-kadang, bila masalah mencari idea ini datang.
Aku rasa macam aku nieh salah pilih course.
Aku tak layak berada dalam bidang nieh.
Entahlah... hidup yang penuh dgn ketidakpastian.

Semalam, mereka ke Kg Orang Asli Sg Choh
tempat yang aku pergi beberapa minggu lepas.
Sungguh! aku teringin utk ke sana lagi.
Aku rindu suasana dan kanak-kanakdi sana.
Tapi apakan dayaku, tugasan IMA menuntut perhatian.
Huhuhu... sekali lagi.
Hidup penuh dgn ketidakrelaan.

Semalam jugak, si dia menegur aku.
Katanya aku sekarang dah lain sangat.
Ya, kadang-kadang aku jugak perasan hal itu.
Aku sendiri tak tahu kenapa aku bleh jadi begini.
Hati aku nieh kadang-kadang jadi terlalu tegar pd kesakitan.
Aku bleh jadi sangat keras kepala
skalipun ianya menyakitkan hati sendiri.
Macam kejadian di JJ awal bulan lalu.
Kalau nak diikutkan logik akal aku la
apalah hal nak cari masalah kat tempat org ramai gitu.
Tapi itulah yang aku buat.

Dan sejak beberapa hari lalu, tido malamku tak seindah biasa.
Setiap malam, air mata jadi peneman tidurku.
Setiap kali off lampu and ambik Bubu then baring.
Hati nieh jadi sebak sangat. Terlalu sebak.
Dan di luar sedar, aku menangis.
Bukan menangis yang biasa; Tapi teresak-esak.
Apetah! Aku sendiri tak faham kenapa.
Setiap ape yang dia buat akhir-akhir nie sgt terkesan di hati aku.
Dua tiga hari lepas, after present VB.
Aku terfikir ingin melarikan diri.
Aku nak pegi Medan Gopeng, beli tiket ke mana sahaja.
Sampai la aku rasa lega baru aku nak balik.
Tapi, aku cuba kuatkan hati.
Ingatkan bla dah tawaf IP itu aku akan dapat diri aku balik.
Rupanya tidak! Sama sahaja.

Perasaan itu datang lagi saat ni.
Hati sakit; Air mata bertakung
Aku tak nak nangis lagi.
Nak ajak Wanie kuar tapi IMA satu ape pun xmula lagi.
Arrgghhhh... penatnya hidup begini.
T_________T
*tears dropping*


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E446: Notes
Saturday, March 28, 2009



Kata-kata yang tidak perlu diucapi
Kata-kata yang tidak pernah mahu didengari
Dan juga kata-kata yang ku ingin dia ketahui.

Terlalu kerap kita tersalah langkah
Terlalu sering kita jauh tersasar
Tapi aku sedar dan aku redha
Cebisan keajaiban itu ada kalanya datang tanpa diduga.
~ Komik Cebisan Keajaiban ~

Nota kaki: Sorry kawan. Belum masanya utk publish ceritera di sebalik
lagu Satu Bintang tueh.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E445: Alhamdulillah



Current Mood: Rest

Alhamdulillah, syukur.
Petang tadi telah selamat mempresentkan MPM.
Berkat sokongan semuanya berjalan lancar walaupun agak huru-hara.
Balik jerk, mata dah tak mampu dibuka.
Terus tido with baju kurung still kat badan.
Dah tak peduli dunia sekeliling sebab mmg dah tak mampu.
Buka mata dah kul 8... nasib baik on mc.
Tengok hp and mesej from Hotlink and si dia.
Ada orang topupkan untuk aku. Blur2 sekejap.
Tgk mesej dari si dia... rupanya si dia yg tolong topupkan.
Siap topupkan dua2 no; Merah dan biru.
Thanks abg! Aku harap semuanya akan kembali ok.
Then mandi, basuh baju then tido balik.
Buka mata, kul 10.30 camtu.
Baru makan then tgk tb sambil borak-borak.
And sekarang ngah bersantai bersama internet.

Erm, ngah pikirkan sesuatu.
InsyaAllah kalu sesuatu itu menjadi.
Akan muncul entry bru disini.
Salam, nitez.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E444: Sangat Sakit
Friday, March 27, 2009



Current Mood: Kesakitan Di hati

Aku ketika dinihari; Jam kul 4.16 am
Aku dan Wanie masih terkebil-kebil depan lappy
Berusaha menyiapkan design IMA and documentation VB
Yang perlu disubmit esok.
Dan esok jugak akan present MPM.

Hurm, hari ini ada dua mood berbeza.
Petang tadi sangat bersuka ria.
Mood mula berubah ketika di kolej.
Time ngan discuss ngn Hafiz, t.k.a membuka lagu hati.
Sungguh, aku tak mampu nak dengar lagu tu.
Sebab, memang saat itu aku terasa mahu menangis.
Menahan air mata dan sebak di dada.
Ku suruh T.k.a menukar lagu; Dia akur; Thanks!
Sebenarnya, airmata dah menitis pun.
Tapi masih mampu cover.

