: 05.16 pm
: 21 August 2009 | Friday
: Banyaknya assignment!!! =(
: Nasi + Ayam Masak Merah + Jelatah
: Air Sirap
: Shirt & Track Bottom
: Nur Kasih Episod 12
: Lagu Raya... ngee~!!!Puas hati dah boleh tengok clip Pengistiharan Puasa tahun nieh. Hahaha, semalam daku terlepas maa. Sebabnya?
Daku dengan enaknya telah berlayar di alam mimpi. Sedang dalam pelayaran, tiba-tiba gempa bumi melanda. Bergetar-getar badan aku dibuatnya. Lantas, otak cepat-cepat mencerna input yang baru diterima dari deria rasa. Ohhh, handset punya vibrate rupanya. Kahkahkah, boleh plak jadi gempa bumi yerk. Itulah, tidur lagi time-tima Magbrib gitu. Kan dah mimpi yang bukan-bukan. Adeehh, bukan sengaja lorh. Ketiduran secara enggak sengaja, buk! Hahaha. T___T Rupanya my mum call sebab nak tanya pasal bila mula puasa. Biasa la kat rumah tueh memang selalu kena berebut channel dengan si budak umur 6 tahun 11 bulan 21 hari tersebut. Then, Fatin cakap
mula puasa on 22 August 2009. Ohhh, okey.
Ahlan wasahlan Ya Ramadhan, kata hati kecilku. =)
Pejam celik pejam celik, akhirnya Ramadhan datang lagi. Esok pagi-pagi buta lagi umat Islam akan bangun sebelum subuh
( fuuyooo, sesuatu yang tak dapat dilakukan pada bulan-bulan biasa) untuk makan awal pagi atau lebih dikenali sebagai sahur. Huhuhu, sedihnya. Sekali lagi, tiada ketukan pintu berdentum-dentam diiringi suara merdu mak memanggil-manggil anak-anaknya untuk bersahur. Lepas tueh, si anak dengan muka tak malunya bangun, basuh muka, gosok gigi, terus duduk depan rezeki dan makan. Huh! Bukannya nak tolong mak sediakan juadah bersahur. Sorry mak. Mata tak mahu memberikan kerjasama yang baik. Ngee~!!!
Bercakap soal Ramadhan dan permulaan Ramadhan nieh
buat hati aku terasa sebak dan sedih. Banyak sebab yang buat hati aku jadi begini. Terlalu banyak kisah yang ada selama 19 tahun melalui Ramadhan; 6 tahun secara luar sedar dan 13 tahun secara sedar. Ape tueh? Lu pikir la sendiri. Hahaha. Okey, okey.
Memula aku nak mohon banyak-banyak kemaafan untuk semua; Baik yang kenal aku secara rapat ataupun tidak atau baik yang kenal aku secara real ataupun maya. Aku sedar sepanjang 2 tahun lebih melalui satu kehidupan di dunia maya nieh, mungkin ada tulisan aku yang menyentap hati sesiapa. Mungkin juga ada tulisan aku yang menguris hati sesiapa.
Sungguh, maaf aku pinta. Aku sekadar menulis dari hati tentang apa yang aku rasa. Maaf sekali lagi. Untuk Si A;
Aku minta maaf kalau tulisan-tulisan aku disini menyentap urat dawai kepala lutut ko semua. Antara kita biar tiada apa-apa. A itu siapa? A itu adalah orang-orang yang pernah buat aku sedih dan tertawa. Tuhan saja tahu. =)
Untuk pertama kalinya,
inilah Ramadhan paling sedih pernah aku rasakan. Uiik, belum masuk Ramadhan pun, tapi dah jadi Ramadhan paling sedih? Yer, sangat sedih. Banyak perkara yang tak dapat aku lalui untuk Ramadhan kali nieh. Aku tak dapat berpuasa di rumahku syurgaku; Langkawi. Aku tak dapat nak minta mak sediakan 30 hidangan
( bergantung pada jumlah hari berpuasa ) yang berlainan untuk berbuka. Aku tak dapat nak berpuasa dengan adik; Si budak umur 6 tahun 11 bulan 21 hari tersebut yang akan memulakan puasa pertamanya tahun ini. Aku kena berpuasa dalam keadaan sibuk yang terlampau, mungkinlah. Dan, puasa kali ini adalah puasa pertama aku yang berstatus single selepas melalui beberapa 'perceraian'. Hahaha, tak bleh blah. Aku dah tak punya tanggungjawab untuk mengejutkan dia untuk sahur. Aku dah tak perlu untuk menghabiskan waktu dan juga credit untuk menelefon dia semata-mata nak wish 'Selamat Berpuasa' dan yang paling sedih takkan ada lagi panggilan untuk aku pada malam raya usai pengumuman raya dibuat.
Tak tahu apa rasanya nak melalui Ramadhan kali ini. Mungkin inilah pengalaman 'indah' untuk aku. At least, aku pernah merasa pengalaman Ramadhan seorang perindu. KahKahKah! Mungkin inilah 'rasa' setiap kali hari-hari penting menjelang untuk orang-orang yang dah kehilangan orang yang disayangi. =(
Heeei Nad! Come on. Move on, sayang. Move on. Hidup kena ceria beb!
Hati kena selalu berbunga barulah senyum sentiasa. Okey, aku ngah cerialah nieh. Walaupun hati nieh tengah jeles ngan my big bro yang nak pulang ke kampung halaman petang nieh menaiki pesawat Air Asia tambang murah tersebut. Yang sangat laju; Dari LCCT dan selepas 45 minit sudah berada di bumi Langkawi terchenta. Sungguh nikmat dan indahlah, bukan. Waaa, nak balik juga! Nak juga! T____T
Aku redha dengan pengalaman ini. =)