<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=1053863571646481171&amp;blogName=LilyloverDiary&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Flilylover-diary.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Flilylover-diary.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div> <style type="text/css"> i,em{color: #669999; font-family: Verdana; font-size: 11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:normal; } u{ color: #59787d; font-weight: lighter; border-bottom: 2px solid #333333; font-family:Century Gothic; font-size: 11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:normal; } b{ color: #88a2a6; font-family:Verdana; font-size:11pt; letter-spacing:0pt; font-weight:bold; letter-spacing: 0px; text-transform: uppercase; } </style> <style type="text/css"> .blogbody b, .standard b, p b, strong { font-weight: bold; letter-spacing: 0px; font: bold 6pt verdana; color: #88a2a6; text-transform: uppercase; </style>



Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Biar ia bertanda tanya saja
Hati ku dah lama bertitik noktah

Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu
Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biar lah mereka tertanya-tanya
Hati ku dah lama berganti arah

Mana pergi janji
Setia di sisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan
Tak berkesempatan
Kau hilang tanpa pesanan

Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Author .

Photobucket

Name: Nut Yaa (Nut)
Age:20years old
Date of Birth: February24 1989
Horoscope Sign:Pisces

Best Viewed

hit counters

hits

Mood .

Reminder .

Birthday 3bond/Ayie [16/11]
Birthday Mira [2/12]
Birthday Adda [5/12]
Birthday Norazah [6/12]
Birthday Mek Adda [20/12]
Birthday Aina [31/12]

Follow_On .

Follow Me

twitter

Thank You So Much!

Song's .


whispery .

memories .

June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009

adieu .

Photobucket

[ alpharif ]
[ Fit3 ]
[ Cydot ]

------------------------------- Photobucket

[ T.K.A ]
[ Fiza ]
[ Jiha ]
[ Nazrul ]
[ Nazirah ]
[ Hunny ]
[ BigBossAkaBond ]
[ Queen ]
[ Qina ]
[ Zaza ]
[ Ungu Violet ]
[ HeartAndFeeling ]
[ Maziah ]
[ Letto ]
[ Fyfah ]
[ Hafizdasar - Wacana Ilmu ]
[ BraderMacho]
[ Tentang Cinta ]
[ KPTM Ipoh ]

software.games.appz.movie.drama.music.rock.fun

Blogmenjerit - pusat kecantikan blog

.: intan's blog :.

Revolusi Komuniti Masa Kini

emoticon .

[1] [2] [3]

Award .

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Link_Me .

lilyloverdiary

Thank .


Host:01 02 03
Images Source:04 05 06

rss

E416: No Words
Friday, February 27, 2009



Current Mood: Kesakitan di kaki.

Huh! Semuanya gara-gara pusing IP hari nieh.
Mengikut plan sepatutnya, hari ini adalah hari shopping.
Masing-masing dah excited nieh.
Check duit kat bank... huhu, kehampaan yg sgt teruk.
Erm... xpelah kalu gitu.

Ondaway jalan pi bank coz terpaksa jugak kuarkan duit.
Elok sampai di pintu bank teringat akan kad Popular.
Kad itu akan tamat tempohnya esok.
Mengikut plan asal, mulanya mahu renew kat JJ jerk.
Dah alang-alang nak pi JJ and Tesco.
Tapi plan tak jadi, so aku ajak Fatin ke IP utk renew.
Niat nak renew akhirnya bertukar jadi jalan-jalan.
ALang-alang dah kuar aku wat keputusan utk beli adiah for him skali.
Yelah, next week entah bila lak nak kuarnya aku pun xtau la.
So, baik aku beli terus. Hehehe...
Gara-gara shopping itu akhirnya kesakitan kaki.

Petang tadi lak main badminton ngn Azie and Mek.
Malan terus kaki bertambah-tambah sakit.
Huhuhu... redha jelah.
Sape suh cari nahas kan?
Padan mukaku jua la.

Okeylah, aku blah dulu.
Kesakitan yang teramat sgt nieh.
Salam.


bunga With Love; Nut Yaa bunga

2 Comments

E415: 2th Anniversarry
Thursday, February 26, 2009



26 February 2007
Aku mengenalinya tanpa rupa.
Aku mengenalinya hanya dengan suara.
Dan datangnya dia membawa perubahan besar.
Kerna di waktu itu, aku berada dalam Zon Frust Cinta Pertama.
Dua bulan hidup bagai orang gila.
Orang tido aku berjaga dan menangis sepanjang malam.
Orang berjaga aku akan tido sepanjang hari.
Dan datangnya dia membawa aku keluar dari keadaan itu.

26 February 2008
Dia pergi tanpa sebarang khabar.
Hilang begitu sahaja.
Tinggal aku yang terpinga-pinga.
Aku geram!
Aku marah!
Sebab dia pergi tanpa kata.
Saat itu, hanya jawapan yg aku mahu tahu.