Tapi malam nieh segalanya bertukar.
Aku menangis semahu-mahunya.
Wanie buntu; Dia entahlah.
Kerna dia kusayang; Ku telan pahitnya.
Takpe; Selagi mampu aku terima.
Okeylah, nak tido jap.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E443: Berjalanlah Tanpa Henti
Thursday, March 26, 2009



Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

Nota Kaki: Selagi aku mampu, aku terima apa sahaja yg datang.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E442: Step by Step; Just Looking Forward
Wednesday, March 25, 2009



Current Mood: Mencari Kekuatan Dalaman.

Huh, ape kes tetiba terpaksa mencari kekuatan dalaman nieh.
Entahlah, makin hari semangat makin merudum rasanya.
Sebab? Kerinduan yang menyesak dada.
Hah! Jangan nak ngada kata ku rindu mamat 'JJ' tueh.
Ku rindu segalanya tentang Langkawi.
Seyes! Terlalu rindukan pulau bertuah itu.
Segalanya makin terasa sejak Miss Reen sebut tentangnya pg td.
Sabar Nad! Sabar! Masa itu akan datang jua.
Sebulan jerk lagi Nad!
25 April 09 insyaAllah, ko akan terbang pulang ke sana.
Kenapa terbang ek? Hahaha... jgn jeles dak Cydot.
Ku mahu terbang di awan biru.

Okey, lupakan soal rindu, Langkawi, terbang di awan biru suma.
Mari bercerita tentang coding. Huh! Coding lagi?
Hahaha, aku dan coding dah macam kembar tak seiras.
Masuk bidang IT, coding adalah darah daging ku.
So, tak yah mimpi nak melarikan diri.
Padahal dah pernah berangan utk hidup tanpa coding.
Sape kata multimedia tak yah guna coding?
Huhu, ada coding ye wahai sedara sedari sekalian alam.
Director + Lingo; Flash + ActionScript; Dreamweaver + HTML/CSS

Pagi tadi, telah berjaya present 1 final project for VB.
Alhamdullilah, semuanya selesai walaupun VB asyik bikin ku cuak.
Semalam ambik risiko utk tidor walaupun coding still error.
Bangun pagi lambat. Tapi sempat lagi edit coding.
5 minute sebelum present, telah berjaya menyelesaikan error tersebut.
Aku dan Wanie sangat kelegaan.
Bila semua button berfungsi walaupun asyik menduga.
Settle presentation, terasa sedikit ringan bahu nieh.
Syukurlah, Allah tunjukkan jalan penyelesaiannya.
Terbuka hati untuk try and error for last time.
Dan hasilnya amat memuaskan hati.
Syukur Ya Allah.
Jumaat nieh akan present MPM pulak.
Doa-doakan moga segalanya berjalan lancar.

Nota Kaki: Apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti. Sepahit
apa pun hidup... pelajaran yang bererti. =)


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E441: Visual Basic Oh Codingku!
Tuesday, March 24, 2009

Current Mood: Looping

Harus berbahasa dengan bahasa IT.
Hidup menjadi sangat looping dua hari nieh.
Inilah akibatnya hidup di dunia IT
Bila korang hidup dengan coding,
dgn automatiknya kepala akan looping secara tiba2.
Bila salah declare variable... mulalah error merata.

Huh, tetiba rasa cam xnak mati dgn coding.
Tak sanggup! Tak sanggup!


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E440: Perihal Hati











Download this song: Awan Band - Satu Bintang

Bintang yang berkelip
Sampaikan satu petanda
Saat kau terzahir
Dalam sebuah kata

kau hadir bagaikan
cahaya memancar jiwa
ku dambarkan syurga
disaat kau menjelma

Satu bintang disana
nampakkan cahayanya
terangkan dia disana
walau ku tak berdaya

satu bintang disana
terang sepanjang masa
cinta ku kan bersama
walau jasad ku sirna

kau jadikan ku terasing
dan jauh darimu
tak termampu
abadi ke akhir waktu
Lepaskan la
Seandainya terbeban hatimu
Dan bayangku
masih tetap menemanmu



Lagu ini; Lagu ceritera hati aku.
Sape faham lagu ini
dia tahulah perihal hati aku.
Hehehe..


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E439: MyMood is Not OK
Monday, March 23, 2009



Current Mood: =|

Aku sakit kepala.
Terasa berdenyut-denyut jerk.
Tak tahu knape.
Kalu dapat naik buaian camtu kan best.
Terasa terbang di udara.
Fullstop.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E438: Mereka <3
Sunday, March 22, 2009





Terima Kasih untuk Mereka!
kerna selalu buat aku tersenyum!


bunga With Love; Nut Yaa bunga


D437: Enjoy


Current Mood: Enjoy tapi Letih Sangat.

Sangat seronok melalui satu hari yang best nieh.
Sebab hari ini adalah Hari Asrama.
So, memang enjoy habis dgn aktiviti yg disediakan.
Bergumbira sakanlah kami hari nieh.
Walaupun sedar ada byk sgt kerja yg perlu dibereskan.
Tapi semuanya dilupakan seketika utk hari gumbira ini.
Yelah, bukan selalu boleh enjoy habis-habisan.

Semalam, membantu Aina membuat budget banner.
Aina cuma bekalkan perkara-perkara yang patut
Alatan; Kertas Mahjung, marker 3 warna, pita selofan.
Selebihnya terserah pd kreativiti kami.
Ape lagi, tungkus-lumus la kami; Giler Creative Production.
Hahaha... mahu tak creative.
Walau sekadar budget banner, tapi okeylah kan dari xde langsung.

Papepun, sangat enjoy hari nieh.
Bebudak umah kami; Black D'Bomb
Sangat excited dan sangat enjoy.
Berkat menukar nama mungkin
Akhirnya menang gak 1 acara; Larian Dalam Guni.

Balik rumah, rest, lunch sekejap.
Lepas tu masing2 bergelimpangan kat ruang tamu.
Meneruskan acara tido beramai-ramai sampai petang.
Pix semua aku simpan dulu ek.
Nanti time cuti aku akan publish secara bundle, ok!

Nota Kaki: Banyak giler hutang gambar. Mampus aku nak bundle publish nnt.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E436: Selamat Pengantin Baru
Saturday, March 21, 2009




Current Mood: Smile =)

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru
untuk Adda dan hubbynya, Wan Shahrul.
Alhamdulillah, siang tadi berkesempatan untuk jumpa Adda
sempena Majlis Sanding dan Sambut Menantu pihak lelaki.
Walaupun sekejap
Walaupun tak dapat berborak panjang.
Tapi aku puas; At least aku sempat jumpa Adda.
Lepas nieh, makin senanglah nak berjumpa Adda.
Kenapa? Hehehe, dia akan stay kat Ipoh dgn suaminya.
So, senanglah kami jumpa lepas nieh.

Tadi, sempat jugak menyaksikan satu peristiwa.
Peristiwa seorang ibu melepaskan anaknya kepada suami.
Aku nampak Adda cuba menahan sedihnya.
Aku dengar segala macam pesanan ibunya pada Adda.
Aku jugak dengar satu janji dari mulut suaminya.
Dalam hati, alhamdulillah dah selamat kawan aku seorang.

Naik kereta, dorang asyik bertanya.
Kawan ko dah selesai... ko bila lagi?
Aku??? Macam biasa, sampai jodoh kawin la aku.
Hehehe, aku percaya pada jodoh Allah.
Sampai jodoh... aku pasti akan berdua jugak.

Untuk Adda and husband;
Selamat Pengantin Baru. Moga bahagia selamanya.
Sebagai teman, aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu.
Nanti, dah dapat baby comel kasi aku jadi ibu angkatnya ek!
Hahaha... Salam sayang; NutYaa.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E435: Teringin Sangat Nieh!
Friday, March 20, 2009



Current Mood: Teringinnya.


Kalau aku kata aku mengidam camne?
Huhu, jangan pikir bebukan lak.
Ku tampor sekor-sekor kang.

Huhuhu, aku teringin sangat nak makan nieh.
Nak makan nieh la..
Yang kat bawah nieh.


Aku nak McChicken tueh!
Nak jugak! Nak jugak! Nak jugak!
Ada sape-sape lei tolong belikan tak?
Dari kul 12 - 3... ada sesape baik hati x?
Huhuhu, cian la kat aku nieh.
Dah dua minggu dok sebut nak makan.
Tapi tak jadi-jadi lagi.
Yelah, aku nieh takde kenderaan sendiri.
So, sgt susah nak bergerak sesuka hati sesedap rasa.
Ape boleh buatkan... huhuhu.

Nasib baik dia jauh.
Kalu tak, akan kusuruh dia belikan kat aku.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E434: I write this With All My Love
Thursday, March 19, 2009


Current Mood: Kesejukan Meniti Khayalan


" Ibu, ibu... engkaulah ratu hatiku! "

Hari ini hari istimewa buat seorang insan.
Seorang insan yang paling utama dalam hidup aku.
Seorang insan yang mampu menyentuh hati aku tanpa berbuat apa-apa.
Kerana dialah ibuku, insan istimewa di hatiku.

Hari ini; 19 Mac 2009.
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-49
Istimewa untuk mak yang kini jauh di mata, tp sangat dekat di hati.
Sungguh, akak sayang mak sgt2!
Walau tak pernah akak ucapkan... tunjukkan
tapi jauh di sudut hati, akak sayang mak sgt2!



Nota Kaki: Entah kenapa hati ini kepingin benar nak balik rumah jumpa mak!


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E433: Aku dan KesakitanKu
Wednesday, March 18, 2009



Current Mood: Not Feeling Well


Hari nieh sakit dada dan sesak nafasku kembali.
Memang dah surrender habis balik td.
Smpi umah, buka tudung terus landing atas katil.
Last-last tertido sampai dekat kul 7.
Bangun jerk alhamdulillah sakit dada and sesak nafas dah hilang.
Tapi sangat sakit di bahagian tekak.
Selesema pula makin menjadi-jadi hari nieh.
Maybe sebab terlalu lama berada dalam kawasan beraircond.

So, sangat malas nak ngadap blog lelama.
Terasa cam nak mam ubat batuk and selesema
And then tido.
Tapi harus siapkan slide presentation utk esok dulu.
Huhuhu, mmg sengal abis la badanku stg.