26 February 2009
Hari ini dia datang lagi.
Dan macam biasa, kedatangannya menceriakan aku.
Walau kadang-kadang membuatkan aku geram.
Tapi dia mampu buat aku tersenyum dalam tangisan.
Makanya, hari ini jugak
Genap sudah 2 tahun aku mengenali dirinya.
Segala jawapan tentang kehilangannya telah aku ketahui.
Diceritakan secara detail pd 8 February lalu.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E414: Thank You



Current Mood: Smile =)


Salam penuh kesyukuran.
Sungguh baik aku malam nieh.
Kenapa? Sebab kepala aku rasa ringan hari nieh.
Aku rasa seronok dan happy jerk.
Walaupun terpaksa melalui one day yg meletihkan.
Pendek kata, ini adalah hari gumbira yg pertama after 20 years old.
Huh! Baru sedar dah meninggalkan alam belasan tahun beberapa hari lepas.
Dan baru perasan yang masih tak dpt terima hakikat. Huh!


Hari nieh aku melalui dua quiz.
Quiz IDC and CITE.
Macam biasa setiap kali quiz pasti ada jer yg perlu design.
Entahlah, habit nie dtg sejak sem 3 lar.
Tak tahu la kenapa.
Maybe sebab dah tak kisah dgn keadaan sekeliling.
Lepas quiz CITE dpt melayari tenet beberapa minit dlm lab.
Geramnya tak terkira bila melihat t.k.a dgn enaknya
asyik dengan tenet yang tak buat hal kt PCnya.
Huhu! Geram! Geram! Geram!

Owh, before berlalu coz nak siapkan assignment VB.
Nieh nak tunjuk hasil karya spontan dari dalam claz.

aku ingin berhenti
lelah menongkah perjalanan
parah mengharungi keperitan
aku ingin berhenti
berhenti mengerti tentang ini
tentang hidup yang jarang bererti.
12.54 pm / 25 Feb / CITE / LR8


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E413: Inside I'm Dying
Wednesday, February 25, 2009



Current Mood: Hibernate

Badan terasa sangat letih, sejuk dan sengal.
Terasa ingin menelan panadol dan lena sepuasnya.
Tapi ada tugasan yang harus diselesaikan.
Sebab esok Puan B nak tengok Project Progress.
Perut lak minta diisi.
Tapi badan terasa letih sgt utk menapak pergi.
Yang ada dlm simpanan pula hanyalah sebungkus bihun segera.
Tapi tak lei makan sebab perut tak bape elok.
Bihun tue perasa tomyam, giler pedas.
Kang sakit lain lak yang kena.

Dia suh aku minta tolong member belikan.
Tapi aku yang tak nak.
Rasanya tak sanggup dengar penolakan dari mulut mereka.
Kita layan orang baik, tapi tak semestinya org layan kita mcm tue.
Pastu kena marah ngan dia.
Sebab perkara di atas.
Huhuhu, entahlah.

Jap tadi, mak call.
Cakap yg baju mysahabat dah sampai. Thanks Queen!
Then mak tanya dah makan blum; Ckp blum
Nape; Tak larat nak pi beli.
Nak demam ke; Aku jawab entah.
Mak suh makan then makan ubat then tido tapi byk keje.
Tanpa sedar, aku nangis tp still cover.
Tak nak mak tahu sbb tak nak mak risau.
Mak, jangan risau. Anak mak nie still kuat.

Anyway, sebelum tue nak say thanks utk semua
Yang tak lupa wish my bufday.
Tak kira awal atau lewat, asal kalian ingat.
Itu sudah cukup buat aku gembira.

Okeylah, nak wat button utk MPM.
Hope aku larat utk siapkannya.
Salam.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E412: Happy Birthday to Me!
Tuesday, February 24, 2009



Current Mood: Crying. =(


Aku keseorangan saat nieh.
Dorang suma kuar makan kat Wawa.
Tinggal aku jerk.
Sebab memang aku nak sorang-sorang.
And sekarang gak aku ngah nangis.
Entahlah... sepatutnya epykan?
Xpelah.

Thanks utk kawan2 yg wish aku, nyanyi dlm claz td.
Thanks coz buat aku happy.
Queen, thanks utk kad tue.
Thanks for everythings, dear.
Untuk siang yang menceriakan.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E411: Hari-Hari Terakhir
Monday, February 23, 2009

Current Mood: Kesedihan Terasa

Salam terakhir sebelum segala-galanya akan berubah esok.
Kenapa akan berubah esok?
Sebab aku akan ke suatu zaman baru.
Zaman yang aku tak tahu macam mana nak tempuh
dan aku pasti byk cabaran yang menunggu aku nanti.

Entahlah, seminggu yang berlalu nieh
aku hidup dalam satu perasaan yang sgt sukar utk difahami.
Baik diri sendiri ataupun orang lain.
Aku terasa mahu menangis.
Aku terasa mahu duduk sendirian.
Aku terasa mahu pergi jauh dari sini.
Aku terasa ingin lari dari semua yg ada nieh.
Sedangkan aku tahu, yang ada kini.
Tak semuanya menyakitkan hati aku.