Nota Kaki: Ceritera Mahjung dan Marker terpaksa ditangguhkan
atas sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E432: Climax Week Is Coming!
Tuesday, March 17, 2009



Current Mood: Not Feeling Well


Gara-gara terlalu padat dgn aktiviti last week
kini badan telah mula menerima padahnya.
Bermula dengan sakit tekak dan seterusnya selesema.
Ohh tidak! Kalu dah mula sakit nieh entah bilalah sembuhnya.
Inilah akibatnya kalu badan tak kuat antibodinya.
Memang kena ikut saranan abahku; Makan vitamin C.
Tapi aku yang degil; Saja bajet kental.
So, padan muka aku la.

Tentang study pulak; Minggu climax telah tiba.
Segala macam project, assignment, quiz tertangguh perlu disettlekan.
Hanya berbaki tiga minggu sebelum final tiba.
Dah tiga minggu yang tinggal ini akan dipenuhi dgn segala mcm kerja.

This week; Siapkan MPM 100%
Coz presentation on coming thursday.
Huhuhu, hati gundah-gulana secara tiba-tiba.
Presentation subject nieh lain sket.
Akan ada 3 orang penilai.
Sebab persediaan utk subject Multimedia Project sem depan.
Atau lebih dikenali sebagai final project!

By this week gak; Perlu siapkan 50% project Visual Basic
Presentation and submission by next week.
Maybe on Tuesday or Wednesday.
Visual Basic Project CheckUp
Layout; 100 %
Interfaces; 50 %
Databases; 70 %
Coding; 0 %
All progress; 30 % only.

On next two week; E-Resume Presentation [IMA]
Layout; 40 %
Data; 70 %
Director Files; 0 %
All progress; 10 % only.

Huh, sangat menakutkan bila menyenaraikan tugasan begitu.
Terasa macam harus meninggalkan urusan-urusan rutin.
Sudahlah perlu bertungkus lumus dlm keadaan sakit.
Sangat memerlukan kesabaran, ketabahan dan kecekalan yg tinggi.
Gambate! Gambate! Gambate!

Nota Kaki: Gambate utk semua! Kesan citer 1 Liter Of Tears!


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E431: Congratulation Adda
Monday, March 16, 2009



Current Mood: Kesakitan di Seluruh Badan

Dua hari aku berada nun jauh di pedalaman.
14 Mac dan 15 Mac 2009
Kedua-duanya ada 'hari' utk kawan-kawan aku.

14 Mac; Selamat Hari Tua utk Ad.
14 Mac; Tiada ucapan direct dariku untuknya.
14 Mac; Takdir menduga aku jugak di sana.

Semalam; 15 March 2009
Semalam; Hari Perkahwinan teman baikku.
Semalam; Teman baikku dah jadi milik orang.
Semalam; Aku tiada di hari bahagianya.

Hari ini; Aku rasa bersalah
Tidak wish dia walaupun memang selayaknya begitu.
Bukan aku lupa tapi aku malas mengingati.

Hari ini; Aku rasa serba-salah.
Banyak tuntutan yang membuatkan aku terlupa.
Sedangkan aku sangat sedar
satu panggilan itu sangat bermakna utk Adda.
I'm so sorry Adda!
=(


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E430: Penat
Sunday, March 15, 2009



Current Mood: Sangat Penat

Salam.
Aku baru sampai.
Sangat penat.
Will coming; Ceritera Dari Pedalaman
Tunggulah. Mahu basuh baju and rest dulu.
Babai.

Nota kaki: Sungguh! Pengalaman itu terlalu mahal harganya.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


Scheduled Post: Tagged!
Saturday, March 14, 2009



1. where you & I met.?
Kat umah bernombor 141, on 18 Ogos pd 15 tahun yg lalu.

2. How long have you known me.?
Dari sebesar anak patung ku kenal kamu!

3. The last time we saw each other.?
Cuti Mid Term aritu. Kamu kalah lawan badminton dgnku. Ha3

4. Your first impression of me upon meeting/seeing me.?
Sungguh keding ini budak. Kahkahkah! =P

5. Am i funny.?
sumtime maybe... =|

6. What is my favourite music.?
Hurm... jiwang! Padan muka!

7. Choose 5 words describe me most
We are sibling! That right!
*malas mahu jawab dgn btul! Asal 5 perkataan okeylah bukan?

8. have you ever hugged me.?
Pernah2...time kamu kecik2. Tapi skrg dekat pun susah! Hahaha.

9. If there was one good nickname for me, what would it be.?
AkuBudakKeding. Sesuai kan??? =P

10. Tell me 1 of my weakness.
Sila dail 012552**** utk tahu jawapannya! =)

11. Where do you think I will be in 25 years.?
Seorang surirumah tangga yg berjaya. Hahaha...

12. What is the most memorable event that spent with me,
you can ever forget?

Gaduh berebut bilik. At last kamu yg kena pindah kuar. =P
*memorablekah ia??? Sangat-sangat sbb cam lawak sgt peristiwa itu.

13. Will you re-post this so I can fill this out for you ?
Up to you!

people i tag :
queen, maz, zana.

Nota kaki: Happy birthday Ad! Hope you happy since you left me last year.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E429: No Title
Friday, March 13, 2009



Current Mood: Hibernate

Ini adalah ceritera tanpa tajuk.
Perasaan bercampur-baur.
Esok pagi haruslah call mak ngan si dia dahulu.
Sedih dan rindu itu bertamu lagi di hati.
Arggh, kalulah sepantas kilat boleh bertukar tempat.

Sekarang ngah chatting dgn si dia kat YM.
Sambil mendengar lagu kat Winamp.
Baru lepas layan 3 episode of 1 Liter Of Tears.
Barang utk esok sumanya tak bersentuh lagi.
Katil? Subhanallah, macam-macam brg ada.
Hurm! Ape-ape jelah.

Should go now.
Byk benda harus diurusi.
Mata pulak sudah layu.
Good Night.
Sleep tight sweet dream.

One more, aku akan tinggalkan blog utk dua hari.
Ku ada program kat Ulu Kinta, 2 hari 1 mlm.
Bye, sampai jumpa lagi.


Nota kaki: Usah ditanya kenapa aku terlalu sentimental akan soal itu.
Kau tahu jawapannya, sayang!


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E428: Ku Kesedihan
Thursday, March 12, 2009


Current Mood: Upset

Lihatlah dan tataplah DVD tu puas-puas ek!
Takyah berangan nak tengok!
Aku tak akan kasi kat sapa-sapa pun!
Suka hati aku la.

Lihatlah puas-puas.
Tataplah sepenuh hati.
Sebab aku jugak hanya mampu memandang.
Tak mampu melihat isi dalamnya.
DVD tu cannot open!
So frustrated maa!

Kalu ko frust, aku bertambah-tambah la.
Dah lama aku ngidam nak tengok citer tueh.
Bila dah dpt DVD tu lak xlei nak open.
Eeeii, ku rasa cam nak patah-patahkan jer DVD tueh.
Hahaha, jangan risau t.k.a.
Bukan salahmu, tapi salah DVD itu.
Wah, suka-suki aku jer salahkan dvd tueh. Hahaha, biarkan!
Okeylah, mahu menjana idea sekejap.
Babai, assalamualaikum.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E427: Aku Rindu!
Wednesday, March 11, 2009



Current Mood: Terasa Macam Nak Menangis.


Seiring dengan cuaca, hari nieh mood jugak mendung.
Tak tahu kenapa, terasa macam lain jerk.
Tadi mak call and dgr adik dok baca buku.
Alhamdulillah, dak kecik itu dah makin rajin baca buku.
And aku dah promise nak beli buku cerita utk dia.
Anything for you, dik!
And harap sangat-sangat dia akan jadi ulat buku.
Macam abang Chiknya yg kat UTP skrg.

So, faham-faham sendirilah yerk.
Aku rindu dak kecik itu sebenarnya.
Sebab tu, aku sangat jarang call rumah.
Kalu call pun time dak kecik itu ke sekolah sebab aku xlei dgr suara dia.
Tapi, tadi time my mum call terdengar suara dia.
Yang sedang tekun membaca.
Aku nieh memang lemah sket.
Dengar suara dia, automatik terasa mahu terbang ke rumah.
Hurm, aku ngah terpikirkan sesuatu sekarang nieh.
Aku bercadang nak beli webcam utk PC kat rumah tueh.
Harap-harap hasrat tercapai la sbb aku mmg dah survey harganya.

" Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang kuasa
cinta kita di dunia selamanya.."


Aku rindu adik.
Aku rindu mak and abah.
Aku rindu dia.
Aku rindu bilik aku.


Aku langsung tak menyesal sebab tak balik cuti hari tu.
Sebab kalu balik pun aku rasa aku akan lebih teruk dari nieh.
Kesan rindu tu akan lebih teruk bila tak puas.
So, lebih baik begini dari aku melayan perasaan empat lima hari.
Huhuhu, sangat tak best bila terpaksa settle assignment
sambil ada air mata yang menitis.

Xpelah, Sabtu nieh dah nak pi Ulu Kinta.
Aku akan busy.
Lepas tu akan berperang ngan kerja MPM, next week presentation.
Aku still busy.
Lepas tu kalut dgn project final VB.
Tetap akan busy.
Lepas tu, sibuk siapkan IMA.
Masih jugak busy.
Lastly, final menjelang.
Busy baca buku.
Then saatnya akan tiba jugak.
Aku akan balik utk 3 month!

Sabarlah, tabahlah duhai hari.
Detiknya dah tak lama.

Nota kaki: Akhirnya, air mata rindu itu menitis jugak! =(


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E426: Good Luck
Tuesday, March 10, 2009



Current Mood: Ngantok


Huhuhu, sangat mengantok sekarang.
Rasa macam mahu berdating sama bantal, selimut jugak tilam.
Tapi harus menyiapkan CITE punyer presentation dahulu.
Sangat malas utk siapkan sebenarnya.
Sebab subjek tu sangat tak best giler.