Menjelang esok, aku harus hidup di dunia baru.
Menutup dan menyimpan terus semua kisah lalu.
Aku tak pasti sekuat mana aku untuk teruskan ape yang tinggal ini.
Tapi aku akan cuba meneruskan langkah nieh.
Sekali pun aku sedar, kuatku tak sekuat mana.
Tersentak sekali, pastiku rebah jua.
Namun, selagi ada yang sudi mencapai tangan ini
membawa aku bangun kembali.
Aku tahu aku boleh lalui semua nieh.

Ya Allah, jangan Kau ambil apa yang aku ada kini.
Kerna yang tinggal inilah sumber kekuatan aku.
Ya Allah, kuatkan aku dalam menempuh perjalanan ini.
Kerna aku yakin dugaanMu ini ada hikmahnya untuk aku.


Kat bawah nieh ada sket mutiara kata.
Aku jumpa dalam novel Saat Kau Hadir by Laila Kamilia.
Yang sampai saat nieh belum habis pembacaannya.
Renung-renungkan!

Dia yang tidak pernah menderita itu
hanya hidup separuh kadar
Dia yang tidak pernah gagal itu
tidak pernah berusaha atau mencari
Dia yang tidak pernah menangis itu
tidak tahu erti ketawa yang sebenarnya
Dia yang tidak pernah meragui itu
tidak pernah berfikir atau bertanya


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E410: End of The Story

Current Mood: Please Leave Me, dear! =(



Download This Song: Bliz - Mimpi Yang Mati.mp3

tak sengaja genggamam ku terbuka
lantas ku gapai bintang yang berjuta
bintang yang ku impikan menerangi
takkan ku biar kan berlalu pergi

andai benar kau menjadi milikku
mencintai mu menjadi sumpahku
namum jika hadirmu satu mimpi
aku rela tidur sepanjang hari

ku tunggu mentari dihujung siang
tak ku sangka awan hitam menjelang
sumpahku jadi tak pasti
nyatalah mimpi
mimpi yang mati

genggaman tanganku terbuka sepi
mendapar dirimu satu ilusi
bintang yang ku gapai tak berpanjangan
hadirmu didunia hanya pinjaman




Setelah dekat dua bulan lebih dia tinggalkan aku
hari ini dia kembali dan kata kat aku, " Miss you!"
Entahlah, sukar nak bercakap soal perasaan saat ini.
Yang aku tahu cuma aku terasa mahu menangis.
Menangis semahu-mahunya.

Aku takut.
Aku tak mahu bermimpi.
Aku nak mulakan kisah baru.
Tapi bagaimana?
Tolong katakan pada aku!
Tolong aku!

Mungkin saat ini menangis adalah lebih baik.
Sebab hanya tangisan yang mampu membawa pergi rasa ini.
Dan mungkin inilah tangisan terakhir di usia belasan tahun.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E409: Ceritera Puting Beliung
Sunday, February 22, 2009



Current Mood: Ke'Tired'An

Erm... kenapalah ditakdirkan weekend hanya 2 hari?
Ku rasa macam tak cukup jerk.
Tak sempat nak cover penat seminggu lepas.
Nieh still terasa malas utk melayari hari esok dan seterusnya.
Kalau la ku ada kuasa... akan ku jadikan esok Sabtu lagi.

Semalam melalui satu hari yg smooth jer tp penat.
Penat melayan kerenah si Aina yg makin menjadi-jadi.
Sejak beransur sihat dari demam panas nieh
perangai gila-gila dia makin menjadi.
Layan dia macam aku melayan adikku yg 7 tahun tue.
Malam plak mood jadi tak menentu.
Aku tahu kenapa.
Semuanya pasal menahan perasaan.
Hurm...

Hari nieh pun xde watpe.
Tadi pi Tesco, print kt TC and makan kat Restoran Tasik Raban.
Erm... enjoy tapi penat.
Okeylah, nak sambung wat VB.
Tata... bubbye.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E408: Feeling Converter
Friday, February 20, 2009



Current Mood: Rest


The Coding

Dim Me, Feeling, Tear, As String
Tear = Me + Feeling
If Feeling = Sad And Me = NotInTheRight Mood Then
MessageBox.Show ( " It's time to cry, dear!")
ElseIf Feeling = Happy And Me = TimeToSmile Then
MessageBox.Show (" Smile And World will smile with U!" )
Else
MessageBox.Show ( "Bawaku Terbang Jauh dari sini ")
End If

The Output

Feeling :Sad
Me :NotInTheRightMood
Output: Its time to cry, dear!