Okeylah, nak teruskan usaha melawan kemalasan.
Harap berjaya. Cyaiyok utk aku and geng!
Kihkihkih, aku tahu Hanie akan baca nieh kejap lagi.
Semoga berjaya!


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E425: Ku Bahagia
Monday, March 9, 2009



Current Mood: Seronok Sangat-sangat!




Download this Song:
Melly - Ku Bahagia


Di atas bumi ini ku berpijak
Pada jiwa yang tenang di hariku
Tak pernah ada duka yang terlintas
Ku bahagia

Ingin kulukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia

Dalam hidup ini
Harungi semua cerita indah ku
Saat-saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang

Kuingin nikmati
Segala jalan yang ada di hadapku
Kan kutanamkan cintaku kasihku
Agar ku bahagia




Empat hari aku keseorangan.
Sungguh, ku bahagia!!!
Hahaha, memang susah rumah nieh nak kosong.
Tapi bila kosong mmg sgt bahagia.
Tiada perasaan takut langsung! Tu yg pelik tuh.
Tah sejak bila aku jadi berani nieh.
Yang ada hanyalah perasaan gumbira.
Hati bersorak keriangan.

Tapi, empah hari tu dah berakhir.
Hari nie, mereka suma akan balik.
Wanie and Iqa dah ondaway balik.
Petang-petang sket pasti yg lain akan sampai.
Takpelah, walaupun sangat tak puas.
Cukuplahkan!
Sedar tak sedar gak, empat hari tu cepat jerk.
Hari nieh dah last day! Esok dah kena pi kolej.
Owh! Malas... malas... malas.

Okeylah, nak sambung wat keje.
Semalam punya work tak dapat diselamatkan.
Huhuhu, punah harapan. Punah segalanya.
Sedih dan kecewa sangat semalam.
Xpe, kena kuat semangat.
Jom mulakan sekali lagi!
Bye... Assalamualaikum.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E424: Salam Maulidur Rasul 1430




Download this: Raihan - Rakan Selawat ( Maulid )

Hari ini; 12 Rabiul Awal 1430H bersamaan dgn 9 Mac 2009
Hari ini; Ulangtahun Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW
Hari ini; Marilah memperbanyakkan selawat ke Rasullullah.
Salam Maulidur Rasul 1430 Hijrah.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E423: Sumpah Ku Malu
Sunday, March 8, 2009



Current Mood: Idea Melimpah Ruah


Sekarang dlm mood idea melimpah ruah.
Tak dapat nak hapdet panjang-panjang.
Tambah-tambah, bila dapat tahu sesuatu tadi.
Aku kemaluan yang teramat sangat.
Segan gila mahu jumpa dua orang itu.
Huhuhu...

Okeylah, aku mahu beralih ke Adobe Illustrator.
Mahu membina idea yang sedang banyak.
Harap-harap berjaya.
Assalamualaikum.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E422: One Month After
Saturday, March 7, 2009




Download This Song: Dygta - Karena Ku Sayang Kamu.mp3

Seandainya kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku

Ku ingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku
Kan slalu ku nanti
Kerna ku sayang kamu

Hati ini selalu memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yg lain

Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang kurasa
Sanggupkah ku terus terlena
Tanpamu disisiku ku kan slalu menantimu

Seandainya kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku

Ku ingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku
Kan slalu ku nanti
Kerna ku sayang kamu
Kan slalu ku nanti
Kerna ku sayang kamu

Nota Kaki: Cukuplah dgn menyatakan, aku sangat gembira hari nieh! One qoute from
one blog yg aku baca... " Saya tak suka perasaan ini datang, tapi saya
harap perasaan ini takkan pergi...


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E421: Ditinggalkan
Friday, March 6, 2009



Current Mood: Tak Sabarnya

Aku sgt happy pada ketika ini.
Kenapa? Nak tahu kah sebabnya?
Aku ditinggalkan keseorangan di rumah ini.
Sangat seronok bila keseorangan.
Takde orang yang mengganggu kehidupanku di siang hari.
Teman-teman sudah pulang ke kampung pagi tadi.
Dalam kul 6 td, Atin dtg bersama lappy and beras.
Beras? Ya, utk dibuat makan mlm bersama sardin.
Terus aku off lappy and pi mandi
Then masak nasi and masak sardin jugak.
Lalu, jamahlah ktorg berdua.

Huh! Setelah hampir dua tahun merantau
akhirnya, aku berjaya menegarkan diri.
Kalu dulu, pantang cuti pasti angkat kaki pulang ke Lgkwi
tapi kali nieh tidak lagi.
Pagi tadi telah memandang teman2 pulang ke kampung
dengan hati tenang dan penuh senyuman.
Yes! Akhirnya aku tegar jugak.

Disebabkan tiada hati untuk pulang ke Lgkwi.
Aku pun say yes to him.
Yes for what?
Akan diceritakan esok ya!
Kihkihkih... babai.
Gudnite. Sleep tight sweet dream.
Assalamualaikum.



bunga With Love; Nut Yaa bunga


E420: Ku Keseorangan
Thursday, March 5, 2009



Current Mood: Tunggang Terbalik


Aku tak tahu ape perasaan aku sekarang.
Aku rasa macam seronok bila akan berseorangan esok.
Tapi aku juga rasa tidak seronok.
Entahlah, perasaan saja mungkin.

Semuanya jadi macam nieh sejak petang tadi.
Yer, aku tak perlu kisah andai aku keseorangan.
Tapi masalah, keseorangan itu dalam terpaksa.
Entahlah, dia kata tak peduli.
Aku pun tak kisah.
Tapi bila asalnya bukan kehendak rela aku.
Aku jadi geram dan marah.

Nota kaki: Ku tak sabar nk dptkn citer 1 Liter Of Tears tueh. =)


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E419: Nostalgia
Wednesday, March 4, 2009



Current Mood: Dalam lamunan

" Ingin aku singkap kembali, kenangan lama agar bersemi, ingin
kuulangi kisah manis, agar terus bersemadi..."


Percaya atau tidak, itulah dia.
Entah kenapa, malam ini aku terasa rindu pada irama nasyid.
Tersangat-sangat rindu pada perkara kegemaran dahulu.
Dahulu, memang setiap hari akan dengar.
Walaupun sambil-sambil tu melayan jiwang, akan aku play gak
Tapi sejak di sini, aku rasa aku tak pernah dah open that folder
Dan malam nieh, aku open that folder.
And play semua lagu-lagu yang pernah jadi kegemaran aku dulu.

Mendengar lagu demi lagu
buat hatiku terasa tenang... bagai dibuai-buai.
Mungkin mood yg ok ini mempengaruhi perbuatan aku.
Dan hari ini, aku nampak semua teman-teman aku gembira.
Yang dulu berduka, hari nieh dah bergelak-tawa.
Yang dulu berserabut, hari nieh dah mampu buat lawak.
Yang dulu sakit, hari nieh dah tampak sihat ceria.
Sungguh, aku bahagia bila tengok teman-teman aku bahagia.
Sesedih mana pun aku, mereka mampu buat aku ketawa.
Aku sayang semua teman-teman aku.
Jangan pernah ada sesiapa pun mempertikaikannya.
Walau kadang-kadang aku nampak tak ambil peduli.
Kadang-kadang aku terasa mahu bersendiri tanpa kalian.
Kadang-kadang aku membisu seribu bahasa.
Tapi jauh di sudut aku, tempat kalian sangat istimewa.

Entahlah, aku tersangat emo bila berbicara soal teman.
Semuanya gara-gara tak dpt attend Adda's Wedding on 15/3
She is my bestfriend; Since form 3.
Dan akan menamatkan zaman bujangnya on 15/3.
Tapi aku tak dapat bersama-sama dia untuk hari bahagianya.
Aku tak dapat nak menemani dia seperti yg aku buat time bertunang dulu
Aku tak dapat nak dengar keluh kesah dia before dia jadi hak orang.
Yang pasti, lepas 15/3 nieh segalanya akan berubah.
Takkan la aku nak ajak dia 'gila' mcm aku bila dh bergelar isteri orang.
Beberapa hari lalu, lepas aku send sms terus dia call aku.
Lalu aku inform yang aku tak dapat tunaikan janji aku.
Dia sedih! Aku bertambahlah sedih.
Entahlah, kalau bleh aku nak berada di sisi dia.
Tapi aku jugak ada tanggungjawab di sini; Bersama org asli! Huh!
Sedih aku bila dia kata aku mengutamakan org asli dari dia.
Arggghhh! Adda! Tolong fahami keadaan Nad.
Orang asli itu bukan sesiapa untuk Nad.
But Adda adalah seseorang untuk Nad. Dont forget that!
Kalau kejauhan tak pernah memutuskan kita,
mana mungkin sebuah perkahwinan mampu memisahkan kita.

Kita akan tetap jadi KITA macam dulu.
Yang berbeza cuma statusmu saja, kawan!
Dan aku percaya, hubbymu takkan ikat kakimu duhai kawan.
Huhuhu... kalaulah aku bleh berada dua tempat dlm satu masa.
Aku sanggup bahagikan diri aku nieh.
Tapi aku manusia. Hanyalah seorang manusia biasa.

" Dalam dada ada bara cinta yang menyala, dalam cinta
ada kita berdua, tiada siapa bisa merungkai rindu di jiwa,
dengan iman dapat kita membendungnya..."




bunga With Love; Nut Yaa bunga


E418: I Wish
Tuesday, March 3, 2009



Current Mood: Mendung Lagi.


Download this Song: Violin Instrumental - OST Selamat Pagi Cinta

I wish I could see through your eyes

so I would know what you like to see.

I wish I knew your wishes,

so I could give you everything you want.

I wish I dreamed the same dreams you do,

and together we could make them come true.

I wish I knew what makes you happy,

so I could make you the happiest person in the whole world.

And lastly,

I wish I were a cell in your blood,

so I would be sure I was somewhere in your heart.

~ Unknown ~



Kadang-kadang aku ingin tahu ape yg dia fikirkan.
Agar aku tak payah berfikir soal ini.
Tapi aku manusia... yang nyata tak mampu tahu itu semua.
Kalaulah dia tahu yang aku ambil tahu semuanya tentang dia
Kau rasa dia akan buat aku macam nie tak?