Fullstop! =(

nota kaki: Walaupun puas bergelak tawa tgk Geng... hati masih jua sama. Sadness!



bunga With Love; Nut Yaa bunga


E407: A Story About Sadness
Thursday, February 19, 2009


Current Mood: So Tired


Satu hari yang sangat meletihkan.
Errm, banyak perkara yang harus diselesaikan hari ini.
Dan terponteng satu kelas hari nieh.
Huhuhu, ape nak buat kan?
Segalanya penuh dengan keterpaksaan hari nieh.

Erm, emosi yang agak kurang stabil malam nieh
I dont know why but I think I know.
Selagi kenangan lepas masih di ingatan
selagi itulah emosi akan senang bertukar semudah A,B dan C.

Menahan tangisan sejak beberapa hari lalu.
Aku tahu aku kena lepaskannya.
Tapi aku juga sedar sekarang bukan masanya melayan perasaan.
Sebab, kalu aku lepaskan sekarang.
Aku tahu aku tak akan jadi sekuat nieh!
Aku pasti akan diam seribu bahasa.

I try to manage this error!
Dont know what coding that I should use to avoid this feeling.
Okay! I try to convert my feeling.

Dim Me, Feeling, Tear As String
Tear=Me + Feeling
MessageBox.Show ("Wrong time, dear!")
[ Coding VB yg tah ape-ape ]

Okeylah, Hafiz ondaway utk bagi storyboard.
Nak kena kaler lak! Huhuhu...
So its mean... time to go.
Salam.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E406: Alhamdulillah.
Wednesday, February 18, 2009



Current Mood: Happy But So Worried.

Salam penuh keletihan.
Huhuhu, btul la! Sangat letih hari nieh!
Ditambah lak dengan demam Aina yg masih tak elok ptg td.
Bawak ke klinik then pi beli ape yang patut.
Alhamdulillah, demam dia dah kebah. Kejang pun dah hilang.
Syukurlah, kalu tak naik risau aku dibuatnya.

And selain tu, alhamdulillah gak.
Result Mid Sem seperti yang telah diharapkan.
Aku ada 3 A dan 1 C-
C- tu pastinya CITE. Huhuhu...sadis btul!
VB, IDC and TI aku dpt A.
Syukur alhamdulillah sekali lagi.

And alhamdulilah gak.
Hari ni dah dpt slip keputusan result sem lepas.
Terkejut seketika apabila mendapati result naik lagi.
Rupanya, ada kesilapan time result kuar hari tu.
So, result penuhnya ialah...
GPA; 3.73 | CGPA; 3.39
Syukur Alhamdulillah!

Esok dan lusa bakal berperang dengan dua documentation.
Huhuhu, redha jelah.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E405: Pagi Yang Sunyi

Current Mood: Little Bit 'Lega'

Assalamualaikum... salam sunyi pagi nampaknya.
Alhamdulillah, masih diberi peluang membuka mata.
Menikmati satu lagi hari yang entah apa pula cabarannya.
Sunyinya pagi ini... hanya ada bunyi desiran angin dari kipas
dan jugak alunan muzik indah yg aku play dari blog adekku.
Yes! Indah rupanya melayan muzik indah begitu
diwaktu pagi sunyi dan sejuk ini.
Tenang dan damai sahaja rasanya.

Erm, sepatutnya entry ini aku publishkan semalam
tapi keadaan tak mengizinkan aku
dah open pun blog nieh tapi kepala nie tetiba sakit sgt.
Lepas tu sebelah malamnya ke spital lagi.
Kali ketiga untuk sem nieh sbb Aina demam panas.
Erm, balik jer dari spital terus pi makan.
Then balik menemani Aina sampai la dekat jam 11 lebih.

Just nak bagitau, aku kini lega.
Sebab? Satu cabaran dah berjaya dilepasi.
Alhamdulillah.



Inilah dia Interactive Multimedia Presentation yg kukatakan itu.
Cabaran besarnya adalah utk siapkan button tueh
sebab memang aku mahukan ianya 100% vector.
Seharian jugak yg aku ambik utk menyiapkannya.
Mengunakan Illustator yang memang aku kureng sket.
Tapi aku puas, at least Sir Nuar kata beliau suka my button.
Font yang aku gunakan pun beliau suka. Clean katanya. =)
Yang agak menyedihkan, entah kenapa bla present smlm
IMP aku ni nmpk sgt gelap! And pic tu jadi sgt tak cantik!
Huhuhu... xpelah!
Sekurang-kurangnya dah lepas satu cabaran!
Aku puas gak lar sebab ianya adalah usaha aku 100%.

Okeylah, nak bersiap untuk ke kelas.
Salam pagi Rabu.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E404: So Tired Today
Sunday, February 15, 2009



Current Mood: Penat Sangat-Sangat

Still macam semalam...
Hari ini sekali lagi penat menemani diriku dan teman2
Masing-masing kalut menyiapkan kerja yang berlambak
Ada yang dengan Visual Basic; Ada juga yang dengan Director MX
Jugak ada yang berperang ngan documentation MPM
Aku? Kalut dengan segalanya.