Entahlah, menahan perasaan lagi.
Kalaulah dia tahu...


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E417: Ku Kering Kontang
Monday, March 2, 2009


Current Mood: Pikirkan Budget!


Berada dalam Zon Krisis Kewangan yg sangat kronik!
Menteri Kewangan jatuh sakit mungkin.
Mesti belum menguruskan soal pengurusan elaunku!
Arrgghh! Tensionnya hidup begini!
Perancangan kewangan yg hampeh utk bulan nieh.
Segala rancangan terpaksa ditangguhkan
ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Harap maklum!
Kenapa jadi begini?
Semuanya gara-gara elaun yg masih belum muncul di dada ATM.
Agak lucu bila setiap hari mengharap yg elaun itu telah ada
tapi tersangatlah kecewa selepas berdating sama ATM.
Dalam wallet kini hanyalahberbaki RM5.60
Hah! Tak terkejut pun sbb pernah skali tinggal 60 jer dlm wallet.
Tapi agak keharubiruan bla terpaksa memandang jauh ke hadapan
Entah bila elaun akan masuk.
Dan wang berbaki RM5.60 tu bleh habis bila-bila masa saja.

Setiap kali pikir pasal duit akan buat hati gundah gulana.
Mimik muka sekelip mata berubah.
Memikirkan masa depan yang masih tak pasti. Huhuhu
Mungkin sebab itu, kami rasa sgt seronok lepak dlm library.
Huh! Benarkah aku lepak dlm library? Ouwh, tak kusangka!
Lama gak aku, Atin ngan Ain lepak di satu sudut dlm lib.
Menghabiskan masa dgn membaca. Hahaha.
Tak percaya?
Sesungguhnya korang harus percaya.




Semalam lagi lar best.
Berbekalkan RM20 setiap seorang, aku ngn Wanie ke JJ
Ikut Azie, teddy, Faiz and Mawie.
Sempat gak jamah ayam Uncle berambut putih.
Agak kesedihan bila hanya mampu melihat.
Tidak mampu membeli.
Tapi Wanie ada belikan aku bookmark comel kaler biru.
Adiah besday katanya. Thanks Wanie!
Walaupun kecik jerk... tapi aku suka!

Okeylah, nak wat slide presentation IMA nieh
Blah dulu. Bye.
Assalamualaikum.

Nota Kaki: Teringat satu kenangan dahulu bla dgr lagu Semua Tentang Kita


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E416: Syarah Khatijah
Sunday, March 1, 2009



Current Mood: Happy Jerk!

Firstly, congrat utk Sir Shazli and Puan Yuraidza
atas kelahiran anak sulung mereka.
Hehehe... Puan Yu selamat bersalin pd jumaat aritu.
Dan semalam ktorg berkesempatan ke rumah Sir & Puan
Untuk melihat bayi perempuan comel mereka.
Ktorg lak yg excited nak tgk baby tueh.
Sampai kat umah Sir dah nk dekat jam 10 mlm
Sebab tercari-cari rumah baru Sir.
Sempat gak membeli hamper barangan baby kt Giant.
Nak tengok baby ke?
Nieh dia... Syarah Khatijah bt Mohd Shazli.
Correct me if i'm wrong about the spelling!





Hehe... aku sempat gak pangku baby dua kali.
Giler ahh! Seyes, memang rindu giler zaman jadi babysitter dlu.
Aritu lepas gian dukung anak Puan Salawani; Eisya, 3 bln lebih.
Semalam lak, lei pangku Syarra. Giler best!
Yelah, adik aku sekarang mana mau pangku lagi.
Ogos nieh masuk 7 tahun pun. Dah pi skolah pun.
Huhuhu.

Sesungguhnya, menjadi babysitter adalah 1 pengalaman indah.
Kenapa? First, bleh tahu betapa susahnya mak besarkan kita.
Kedua, if tgh sedih the baby akan happykan korang.
Tak percaya? Try arr jaga baby.
Aku tahu sebab aku pernah jadi babysitter adikku dulu.
Dialah yang always buat aku gembira
sedari waktu bayinya sampai la sekarang.
Sebab tu, kalu dgn dia aku sanggup takde duit asalkan dia happy.
Aku sanggup batalkan niat nk tgk wayang
dan ubah kepada acara round2 pulau hanya sbb dia.
Aku tak sanggup nak tgk dia sedih.
Sebab dia selalu buat aku senyum time aku sedih dulu.
Kan best kalu adik still baby... hehehe.

Okeylah, aku nak blah dulu.
Dah kul 10 lebih.
Mahu berjalan-jalan di alam maya dlu
Lepas tu mahu tido sebab esok adalah hari Isnin.
Ada apa dengan Isnin?
Ada satu hari yang meletihkan. Huh!
Babai... assalamualaikum!


bunga With Love; Nut Yaa bunga



All Right Reserved | Nut Yaa | 2009
Original Banner Picture: DeviantArt | Modified: Nut Yaa | Screen Resolution: 1024 x 768px | Best View: Firefox