Pagi tadi lepas melakukan perkara rutin terus on lappy.
Install Visual Basic and terus wat bersama Wanie.
Agak kepeningan sebab dah ingat-ingat lupa.
Last ngadap Visual Basic version 6 tu time SPM dulu.
Lepas tu diuji dengan coding yang salah.
Asyik error jerk! Benci! Benci! Benci!
Terus decide untuk lupakan VB dulu.
Terus open Director MX untuk proses edit Interative Presentation lak.
Sekali lagi error time buat rollover! Tak suka! Tak suka!
Putus asa sekejap. Terus baring and terlelap tiba-tiba.
Buka mata dan nak malam pun. Kuar and try lagi skali.
Kecewa jugak! Terus pi mandi.
Then ngadap lappy lagi sampai sekarang.

Penat tak usah nak cakap la.
Tapi still pujuk diri untuk kuatkan hati.
Takpe! Takpe! Esok dah hantar VB
Lusa dah present Interactive Multimedia, pastu hantar MPM.
Lepas tu bleh merehatkan diri sementara menantikan project seterusnya.
Next week perlu ke Sungkai lak...
Huhuhu... memang takde chance rest langsung la.
Takpe! Takpe! Nanti break 3 month kita enjoy!

Okeylah, harus membawa diri ke katil
Kerana badan telah mula menuntut rehat.
Esok harus ke kelas seawal jam 8 pagi.
Nampak gayanya... mood monday blues akan menemani la.
Good Night! Assalamualaikum.



bunga With Love; Nut Yaa bunga


E403: Rendang Tak Berbuah [ Song Tag ]
Saturday, February 14, 2009



Current Mood: Letih Ngadap Skrin Lappy

Huhuhu, memang btul! Aku tak tipu.
Memang letih sangat-sangat mengadap lappy sepanjang hari.
Mengadap design for Interative Presentation for IMA.
Huhuhu, itu blum lagi mengunakan Directornya.
Adeh! Tak tahu mahu cakap ape lagi.
Dah penat! Bercadang mahu off lappy sekejap.
Before tu, meh tengok tag hadiah dari Mazz.
Aku dah settlekan semalam tp tak sempat nak publish.



IF SOMEONE SAYS "IS THIS OKAY" YOU SAY?
Pergimu - Mila

WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?
Saat Kau Pergi - OST Dealova

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Tegar - Rossa
*kah3, agaknya Winamp nieh dah scan jiwa aku kot!

WHAT IS YOUR MOTTO?
Tak Tercapai Akalmu - Elyana
*hahaha... btul la nieh!

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE
Kain Cinta Putih - Putra
*Cam idup dalam kematian jerk.

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Sangsi Asmara - Hetty Sarlene
*Wey, jgn sangsi ngn aku wey! Aku kawan sejati! Kui3

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Syair Cak Pong - ND Lala

WHAT IS 2+2?
Hangatnya Cinta - Lyana

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Terlalu Cinta -Rossa
* 100% betul!

WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
Sejarah Cinta Kita - New Boyz
*wey winamp! Ko bikin aku kantoi jerk! Hahaha...

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Untukmu - Feminin
* Ya... aku hidup untuk orang lain sebenarnya. =|

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Permaidani - Aris Ariwatan
*Mmg aku ingin jadi permaidani. Menghampar jauh agar selesa utk dilalui org lain.

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Tua Mengejar Kita -Fauziah Latif
*hahaha... biar org sedar diri sket.

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Mengapa - Nicky Astria
* Mengapa aku kena menari di hari persandinganku? Mengapa?

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Selalu Jauh Dari Cinta - Radja
* Yes! Memang aku jauh dari si dia pun.

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Siapa Sangka Siapa Menduga - Liza Hanim
* Takde siapa sangka, tak siapa dpt duga hobiku! Hahaha...

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Kemelut Di Muara Kasih - Ziana Zain
* Huhuhu... sekali lagi kantoi di skrin Winamp!

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Hanya Segenggam Setia - Rahmat
* Kadang-kadang begitulah...

WHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
Aku Sudah Jatuh Cinta - Shila Amin
* Jatuh cinta adalah perkara worst??? Owh tidak!!!

WHAT MAKES YOU CRY?
Redup Kerinduan - Umie Aida
* Yes! Kerinduanlah yang mampu buat aku berairmata.

WHAT MAKES YOU LAUGH?
Nadya - Khairil Yusuf
*Nadya mana tah? Akukah yang buat aku happy? Pe tah!

WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
Satu Bintang - Awan Band
* =)

HOW WILL YOU DIE?
Umpama Mimpi Dalam Mimpi - Damasutra
*huhuhu...apakah ini?

WILL YOU EVER GET MARRIED?
Kabus Dalam Sirna - Ella
* hahaha...mmg kelam kelabu pun. Pandai ko Winamp!

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Malam 1000 Bulan - Radja
* Its mean Mlm Lailaturqadar. Means, istimewalah bkn!

DOES ANYONE LIKE YOU?
Renungan Terakhir - Nora

WHAT SCARES YOU THE MOST?
Januari - Glenn Fredly
* Aku balun ko Winamp! Mna ko tahu aku takut ngn Januari?

IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
Laguku Untukmu - Hasnol
* Mmg pun... nak wat lagumu untukku plak.

WHAT WOULD YOU SAY, WHEN YOU MEET YOUR BOSS?
Butakah Cinta - Spring
* Aku jatuh cinta dgn boss kah? Oh tidak!!!

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Rendang Tak Berbuah - Hattan
*Mmg pun!!! Hahaha

Tag Someone?
No lah! Penat sesangat. Malas nak pikir.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E402: Take A Break
Friday, February 13, 2009

Current Mood: Mari Rehat Sebentar.

Huhuhu... wat keje pun blum dah nak rest
tah pape tah aku nieh!
saje jer mengadakan entry ini.


Sorry, aku xdapat cerita about this hari nieh.
Masa kurang mengizinkan.
Malah terpaksa memendam hasrat utk menonton Geng jugak
gara-gara kehadiran Crazy Week.
Entry about high-tea nieh akan menyusul. InsyaAllah.
Harus pergi. InsyaAllah akan datang lg.
Tata.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E401: Zon Busy
Thursday, February 12, 2009



Current Mood: Memasuki Zon Kesibukan

Salam penuh keberkatan utk malam Jumaat nieh.
Fyi, aku bakal berangkat ke satu zon...
iaitu zon kesibukan tahap melampau!
So, maybe aku akan bercuti untuk berblogging utk beberapa hari
bergantung pada keadaan la...
Hahaha, muka aku nieh bukan lei caya sgt pun.
Kalu aku rasa nak hapdet aku redah jerk.
Kalu aku rasa tak nak hapdet aku biar jer.

Kenapa aku memasuki Zon Kesibukan Tahap Melampau?
Ada banyak sebab; Antara yang utama ialah...
Pertama; Menyiapkan Interactive Presentation for IMA.
Benda alah nie perlu disubmit pada Selasa depan.
Idea untuk layout dah ada cuma masalahnya sekarang
bagaimana untuk mempublishkan idea kat pala otak nieh
ke dalam bentuk visual design!
Dah la nak jumpa lecturernya terasa macam nak jumpa pakwe
bagai nak gugur jantung nieh berdegup.Huhuhu...

Kedua; Menyiapkan documentation Project Specification for MPM
Nieh lagi satu dugaan; Punyalah banyak form nak kena settle
Mana dengan stroyboard lagi, Visual Design lagi
Dapat plak member group yang mmg busy tahap melampau jgk
mahu bersilat aku ngan Wanie berdua utk menyiapkan.
Dah la kena hantar on next week gak!
Huhuhu... apa pun dugaan! Aku kena kuat!

Ketiga; Siapkan assignment Visual Basic
Nieh lagi satu masalah besar.
Haru-biru mencari installer Visual Basic.
Sampai sekarang belum ada lagi.
Sedang memikirkan cara untuk mendapatkannya
Memberku kata dia dah dapat tapi senior blum bagi lagi.
Maybe esok or lusa camtu; Doa-doakan!
Kalu tak dapat gak! Aku harus ke KL jugak
untuk mengambil installer itu dari my big bro kat sana.

Okeylah, ku harus membawa diriku.
Nak mengaplikasikan idea dari otak ke skrin lappyku.
Harap-harap ianya menjadi seperti yang ada dlm imaginasiku.
Salam... sampai ke temu lagi!

nota kaki: Huhu... hampeh punya CITE. Sepetet jer markah! Huh!


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E400: Aku Dan Award Lagi
Tuesday, February 10, 2009

Current Mood: Kerisauan Sangat-Sangat

Huhuhu...mahunya tak risau
dah le Khamis nieh ada presentension.
Tapi group member tak cukup and ada masalah peribadi.
No comment at all. Tapi aku sgt geram bla aku langsung tak diberitahu.
Arggghhhh!!!! Geram! Geram! Geram!
Memang layak benar dipanggil presentension! Not presentation.

And the good news today, result VB dah dpt td
alhamdulillah, aku dan Wanie dpt ape yang ktorg nak; A
aku dapat 90 and wanie dapat 80
okeylah tu! Berkat usaha walaupun blur tgk soalan
kami dpt ape yang kami nak.
And 3 paper yang blum dpt jawapan lagi.
Huhuhu... menakutkan.

Okeylah, aku dapat award lagi
dari Cik Queen.
Zaassss...



Buat satu posting mengenai award ni, boleh x?
Huhuhu...ape punya jenis soalan nieh? Bleh tak bleh tetap kena buat gakkan? Kalu x camne nak publish award nieh. Tak gitu, Queen? Kihkihkih... skali lagi award nieh datangnya dari Cik Queen. Dia katakan... blog aku chantek? Chantek ke? Kuikuikui.... Thanks bebanyak la Cik Queen ku sayang. Kuikuikui... Tetiba teringat sesuatu. Daku ada hutang sama Cik Queen! Queen, bak no acc!

Kenapa suka datang ke blog aku?
Sebab melalui blog sahaja aku dapat mengetahui perkembangan semasa hal ehwal Cik Queen yang berada nun jauh di Selangor. Hahaha... manalah wat makan-makan tak jemput ke. Bleh jugak ku fire Cik Queen nieh. Hahaha... Xsempat ku fire dia dulu fire ku sbb utang dia tak bayor! Ampoonn...

Adakah korang suka award ni?
Uish, ada orang tak suka award ke? Ada ke? Ada ke? Tolong habaq mai kat cheq sket! Tah manusia alam mana tah yang tahu suka bla dapat benda-benda camni. Mestilah aku suka! Thank bebanyak la Cik Queen oit! Daku asyik jaja nama Cik Queen jek. Hehehe...

Apa korang panggil shoutbox aku?
Ape ek? Kupanggil kotak jerit jerk. Pasal kalu aku jerit situ mesti ada orang balas. Last-last aku yang malas nak jerit. Takde suara. Hahaha...

Adakah korang baca keseluruhan coretan atau hanya separuh?
Tengok masa dan keadaan la. Kalau masa mengizinkan atau aku dalam mood Virus Buhsan akan kubaca walaupun sekadar 1 huruf. Tapi kalu ku time tak cukup kaki tangan, aku hanya mengushar sket-sket jerk. Tengok-tengok kot-kot ada picture ke... hehehe...

Passkan/share dengan 3 atau lebih bloggers kegemaran anda
Erm... sape nak? Jap-jap nak pikir.
  • akuCydot
  • Maz
  • Sape-sape nak ambiklah. Tapi pastikan jawab soalan2 tu skali k.
Dua orang tu wajib ambik and wajib menjawab soalan-soalan berkenaan. Hahaha...


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E399: Cerita 08 Februari 2009
Monday, February 9, 2009


Download This Song: Kembali Pulang - Kangen Band

bintang terlihat terang
saat dirimu datang
cinta yang dulu hilang
kini kembali pulang

lihatlah dia mulai bernyanyi
coba merangkai mimpi
cinta yang dulu pergi
kini datang kembali

wajahmu mengingatku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkan
dengan masa laluku

kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
akan ku bawa dia terbang
damai bersama bintang

kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
betapa senang ku dendangkan
dan takkan ku lepaskan




Current Mood: Hatiku Berbunga Riang

Salam penuh kecintaan untuk semua
haha... tetiba jer ayat macam tueh
sungguh tak bleh blah bukan!
Huh! Baik jangan menulis soal exam
sebab exam tak seindah pelangi kali nieh.

Balik ke cerita semalam
aku tak nak tulis panjang-panjang dah
sebab aku dah menulis panjang di suatu tempat
so, kat sini aku just nak letak dua keping gambar
dan pandai-pandailah nak tafsir.
Kalu ada soalan teruslah bertanya ke aku k!




bunga With Love; Nut Yaa bunga


E398: Aku Happy
Sunday, February 8, 2009



Current Mood: Penat Tapi Seronok

Aku seronok sangat!
Aku terasa indah!
Biar penat! Tapi aku puas!

nota kaki: Full story will be hapdet later.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E397: Sakit Kepala
Friday, February 6, 2009



Current Mood: Letih Dan Mengantuk

Communication In An IT Environment; Done.
Masih tidak mengharap apa-apa
Entahlah; Mid Term kali nieh sangat tidak semangat.
Tak tahu kenapa; Maybe pasal otak serabut
2 paper to go; Tamadun Islam And Introduction to Data Communication
hope everything will be okay for tomorrow
sebab dah penat begini.



bunga With Love; Nut Yaa bunga


E396: Tension
Thursday, February 5, 2009



Current Mood: Tension Giler

Yes! Arini first paper untuk Mid Term Exam
sungguh tak ready menyambut kedatangan exam kali nieh
jiwa kacau... otak serabut... argghhh

Arinie gak exam paper Visual Basic; Programming Language II
Sesungguhnya, aku dan Wanie mmg menaruh harapan pd paper nieh
Sebabnya? Coursework yang tinggi; 30% from 60%
And paper nieh sajalah yang tidak mempunyai fakta yg byk
Tapi segala harapan punah sebaik sahaja membuka kertas soalan
aku boleh jadi blur sebaik sahaja menengok soalan
Tgk soalan multiple choise question; Huh, susah!
Terus membuka soalan struktur dan essay; Gulp!
Tarik nafas panjang; Try to calm down and do it slowly
At last, terasa mahu menangis bila dapat soalan macam tueh.
Lupakan! 3 paper to go...
Esok paper Communication In An IT Environment.
Huh! Satu lagi paper yang berisiko tinggi; Anything can happen.
Berserah sahaja pada Yang Esa.
Usaha sudah; Pulun pun sudah; Time to tawakal pd Allah S.W.T.

Balik tadi lepas makan tengok tv dgn Wanie sambil sembang2
then masuk bilik untuk merehatkan diri.
Capai encet and see ada SMS untuk aku.
Tersenyum kerana rasa macam tahu siapa pengirimnya
Terus masukkan password then see the message.
Terkejut; Kelu; Bercampur-baur;
Bukan orang yang disangka-sangka untuk muncul time sekarang nieh.
Sebab... Ad message me!
Setelah hampir dua bulan menyepi; Langsung tiada khabar
Hari ini dia kembali; Ada khabar baru darinya

Aku? Entahlah.
Tak tahu ape rasanya.
Speechless. Perasaan bercampur-baur.
Fullstop.



bunga With Love; Nut Yaa bunga


Mid Term Exam



Bersempena kedatangan Mid Term Exam nieh
Mohon dimaafkan segala salah silap
Mohon didoakan kejayaan aku eak!
Mohon diiringinkan aku dengan doa kejayaan.


So, Good Luck to all my friend
khasnya, warga DIM0401. All KPTMKCI student amnya.
Buat yang terbaik.
Sama-samalah kita mendoakan kejayaan sesama kita.
GOOD LUCK!

Cyaiyok! Cyaiyok! Cyaiyok!


bunga With Love; Nut Yaa bunga


Emoticon Lagik!
Sunday, February 1, 2009



Ketika entry ini dipublishkan [ 6.00 pm ]
aku sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh
mungkin sedang melewati bumi Penang penuh kenangan itu
mungkin jugak sudah memasuki kawasan Perak.

Okeylah, sengaja mahu melambat-lambatkan entry nieh
sebab mahu memberi emot baru
emot nie request by dak cydot :#doh:
katanya dia mahu emot yang cumil2 macam gini
so, untuk tidak menghampakan permintaan dia
*sebab aku dah hampakan permintaan pertama dia, leave my cam at home! :#fuzzle:
aku pun buat la benda alah nieh
ada 14 semuanya

:#ohh::#muah::#love::#lol::#kiss::#huh::#hey::#fuzzle:
:#eww::#ekk::#duh::#doh::#bye::#arh:

nak ke?
hahaha... ambik nieh ok!

>> LilysWordEmot2

Kalu wireless kat hostel still tak ok
aku takkan hapdet blog wat sementara waktu
And fyi, Khamis nieh aku akan mula Mid Term Exam
doakan aku yer! salam... :#bye:

nota kaki: Jika entry without E[][][]... that means it's scheduled posting.


bunga With Love; Nut Yaa bunga


E395: Ready To Go



Current Mood: No Feeling At All

Huhuhu... tgk pix tue.
Memang dalam mood kepergian btul.
Padahal bukan nak pi jauh pun... Ipoh jerk
tempat yang biasa berulang-alik dah dekat dua tahun pun
tu pun still tak tau camne nak hilangkan this feeling lagi.
Hahaha... nampak sangat feeling nieh akan terus menemani
selagi mana aku merantau di bumi orang kan?
Tak dapet nak nolong ler jawabnya.

Hehehe... feri stg kul 12.30 tengah hari
maybe akan sampai sana dalam jam 1.30 camtu.
Huh, aku akan bertapa selama 1 jam lebih di Kuala Perlis.
Lamakan? Tapi nak wat camne. Feri tu jer paling awal.
Next feri jam 1.45 tengah hari.
Dah comfirm2 la sampai sana kul 2.45.. tu pun kalu xde aral.
Huhuhu, tak berani aku tanggung risiko.
Buatnya ada aral time ondaway mahu mengelabah aku nanti.
Hahaha, takpe lor... stg mahu KFC kot.
Biasanya kalu dalam mood nieh; No Feeling At All
aku hanya akan jamah burger jer. Tu pun blum tentu habis.
Memang selera melayang betul. Asyik layan perasaan jerk.
Hahaha... aku dan perasaan! Mana bleh dipisahkan.
Kihkihkih... okeylah
nak sambung prepare ape yang patut.
Sekarang dah 10.35 am... stg dalam kul 11.45 am camtu
akan bergerak ke Jeti Langkawi untuk berangkat pulang.
Huh, bunyinya kedengaran seperti mahu pulang jauh kan?
Hahaha... jauh gak arr...

Okey... sampai jumpa lagi nanti
wish me luck in my exam.


bunga With Love; Nut Yaa bunga



All Right Reserved | Nut Yaa | 2009
Original Banner Picture: DeviantArt | Modified: Nut Yaa | Screen Resolution: 1024 x 768px | Best View: Firefox